Tuesday, August 27, 2013

Hukum menggugurkan janin selepas ditiupkan roh

Assalamualaikum.

Persoalan, bolehkah menggugurkan janin selepas 3 bulan pertama ataupun selepas ditiupkan roh ? Adakah Haram dan diibarat membunuh ?
 Jawapan berikut bersumberkan kitab: (الوافي في شرح الأربعين النوويّة) karangan Doktor Mustafa al-Bugha dan Doktor Muhyiddin Mistu keluaran Darul Kalam At-Tayyib (Damsyik-Birut) dan subjek Feqh Mujtama' yang telah saya pelajari.

Berdasarkan hadis:


عن أبي عَبدِ الَّرحْمن عَبدِ الله بنِ مسعودٍ رضي الله عنه قال: حَدَّتَنا رسول الله صلى الله عليه وسلم وهُوَ الصَّادِقُ المَصدُوقُ: إن أَحَدَكُم يُجمَعُ خَلقُهُ في بَطنِ أُمِّهِ أربَعِينَ يَوماً نُطفَةً, ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثلُ ذلك, ثُمَّ يَكُونُ مُضغَةً مِثلُ ذلك, ثُمَّ يُرسَلُ إليه المَلَكُ فَيَنفخُ فيه الرُّوح ويُؤمَرُ بأربَعِ كلماتٍ بِكَتبِ رِزقِهِ وأجَلِهِ وعَمَلِهِ وشَقيٌّ أو سَعِيدٌ, فَوَ اللهِ الَّذي لا إله غَيرُهُ إنَّ أحَدَكُم ليَعمَلُ بعَمَلِ أهلِ الجَنَّةِ حتى ما يَكونُ بَينَهُ وبَينَهَا إلا ذِرَاعٌ, فَيَسبقُ عَليه الكِتَابُ فَيَعمَلُ بعَمَلِ أَهلِ النَّارِ فَيَدخُلُها, وإنَّ أَحَدَكُم لَيَعمَلُ بِعَمَلِ أَهل النَّارِ حتى ما يَكونُ بَينَهُ وَبَينَها إلا ذِرَاعٌ, فَيَسبِقُ عَلَيهِ الكتابُ, فَيَعمَلُ بِعَمَلِ أهل الجنَّةِ فّيّدخُلُها  - رواه البخاري ومسلم
 
Daripada Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada kami – dan dia adalah orang yang benar lagi dibenarkan -: “Sesungguhnya setiap kamu dihimpunkan kejadiannya di dalam rahim ibunya selama 40 hari sebagai mani, kemudian dia menjadi ketulan darah seperti tempoh tersebut juga (40 hari), kemudian dia menjadi ketulan daging seperti tempoh tersebut (40 hari). Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, maka dia meniupkan ruh padanya. Lalu dia (malaikat) disuruh oleh Allah supaya menulis 4 perkara : (1) rezekinya, (2) ajalnya, (3) amalannya, dan (4) celaka atau bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain-Nya! Sesungguhnya di kalangan kamu ada yang akan beramal dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada di antaranya dengan syurga kecuali sehasta, maka kitab mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli neraka, lalu diapun memasuki (neraka). Di kalangan kamu ada yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada di antaranya dengan neraka kecuali sehasta, maka kitab mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli syurga, lalu diapun memasukinya (syurga).
Berdasarkan hadis ini, para ulama bagi keempat-empat mazhab bersepakat menyatakan bahawa roh akan ditiup ke dalam badan janin pada selepas 120 hari pertama tempoh kandungan, dan mereka bersepakat menyatakan bahawa manusia hanya akan dikira sebagai bernyawa setelah ditiupkan roh ke dalamnya.

** Para ulama bagi keempat-empat mazhab telah bersepakat menyatakan bahawa haram menggugurkan janin selepas genap 4 bulan kandungan janin itu berada dalam kandungan si ibu. Seperti mana yang dinyatakan dalam hadis di atas, roh akan ditiupkan ke dalam janin selepas 120hari kandungan.

Janin yang telah ditiupkan roh akan di kira sebagai manusia, dan kita sedia maklum bahawa haram membunuh manusia tanpa sebab syari'e. Apakah antara sebab syari'e yang menghalalkan kita membunuh manusia ?

Ada 3 iaitu: 
- Penzina yang sudah berkahwin,
- Orang yang murtad,
- Orang yang membunuh orang lain dengan sengaja.

 Wallahualam.

special guest :)