Showing posts with label qalbu salim. Show all posts
Showing posts with label qalbu salim. Show all posts

Wednesday, July 09, 2014

Had Sempadan yang Membolehkan Mengumpat

Apakah itu mengumpat (ghibah)? Rasulullah SAW telah menjelaskan perkara mengumpat dalam sabdanya:

أَتَدْرُونَ الغِيْبَةُ؟ قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمْ. قَالَ: ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ. قِيلَ: أَفَرَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ؟ قَالَ: إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدِ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ بَهَتَّهُ
"Tahukah kamu apa itu Ghibah (mengumpat)? Para sahabat menjawab: Hanya Allah SWT dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui. Baginda SAW menyambung: Mengumpat itu, apabila kamu menyebutkan sesuatu yang dibenci oleh saudaramu! Sahabat bertanya: Bagaimanakah kalau sekiranya apa yang aku katakan itu memang betul ada pada saudaraku? Baginda SAW menjawab: Kalau betul apa yang katakan itu ada padanya, maka kamu sudah mengumpatnya. Dan kalau kamu katakan itu tiada padanya, maka kamu sudah menuduhnya." [Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasaie]
Terdapat pelbagai gambaran yang dikecualikan oleh ulama Islam daripada mengumpat yang diharamkan iaitu pengecualian yang hanya boleh digunakan ketika berada dalam keadaan darurat sahaja. Antara hal yang darurat itu ialah menceritakan kezaliman yang menimpa dirinya, bertanya kerana ingin mengetahui tentang diri orang lain, meminta fatwa, memohon bantuan mengubah kemungkaran, memanggil gelaran yang sudah dikenali, mencacatkan saksi dan pemimpin yang zalim.

Asas yang Menetapkan Bolehnya Mengumpat
Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan mengenai asas yang membolehkan seseorang itu mengumpat adalah bergantung kepada 2 perkara iaitu Keperluan yang mendesak dan Niat atau tujuan dari mengumpat itu.
Apabila tiada keperluan yang mendesak untuk menyebut sesuatu tentang orang yang ghaib dari hal yang tidak disukainya, maka tidaklah wajar sehingga dia berani untuk melepasi benteng yang telah diharamkan ini. Kalau keperluannya boleh diselesaikan dengan isyarat sahaja, tidak perlulah dia memilih jalan yang terang-terangan. Kalau cukup dengan mengatakan secara umum sahaja, maka tidak perlu pada pengkhususan. (Yusuf al-Qardhawi, al-Halal wal Haram fil Islam, terjemahan Dr. Zulkifli al-Bakri, Nilai: Cetakan ketiga, Pustaka Cahaya Kasturi, m/s 601)
Tentang niat dan tujuan pula, ianya adalah suatu perkara yang amat penting, kerana manusia itu mengenali dirinya dan lebih mengetahui tentang hakikat dorongannya dari orang lain. Niatlah yang menentukan tujuan perlakuannya sama ada membuat kezaliman atau memuaskan hati sahaja, juga di antara sekadar meminta fatwa hukum atau sengaja hendak memburukkan orang lain, antara mengumpat atau mengkritik, antara maksud nasihat atau hendak menyebarkan keburukan seseorang. Seorang mukmin itu, sebagaimana yang dikatakan, adalah lebih patut menghitung dirinya daripada seorang pemerintah yang jahat ataupun seorang rakan kongsi yang kedekut. (Yusuf al-Qardhawi, al-Halal wal Haram fil Islam, terjemahan Dr. Zulkifli al-Bakri, Nilai: Cetakan ketiga, Pustaka Cahaya Kasturi, m/s 602)
1) Menceritakan Kezaliman yang Menimpa Dirinya
Apabila orang yang teraniaya mengadukan hal dan perbuatan orang yang menzalimi dirinya, kemudian diceritakan apa yang tidak menyenangkan dirinya dari perkara yang benar-benar berlaku. Orang ini dibolehkan menceritakan kezaliman yang menimpa dirinya, dan boleh membuat pengaduan ke atas orang yang mezaliminya.

