Persoalan, bolehkah menggugurkan janin sebelum 3 bulan pertama ataupun sebelum ditiupkan roh ? Adakah Haram dan diibarat membunuh ?
Jawapan berikut bersumberkan kitab: (الوافي في شرح الأربعين النوويّة) karangan Doktor Mustafa al-Bugha dan Doktor Muhyiddin Mistu keluaran Darul Kalam At-Tayyib (Damsyik-Birut) dan subjek Feqh Mujtama' yang telah saya pelajari.
Berdasarkan hadis:
عن أبي عَبدِ الَّرحْمن عَبدِ الله بنِ مسعودٍ رضي الله عنه قال: حَدَّتَنا رسول الله صلى الله عليه وسلم وهُوَ الصَّادِقُ المَصدُوقُ: إن أَحَدَكُم يُجمَعُ خَلقُهُ في بَطنِ أُمِّهِ أربَعِينَ يَوماً نُطفَةً, ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثلُ ذلك, ثُمَّ يَكُونُ مُضغَةً مِثلُ ذلك, ثُمَّ يُرسَلُ إليه المَلَكُ فَيَنفخُ فيه الرُّوح ويُؤمَرُ بأربَعِ كلماتٍ بِكَتبِ رِزقِهِ وأجَلِهِ وعَمَلِهِ وشَقيٌّ أو سَعِيدٌ, فَوَ اللهِ الَّذي لا إله غَيرُهُ إنَّ أحَدَكُم ليَعمَلُ بعَمَلِ أهلِ الجَنَّةِ حتى ما يَكونُ بَينَهُ وبَينَهَا إلا ذِرَاعٌ, فَيَسبقُ عَليه الكِتَابُ فَيَعمَلُ بعَمَلِ أَهلِ النَّارِ فَيَدخُلُها, وإنَّ أَحَدَكُم لَيَعمَلُ بِعَمَلِ أَهل النَّارِ حتى ما يَكونُ بَينَهُ وَبَينَها إلا ذِرَاعٌ, فَيَسبِقُ عَلَيهِ الكتابُ, فَيَعمَلُ بِعَمَلِ أهل الجنَّةِ فّيّدخُلُها - رواه البخاري ومسلم
Daripada Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Rasulullah
s.a.w telah menceritakan kepada kami – dan dia adalah orang yang benar
lagi dibenarkan -: “Sesungguhnya setiap kamu dihimpunkan kejadiannya
di dalam rahim ibunya selama 40 hari sebagai mani, kemudian dia menjadi
ketulan darah seperti tempoh tersebut juga (40 hari), kemudian dia
menjadi ketulan daging seperti tempoh tersebut (40 hari). Kemudian
diutuskan kepadanya malaikat, maka dia meniupkan ruh padanya. Lalu dia
(malaikat) disuruh oleh Allah supaya menulis 4 perkara : (1) rezekinya,
(2) ajalnya, (3) amalannya, dan (4) celaka atau bahagianya. Maka demi
Allah yang tiada Tuhan selain-Nya! Sesungguhnya di kalangan kamu ada
yang akan beramal dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada di
antaranya dengan syurga kecuali sehasta, maka kitab mendahuluinya,
lantas dia beramal dengan amalan ahli neraka, lalu diapun memasuki
(neraka). Di kalangan kamu ada yang beramal dengan amalan ahli neraka
sehingga tidak ada di antaranya dengan neraka kecuali sehasta, maka
kitab mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli syurga, lalu
diapun memasukinya (syurga).
Berdasarkan hadis ini, para ulama bagi keempat-empat mazhab bersepakat menyatakan bahawa roh akan ditiup ke dalam badan janin pada selepas 120 hari pertama tempoh kandungan, dan mereka bersepakat menyatakan bahawa manusia hanya akan dikira sebagai bernyawa setelah ditiupkan roh ke dalamnya.
Pada 40 hari yang pertama (نُطفَةً)
- Fuqaha' mazhab hanafiah telah berijtihad bahawa hukumnya adalah harus(di bolehkan) menggugurkan bayi sebelum ditiupkan roh dengan syarat mendapat izin pemilik bayi(ibu bapa) tersebut.
- Tidak dibenarkan orang lain untuk menggugurkannya sekiranya tidak mendapatkan izin si ibu.
2. Mazhab Maliki:
- Jumhur fuqaha' mazhab maliki telah berijtihad bahawa hukumnya adalah haram sebaik sahaja air mana suami telah berada di rahim si isteri. Hal ini berdasarkan kata-kata Syeikh Ahmad Ad-Dardir "haram mengeluarkan mani yang telah berada di rahim isteri walaupun sebelum 40 hari pertama."
3. Mazhab Syafie:
- Jumhur fuqaha' mazhab syafie telah berijtihad bahawa hukumnya adalah harus(di bolehkan) sekiranya belum ditiupkan roh.
4. Mazhab Hanbali:
- Jumhur fuqaha' mazhab hanbali telah berijtihad bahawa hukumnya adalah harus(di bolehkan) pada peringkat pertama (نُطفَةً), peringkat kedua (عَلَقَةً).
- Haram menggugurkannya pada peringkat ketiga (مُضغَةً)
- Di bolehkan untuk menggugurkan نُطفَةً dengan cara meminum ubat
Pada 40 Hari yang kedua (عَلَقَةً)
1. Fuqaha' mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali telah berijtihad bahawa dibolehkan menggugurkan janin pada peringkat ini.
2. Fuqaha' mazhab Maliki telah berijtihad bahawa Haram menggugurkan janin pada peringkat ini.
Pada 40 Hari yang ketiga (مُضغَةً)
1. Fuqaha' mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali telah berijtihad bahawa dibolehkan menggugurkan janin pada peringkat ini.
2. Fuqaha' mazhab Maliki telah berijtihad bahawa Haram menggugurkan janin pada peringkat ini.
Wallahualam.