bila dikenang kisah lalu, teringat aku pada zaman sekolah menangah, di mana pada ketika itu aku sangat sangat meminati lukisan kejuruteraan dan berhajat untuk mempelajarinya ketika di alam tingkatan 4 dan 5, tetapi malangnya bila mana dimaklumkan bahawa cikgu yang ingin mengajari aku ilmu tersebut telah dinaikkan pangkat dan berkhidmat di Pejabat Pelajaran Daerah Kluang.
Namun, dengan berbekalkan keputusan PMR yang 'sangat baik' itu, aku melanjutkan pembelajaran aku dalam aliran Sains Agama, dan berazam untuk meneruskan bidang Kejuruteraan ataupun Architecture di alam universiti.
2 tahun perjuangan dalam dunia Sains Agama, menyedarkan aku yang aku sebenarnya bukan lah budak sains yang sebenar. hahaha! sebab aku tak pernah dapat A pun dalam mana-mana subjek sains, tapi sebalik pada subjek-subjek yang lain, tapi takpelah, benda dah jadi.. maju kedepan jelah, tak perlu nak toleh-toleh belakang lagi. Ketika peperiksaan Percubaan SPM dan juga peperiksaan SPM, kononnya nak pulun habis-habisan, tapi haqiqatan, usahanya cuma biasa-biasa saje. Bila usaha biasa-biasa saje, maka dapat keputusannya pun biasa-biasa jelah ~
Bila datang balik sekolah untuk amik keputusan SPM, hati kosong masa tu, tak rasa sedih, tak rasa gembira. Bila tunjuk slip tu kat ayah, ayah siap peluk lagi, tapi aku? Macam takde reaksi =.= seterusnya aku mohon UPU, isi lah 8 ipta pilihan hati. 3 daripadanya ialah kos Architecture, 2 daripadanya ialah kos Engineering, 2 daripadanya Undang-undang, 1 daripadanya Syariah. Nampak kan punya lah bersemangat nak amik bidang Architecture dengan Engineering. either 1 lah.. tapi.. Natijahnya, 1 hape pun takdapat! Senang citer tak layak laa. Mohon Matrikulasi ? pun sama tak dapat gak sebab Kimia dapat D >,< Mohon lah jugak IPG KPLSPM, konon-konon nya nak jadi cikgu, tapi hampeh tak dapat dan bila dapat tau, yang pihak IPG mengutamakan pelajar lulusan diploma pendidikan dahulu, dan hanya beberapa sahaja yang ambil pelajar SPM, itu pun ikut rezeki masing-masing.
Dan akhirnye aku buat lah rayuan, dengan hanya dibenarkan mengisi 2 pilihan kos sahaja. Waktu itu memang dah putus asa dah, isi jelah 1. Asasi Undang-undang UIAM, 2. Tamhidi Syariah dan Undang-undang USIM, entah kenapa tiba-tiba tergerak nak bubuh dua tuu. Sambil menunggu keputusan rayuan, aku masuk lah Form 6 di SMKA Segamat, selama 5 minggu disana sebelum USIM memanggil :D 5 minggu pun dah cukup bermakna dah pada aku ^^
Dan sekarang, aku meneruskan pengajian aku di USIM dan alhamdulillah walaupun 2nd In-Take tapi pengalaman Tamhidi mengajar aku erti usaha dan bersungguh-sungguh untuk berdiri sama tinggi dengan pelajar-pelajar yang jaoh lebih hebat dari aku. Baru-baru ini, keputusan kelayakan ijazah sarjana muda telah diumumkan dan aku sangat gembira dengan keputusan itu kerana aku dapat apa yang idam-idamkan! Alhamdulillah ^^v
Nota-Hati: siapa sangka, daripada dulu yang ingin sangat nak jadi jurutera/arkitek kini berubah haluan menjadi seorang peguam/hakim insyaallah. Jangan lupa, bukan kita sorang sahaja yang merancang masa depan kita, tetapi Allah juga merancang yang terbaik untuk kita, "wallahu khoirul maakirin" :D