Hal ini jelas dinyatakan di dalam al-Quran pada surah al-Nisa' ayat 148:
"Allah SWT tidak menyukai pendedahan perkataan yang buruk (kepada orang ramai), kecuali dari orang yang teraniaya, dan adalah Allah SWT itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Nisa': 148)
2) Bertanya kerana Ingin Mengetahui Tentang Diri Orang Lain
Ada kalanya seseorang bertanya kerana ingin mengetahui tentang diri orang lain kerana mahu berkongsi dengannya mengenai perniagaan, ataupun dia mahu mengahwinkan puterinya kepada orang itu, ataupun dia ingin melantiknya untuk menjawat suatu kerja yang penting. Yusuf al-Qaradhawi menyatakan bahawa perkara ini bertentangan dengan kewajipan memberi nasihat dalam agama dengan menjaga kewajipan menjaga kehormatan orang yang ghaib (tiada di hadapannya), namun beliau berpendapat bahawa dalam hal ini, kewajipan yang pertama iaitu untuk mengenali seseorang atas tujuan atau sebab-sebab yang mulia adalah lebih penting dan lebih suci, maka perkara ini harus diutamakan dari yang lain. (Yusuf al-Qardhawi, al-Halal wal Haram fil Islam, terjemahan Dr. Zulkifli al-Bakri, Nilai: Cetakan ketiga, Pustaka Cahaya Kasturi, m/s 600)

Suatu peristiwa yang diambil dari kitab al-Halal wal Haram fil Islam karangan Yusuf al-Qaradhawi, Fatimah binti Qais datang menemui Nabi SAW untuk meminta nasihat baginda SAW perihal dua orang lelaki yang menyembunyikan keadaan mereka yang datang untuk meminangnya, maka nabi SAW tidak menyembunyikan keadaan mereka yang sebenar dengan berkata: Yang pertama itu adalah miskin papa, tidak mempunyai sebarang harta! Manakala seorang lagi diumpamakan dengan lelaki yang tidak melepaskan tongkat dari tengkuknya, tegasnya dia suka memukul isteri. Seterusnya baginda SAW menyerahkan perkara itu untuk dipilih sendiri oleh wanita yang bertanya itu.

3) Meminta Fatwa
Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan lagi, orang yang meminta fatwa hukum contohnya, orang beranya hendaklah menceritakan perkara yang sebenar. Jika dia mengatakan "Apa pendapat kamu tentang seorang lelaki yang melakukan begini dan begitu....!" Tidaklah perlu dia menanyakan dengan mengataka "Apa pendapat kamu tentang si fulan bin si fulan yang melakukan..." itupun semuanya disyaratkan dia tidak menyebut sesuatu yang lain dari yang betul-betul berlaku, kalau tidak, maka semua itu dikira dusta yang diharamkam. (Yusuf al-Qardhawi, al-Halal wal Haram fil Islam, terjemahan Dr. Zulkifli al-Bakri, Nilai: Cetakan ketiga, Pustaka Cahaya Kasturi, m/s 600-601)

4) Memohon Bantuan Mengubah Kemungkaran
Mereka yang hendak memohon bantuan seseorang atau sesuatu pihak untuk mengubah atau mencegah kemungkaran, hendaklah mereka memberitahu perkara yang sebenar tanpa menambah apa-apa yang tiada pada asalnya.

5) Memanggil Gelaran yang Sudah dikenali
Jika ada orang yang mempunyai gelaran atau panggilan, atau sifat, atau namanya yang sememangnya begitu, yang mana apabila dipanggil dengan nama itu atau gelaran tersebut kelihatan kurang senang, akan tetapi dia memang sudah dikenali dengan nama atau panggilan tersebut seperti si pincang, si buta atau anak dara si wanita itu.

