Saturday, August 24, 2013

Alhamdulillah, I pass !

Assalamualaikum,

Semalam 23/08/2013, ada ujian JPJ setelah tamat sesi latihan memandu selama 9hari bersamaan 1jam sehari. Sejujurnya saya langsung tak pernah memandu kereta-kereta yang ada kat depan rumah tu, walaupun semuanya gear auto -.-

Ingatkan susah sangat ujian nya, rupanya.. indah khabar dari rupa, takde lah susah seperti yang disangkakan ^.^v

#post ini bukan nak mengajar memandu, tapi cuma nak kongsi pengalaman masa ujian sahaja, tentang memandu tu boleh belajar daripada tenaga pengajar ^^
Mulanya dikumpulkan dikaunter pendaftaran, serahkan lesen L kita di kaunter dan akan diberi giliran. Saya dapat no 10 dan merupakan lelaki terakhir -.- daripada no 1 ~ 10 semua lelaki, 11 ke atas dah lain jantina. Kemudian, saya dan yang lain-lain dibawa ke tempat ujian dengan menaiki viva yang disediakan, kami dikumpulkan di pondok berdekatan bukit kerana ujian akan bermula disitu seterus parking dan terakhir untuk ujian dalam litar iaitu 3 penjuru.

Bukit.
Bukit nilah yang paling ditakuti ramai, bukan ape, takut kebelakang keretanya.. Pada aku, tak susah pun kalau kita buat semuanya dalam keadaan tenang. mudah je, masa nak naik bukit, jangan tekan minyak sangat, kasi naik sampai 2 atau 2.5 je. bukan ape, kalau laju sangat takut tak sempat nak brek masa atas tayar depan atas lain kuning tu. Keadaan tayar yang terbaik ialah seperti yang tertera digambar di atas, kenapa? kerana andai kata kereta terundur ke belakang, selagi tayar depan tak terkeluar dari petak kuning, kita belum dikira batal, dan masih ada masa untuk tarik balik handbrek. Alhamdulillah, saya lepas ujian ini dengan jayanya. ^.^v

Parking.
Selepas menuruni bukit, akan disusuli pula dengan ujian parking, masa ni memang rileks jelaa sebab tak susah pun, cuma kena pandai agak lah masa nak undurkan kereta tuh. Ujian nih pun kacang jea ^.^v

3 Penjuru.
Masa sesi latihan bersama cikgu saya, puas saya kena marah sebab lambat sangat pusing stereng dan pandu laju -.- tapi alhamdulillah masa ujian semalam, pandu memang perlahan dan tangan memang ligat la nak pusing stereng tu =.= kalu lambat memang cium tiang laa jawabnya. Berlaku sedikit kesukaran ketika itu dimana saya terlebih serong ke kanan, jadi masa nak undur tu tak boleh pusing stereng arah kiri sampai habis, sebab takut sisi kereta langgar tiang kanan, jadinya pandu sambil kawal stereng agak-agak dah nak kene tu terus tegakkan stereng bila dah lepas terus pusing stereng balik arah kiri sampai habis kemudian brek ! hahaha. tengok belakang, sikit lagi tayar belakang nak jejak garisan putih -.- kemudian pusing habis arah kanan tukar gear 1 gerak macam biasa. Alhamdulillah ujian litar lepas dengan jaya nya ^.^v

Jalan Raya.
Ujian terakhir ini pun lepas sebenarnya ^.^ mulanya dia ada tentukan ikut jalan mana, kalu kat tempat saya ada 2 jalan A dan B, giliran saya diberi jalan A, tapi bila dah masuk kereta, uncle JPJ tu cakap "kita buat jalan dekat dan mudah" Ohh my, senyum sampai ke telinga saya masa tuh. hahaha! Pandu jela ikut arah dia, sampai dia kata "buka signal kanan", dalam hati "aik ?? bia betik, dekat beno ni -.-" kemudian uncle tu cakap "oke, awak da masuk lorong ni, sekarang pandai-pandai awak lah nak kuar balik macam mana, nak U-turn ke..nak 3 penjuru ke.. yang penting dapat keluar semula". wahhhh! hahaha. kalu nak U-turn memang tak sempat dah, jadi buat laa 3 Penjuru. dan lepas ~ huhu. tengok markah dapat 17/20 =.= kesalahan 1. lambat bukak signal, 2. lambat tuka gear, 3. lambat tekan brek. mak aihh, semuanya lambat, takpela, yang penting LULUS alhamdulillah ^^

**apa yang saya lihat, tenaga pengajar lebih risau berbanding pelajar itu sendiri, mungkin lulus/kandas seseorang pelajar dibawah latihannya itu mempengaruhi kredibiliti dan prestasi tenaga pengajar itu sendiri. Mungkin kalu jatuh, mungkin permit kene tarik kot. MUNGKIN laa.. ini andaian saya saje. Don't take so serious ;)**

Nota Hati: Saya seorang yang 'zero' tak tahu apa-apa tentang memandu, dan kini telah lepas segala ujian itu dengan jayanya, sepanjang ujian, saya tenangkan fikiran saya dan biar kosong tak fikir apa-apa yang negatif kerana saya teringat akan pesanan ustaz saya "ketenangan adalah kemenangan pertama" ^.^v

special guest :)