6) Mencacatkan Para Saksi
Mencacatkan para saksi dengan menyebutkan keaibannya supaya ditolak penyaksiannya, dan juga mencacatkan para perawi hadis dan berita-berita yang disebutkannya.

7) Ahli bid'ah, Fasiq dan Pemimpin yang Zalim.
 Abi al-Walid bin Rasyad al-Qurtubi menyatakan dalam kitabnya berkenaan siapa yang dibolehkan untuk diumpat. Beliau dikhabarkan daripada Ibn Wahab, daripada Abdullah bin al-Syeikh daripada rijal daripada al-Hasan bahawa al-Hasan al-Basri berkata:
"Tiga golongan yang boleh diumpat di dalam Islam iaitu pemilik bid'ah* yang menzahirkan bid'ahnya, imam (pemimpin) yang zalim dan al-Fasiq yang melakukan kefasiqan secara terang-terangan."
Muhammad bin Rasyad berkata: Maksud kata-kata al-Hasan al-Basri ini ialah tiada mengumpat yang dibenarkan oleh Islam kecuali pada tiga golongan ini. (Lihat: Abi al-Walid bin Rasyad al-Qurtubi, al-Bayan wal Tahsil wal Syarah wal Taujih fil Masailil Mustakhrijah, dikemaskini oleh Dr. Muhammad Hajiyyi, bab Kitabul Jamik at-Tasi', Darul Gharbil Islami, m/s: 546. Lihat: فصل: مسألة من لا غيبة فيه | نداء الايمان)

*Bid'ah yang dimaksudkan ialah bid'ah yang ditolak oleh syarak iaitu Bid'ah Dholalah.

Siapa yang Mendengar Sama dengan Orang yang Mengumpat Pada Perlakuannya
Apa yang sudah diputuskan dalam Islam, bahawa orang yang mendengar itu adalah sama dengan orang ynag mengumpat pada perlakukannya. Ini kerana yang wajib ke atasnya ialah supaya dia membantu saudaranya pada masa ketiadaannya serta membelanya ketika dia tiada.

Nabi SAW bersabda:
مَنْ ذَبَّ عَنْ عِرْضِ أَخِيهِ الغِيبَةَ، كَانَ حَقًّا عَلَى أَنْ يُعْتِقَهُ مِنَ النَّارِ
"Sesiapa yang menghalang seseorang dari mencacatkan kehormatan diri dari saudaranya, maka Allah SWT pasti akan membebaskannya dari api neraka." [Riwayat Imam Ahmad dengan sanad yang baik]

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang lain:
مَنْ رَدَّ عَنْ عِرْضِ أَخِيهِ الدُّنْيَا، رَدَّ اللهُ عَنْ وَجْهِهِ النَّارَ يَومَ القِيَامَةِ
"Siapa yang menolak orang yang mencaci kehormatan saudaranya di dunia, nescaya Allah SWT akan menolak api neraka dari mengenai wajahnya di hari kiamat." [Riwayat al-Tirmizi dengan sanad yang baik]
Barangsiapa yang tidak mempunyai semangat yang baik seperti ini, dan tidak berkemampuan untuk mencegah dari perkataan-perkataan yang celupar itu dari mencemar kehormatan saudaranya, maka dia hendaklah menjauhkan dirinya dari duduk dalam majlis tersebut, ataupun cuba menarik perhatian orang-orang yang jahat ini kepada topik atau perbicaraan yang lain. Kalau tidak, maka wajarlah dia dimasukkan ke dalam kumpulan orang-orang yang telah disebutkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya ini:
"Sesungguhnya kamu pun adalah sama dengan mereka!" (Surah al-Nisa': 140)
Nota Hati: Bukanlah entri ini untuk menggalakkan para muslim untuk mengumpat, tetapi untuk membuka minda para muslim bahawa ada beberapa perkara yang dibenarkan oleh Islam untuk kita mengumpat tetapi hendaklah berlandaskan pada keperluan yang mendesak dan juga niat dan tujuan mengumpat itu. Perlu diingatkan, bahawa hukum tetap bagi mengumpat adalah haram seperti mana yang telah dinyatakan dalam al-Quran pada surah al-Hujurat ayat 12: "dan janganlah sebahagian daripada kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah suka salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati, tentu kamu akan menjijikannya, bukan?"

Friday, June 27, 2014

Niat yang Baik Tidak Boleh Membersihkan yang Haram

Islam sentiasa menghargai setiap galakan yang mulia, maksud yang baik serta niat yang bersih dalam perundangannya secara keseluruhan.

Setiap Amalan Bermula dengan Niat.

إِنَّما الأَعمَالُ بِالنِّيَّاتِ وإِنَّمَا لِكُلِّ امرِئٍ مَا نَوَى
Maksudnya: "Sungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat dan bagi setiap orang dikira apa yang diniatkannya" (Riwayat al-Bukhari)
Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: "Hadis ini menjadi sepakat ulama berkenaan kesahihannya yang menghimpunkan banyak kemuliaan. Ianya menjadi paksi Islam. Hadis ini menghitung niat dan tanpanya tidak diiktibar mengikut syarak. Walaupun begitu, bagi yang mukallaf, muraqabah dirinya sebelum dan ketika melakukan sesuatu amalan, adakah mengikut hawa nafsu atau semata-mata kerana Allah SWT? Jika kerana-Nya, hendaklah dilangsungkan sebaliknya dan jika bukan, hendaklah ditinggalkan." Lihat: al-Halal wal Haram fil Islam karangan Yusuf al-Qaradhawi, diterjemah oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, cetakan ke 3, Nilai:Pustaka Cahaya kasturi, m/s 41.
Abu Daud berkata: "Sesungguhnya hadis ini (إِنَّما الأَعمَالُ بِالنِّيَّاتِ) *niat* adalah nisful Islam, kerana agama zahirnya adalah perbuatan, batinnya adalah niat". Imam Ahmad dan Imam Syafie berkata bahawa hadis tentang niat (إِنَّما الأَعمَالُ بِالنِّيَّاتِ) ini mencakupi 1/3 ilmu, hal ini kerana perbuatan manusia terdiri daripada niat didalam hati, percakapan dan tindakan (perbuatan), dan niat didalam hati adalah salah satu daripada tiga bahagian itu. Lihat: al-Wafi fi Syarhi Arbain an-Nawawiyah karangan Dr. Mustofa al-Bugha dan Dr. Muhyiddin Mistu, cetakan pertama, Damsyik: Daril Kalami at-Thoyyib, m/s 12.


Dengan niat yang baik pula, setiap perkara dan perbuatan yang mubah dan adat kebiasaan boleh bertukar menjadi taat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sesiapa yang memakan makanan dengan niat memelihara kehidupannya dan menguatkan badannya supaya teguh berdiri untuk menjalankan segala kewajibannya terhadap Allah dan umatnya, maka makanan dan minuman itu adalah ibadat dan telah mendekat dirinya kepada Allah SWT.

"Bila Tujuannya Baik, Jalan Menujunya Mesti Baik"

Jika setiap amal yang mubah (harus) dilakukan oleh seseorang mukmin, disertakan dengan niat, jika niatnya baik, amal yang mubah boleh menjadi sebagai ibadat., tetapi jika yang haram, maka ianya tetap haram meskipun si pelaku mempunyai niat yang baik dan mulia dan mempunyai cita-cita yang terpuji. Ini kerana Islam tidak reda sama sekali mengambil sesuatu yang haram untuk menjadikan penghubung kepada sesuatu tujuan yang mulia kerana Islam sentiasa menggalakkan pencapaian yang mulia di samping jalan yang bersih.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya yang masyhur al-Halal wal Haram fil Islam menyatakan bahawa perundangan Islam tidak mengiktiraf sama sekali konsep "Bila tujuannya baik, jalan menujunya mesti baik" atau konsep "Untuk menyampaikan kepada kebenaran, boleh membuat apa sahaja dari perkara batil". Sebaliknya, yang dianjurkan oleh agama ialah untuk mencapai ke jalan kebenaran, mestilah menerusi jalan yang benar sahaja. Sesiapa yang mengumpulkan harta dengan cara riba atau mengerjakan apa yang ditegah oleh Allah SWT atau dengan mengerjakan apa yang ditegah oleh Allah SWT atau dengan hiburan yang haram atau dengan berjudi, dengan melakukan perkara yang dilarang, dengan tujuan hendak mendirikan masjid atau hendak membangunkan projek kemasyarakatan, maka tidak akan menjamin kebaikan, sesuai dengan cita-citanya yang baik itu. Lalu diangkat kepadanya dosa yang haram kerana yang haram di dalam Islam itu tidak memberi kesan apa pun oleh maksud dan niat yang baik.. Inilah yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada kita. Lihat: al-Halal wal Haram fil Islam karangan Yusuf al-Qaradhawi, diterjemah oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, cetakan ke 3, Nilai:Pustaka Cahaya kasturi, m/s 43.

Allah juga melarang percampuran antara perkara yang benar (haq) dengan perkara yang salah (batil) dalam firmannya:

Maksudnya: Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (Surah al-Baqarah: 42)

Tidak dimakbulkan Doa Orang yang Mengambil Perkara yang Haram.

Selalu tertanya-tanya kenapa doa kita selama ini seolah-olah tak sampai kepada Allah. Pernah audit diri kita sendiri sebelum mempersoalkan tentang doa kita? Ketahuilah, antara sebab kenapa doa kita tidak diterima adalah sebab di dalam dan di luar badan kita adanya perkara-perkara haram yang kita tidak ketahui, adapun kita maklum, tapi kita sengaja tak ambil peduli. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Rasulullah tentang kenapa doa seseorang hamba itu tidak diterima oleh Allah SWT dalam hadisnya:

Baginda SAW bersabda:

إنَّ اللهَ طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا، وإنَّ اللهَ أَمَرَ المُؤمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ المُرسَلِينَ. فَقَالَ:(يٰأَيُّهَا الرُّسُلُ كُلوا مِنَ الطَّيِّبٰتِ وَاعمَلوا صٰلِحًا ۖ إِنّى بِما تَعمَلونَ عَليمٌ) وَقَالَ: (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ) وَقَالَ: ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ، يَمُدُّ يَدَيهِ إِلَى السَّماَءِ، ياَ رَبَّ يا رَبِّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِّيَ بِالحَرَامِ، فَاَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ؟

Maksudnya: Allah SWT itu baik, dan tidak akan menerima kecuali yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan kaum mukminin sebagaimana Dia juga memerintahkan para Rasul. Lalu Baginda SAW membacakan ayat: Wahai para Rasul! Makanlah dari rezeki yang baik-baik dan kerjakanlah amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan! Kemudian Baginda SAW membacakan lagi ayat yang lain: Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari rezeki yang Kami berikan pada kamu! Kemudian Baginda SAW menyebutkan lagi tentang seorang lelaki yang datang dari pelayaran yang jauh dalam keadaan rambutnya yang tidak terurus, pakaiannya penuh dengan debu. Lalu dia mengangkat kedua belah tangannya ke arah langit dan berdoa: Ya Tuhanku! Ya Tuhanku! Sedang makanannya penuh dengan yang haram, minumannya penuh dengan yang haram , pakaiannya penuh dengan yang haram, dan diberi makan dengan perkara yang haram, bagaimana dapat dimakbulkan doanya kerana semua itu?" (Riwayat Muslim dan al-Tarmizi daripada Abu Hurairah)

Perkara yang Haram Tidak Akan Berubah Menjadi Halal Sekalipun diiringi dengan Niat yang Baik 

Pernah menjadi persoalan masyarakat sekiranya mereka melakukan sesuatu kemungkaran tapi niat mereka hendak melakukan kebaikan sebagai contoh melacurkan diri sendiri kerana ingin mencari rezeki untuk kelangsungan hidup, mencuri untuk bersedekah di masjid atau di rumah anak-anak yatim, nak berjumpa (berdating) tapi atas alasan belajar berkumpulan (study group) dan banyak lagi. Masyarakat sering menjadikan niat yang baik sebagai alasan untuk melakukan sesuatu perbuatan yang dipandang buruk oleh Islam. Tindakan ini akan mencemarkan kesucian dan kemurnian Islam yang tidak membenarkan sama sekali percampuran antara haq dan batil. Permasalahan berkenaan percampuran haq dan batil ini telah diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam kebanyakan hadis baginda, antaranya:

Rasulullah SAW bersabda:

مَن جَمَعَ مَالاً مِنْ حَرَامٍ، ثُمَّ تَصَدَّقَ بِهِ لَم يَكُنْ لَهُ فِيْهِ أَجْرٌ، وكَانَ إِصْرُهُ عَلَيهِ
Maksudnya: "Sesiapa yang mengumpulkan harta kekayaan dari perkara yang haram, kemudian dia bersedekah dengannya, dia tidak akan mendapat pahala apa pun kerana sedekah itu, malah dosanya akan tetap ditanggungnya." (Riwayat Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan al-Hakim daripada Abu Hurairah)

Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَكْسِبُ عَبدٌ مَالاً حَرَامًا، فَيَتَصَدَّقَ بِهِ فَيُقْبَلُ مِنهُ، وَلاَ يُنْفِقُ مِنْهُ فَيُبَارِكُ لَهُ فِيهِ، وَلاَ يَتْرُكُهُ خَلْفَ ظَهِرِهِ، إِلاَّ كَانَ زَادُهُ إلَى النَّار. إِنَّ اللهَ تَعَالَى لاَ يَمْحُو السَّيِّءَ بِالسَّيِّءِ، وَلَكِن يَمْحُو السَّيِّءَ بِالحَسَنِ، إِنَّ الخَبِيثَ لاَ يَمْحُو الخَبِيثَ  
 Maksudnya: "Tiada seorang hamba yang berusaha memperolehi wang yang haram. Lalu dia menyedekahkannya, maka tidak akan diterima daripadanya sedekahnya itu. Dan tiada seorang hamba yang membelanjakan dari hartanya yang haram. Lalu dia akan diberkatinya dalam harta itu dan tiada pula dia meninggalkannya di belakangnya (mati meninggalkan harta itu), melainkan semua harta itu akan menjadi bekalannya ke dalam api neraka. Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menghapus perkara yang buruk dengan sesuatu yang buruk, akan tetapi Dia akan menghapus sesuatu yang buruk dengan perkara yang baik. Sesungguhnya yang buruk itu tidak dapat dihapuskan dengan yang buruk!" (Riwayat Ahmad dan lainnya daripada Ibn Mas'ud)

Fatwa Pengebom Berani Mati a.k.a Suicide Bomber.

Saya pernah ditanya oleh seorang sahabat di Facebook mengenai konsep pengebom berani mati di negara-negara Islam yang ditindas oleh puak Kafir Harbi (wajib diperangi kerana menentang Islam secara terang-terangan).
Saya mengambil tulisan kajian daripada Dato’ Dr. Ismail Ibrahim iaitu Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim dari UKM:

Dr Yusuf al-Qardhawi telah agak lama mengemukakan fatwanya tentang hukum orang yang membunuh diri untuk membunuh orang lain, seperti yang disebutkan di atas, iaitu yang dikenali sebagai suicide bomber ini. 
Beliau dalam buku koleksi fatwanya yang terbaru sekali lagi menegaskan bahawa perbuatan pengebom berani mati di bumi Israel oleh orang Islam  adalah harus. Beliau berhujjah bahawa perbuatan ini harus dilakukan ialah kerana “masyarakat Israel semuanya adalah masyarakat tentera, lelaki dan perempuannya, dan orang Palestin adalah bertindak menentang pendudukan Israel, oleh itu hak untuk mempertahankan tanah air adalah merupakan hak yang diizinkan syarak, dan pengebom berani mati itu tidak menggunakan orang lain, malah mengorbankan dirinya sendiri untuk menakutkan musuhnya itu”.

Berdasarkan alasan inilah beliau memberikan fatwanya bahawa hanya para pengebom berani mati di Israel itu sahaja yang dibenarkan syarak, tidak di tempat lain, menurut yang saya fahami dari nas fatwanya itu (Fatawa Mu’asirah, juzuk 4, halaman 795, 2008, Doha).

Beliau telah memberikan kupasannya yang amat baik tentang adab-adab peperangan di dalam Islam, dan hukum syarak tentang perbuatan membunuh, tetapi di dalam isu pengebom berani mati di Israel seperti yang dijelaskannya itu mungkin menimbulkan beberapa pertanyaan, umpamanya kita boleh bertanya: benarkah semua anggota masyarakat Israel itu adalah masyarakat tentera? Bagaimanakah keadaannya sekiranya pengebom berani mati itu yang membunuh dirinya lalu menyebabkan kematian kepada kanak-kanak, orang tua dan lemah, atau orang luar yang bukan terdiri daripada orang Israel?
Hal ini mungkin agak tepat sekiranya dilihat kepada perbuatan membunuh diri oleh tentera Jepun di dalam peperangan dunia kedua yang dikenali sebagai Kamikaze, iaitu ketika tentera Jepun, khususnya juruterbang jet pejuangnya yang bertindak menjatuhkan pesawatnya ke atas kapal perang pihak Bersekutu di laut, malah terdapat tentera Jepun yang menerjunkan dirinya ke dalam serombong kapal perang Bersekutu untuk memusnahkan kapal perang musuh.

Tentara Jepun yang bertindak begitu memang menujukan sasarannya kepada armada angkatan laut musuh yang begitu banyak, dan pihak tentera Jepun melakukan gerakan membunuh diri ini semata-mata ditujukan kepada musuh, kerana kapal perang itu memang penuh dengan tentera musuh, maka Jepun ingin memusnahkan seberapa banyak kapal perang musuhnya itu, dan kerana itulah mereka bertindak nekad menjatuhkan pesawat perang mereka ke atas kapal perang musuh itu dan memusnahkannya.

Tetapi perbuatan pengebom berani mati di Israel yang tidak berjaya menembusi benteng pertahanan tentera Israel untuk memasuki ke kem tentera Israel untuk membunuh mereka dengan cara meletupkan dirinya itu, sering juga melakukan perbuatan ini di pasar, di stesen bas, di kedai kopi, restoran, dan sebagainya. Dalam keadaan ini timbullah persoalan di atas, iaitu apakah hukumnya pula dengan pembunuhan ini yang ada kalanya membunuh orang awam yang tidak berdosa, dan mereka bukannya tentera? Malah satu persoalan lain akan timbul juga di sini, iaitu apakah “tujuan” untuk membunuh musuh ini boleh dilakukan dengan membunuh diri sendiri sebagai “cara”nya, dalam kaedah “matlamat mengharuskan cara? (Al-Ghayah Tubarriru Al-Wasilah)

Semua orang mengiktiraf  dan  tahu bahawa Dr. Yusuf Al-Qardhawi adalah seorang yang pakar dalam fatwa, malah pemikirannya amat terkini. Tetapi dalam hal ini, timbul persoalan di kalangan ulamak lain, kerana beliau menjustifikasikan perbuatan membunuh diri untuk membunuh musuh.
Bacaan lanjut: Fatwa al-Qardhawi tentang pengebom berani mati

Seorang pendakwah bebas di Malaysia Ustaz Azhar Idrus yang terkenal dengan keluasan ilmunya juga ada menjawab pertanyaan daripada al-mad'ue (orang yang didakwah) mengenai adakah pengebom berani mati yang dilakukan oleh orang Islam dikira sebagai jihad. Beliau menjawab pertanyaan tersebut dengan mengemukakan 2 pandangan ulama (mufti) iaitu
Pandangan yang mengharuskan pengeboman berani mati: Sekiranya tiada cara lain yang boleh dilakukan melainkan dengan cara pengebom berani mati untuk membunuh tentera-tentera Yahudi laknatullah dikira sebagai jihad
Pandangan yang mengharamkan pengeboman berani mati: Jika masih ada jalan lain untuk membunuh tentera Yahudi Laknatullah tapi sengaja meletupkan dirinya di tempat awam atau pada orang awam yang tidak terlibat dan tidak ada kaitan, maka ianya dikira haram dan dianggap sama seperti membunuh diri.
Rujukan lanjut: Pengebom Berani Mati JIHAD ? - Ustaz Azhar Idrus 


Notis: Hadis-hadis di atas dipetik daripada 2 kitab iaitu kitab al-Wafi fi Syarhi Arbain an-Nawawiyah karangan Dr. Mustofa al-Bugha dan Dr. Muhyiddin Mistu, cetakan pertama, Damsyik: Daril Kalami at-Thoyyib, dan kitab al-Halal wal Haram fil Islam karangan Yusuf al-Qaradhawi, diterjemah oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, cetakan ke 3, Nilai:Pustaka Cahaya Kasturi.

Nota Hati: Masyarakat selalu mengambil mudah soal ini, dan seringkali menganggap bahawa perbuatan batil (dilarang oleh Islam) dibolehkan sekiranya didahului dengan niat yang baik kerana berpegang pada hadis yang masyhur tentang niat. Acapkali kita dengar frasa ini "Matlamat tak menghalalkan cara" ataupun "Niat tidak menghalalkan cara", namun sejauh manakah pemahaman kita dan juga masyarakat terhadap frasa tersebut ?

-Hazim Ahmad-

Friday, August 02, 2013

dengan siapa saya boleh bersalaman ?

Assalamualaikum,, haa.. raya nak dekat dah ni.. kepada yang teruja sangat nak raya tu.. jangan la lupekan Malam Lailatul Qadar =')

bila dah raya, ziarah menziarahi ni dah jadi adat orang melayu.. lepas habis ziarah, mesti laa ada maaf-bermaafan dan bersalaman kan ? Persoalannya, dengan siapa kita boleh bersalaman??

di bawah ini saya senaraikan mereka-mereka yang kita BOLEH SALAM SAHAJA menurut MAZHAB IMAM SYAFIE RAHIMULLAHU TAALA :)

Lelaki:

- Isteri
- Ibu/Bapa
- Datuk/Nenek
- Moyang lelaki/perempuan
- Adik-beradik kandung
- Ibu/Bapa mertua
- Datuk/Nenek sebelah isteri
- Bapa Saudara sebelah isteri
- Suami kepada Ibu Saudara belah isteri
- Abang dan Adik(lelaki) ipar *keluarga sendiri/Isteri*
- Suami kepada Akak/Adik(perempuan) ipar *keluarga sendiri/isteri*
- Anak Saudara Ipar(lelaki) *keluarga isteri*
- Suami kepada Anak Saudara Ipar(perempuan) *keluarga sendiri/isteri*
- Ibu/Bapa tiri
- Ibu/Bapa Saudara sebelah ibu/bapa
- Suami kepada Ibu Saudara sebelah ibu/bapa
- Sepupu lelaki
- Datuk/Nenek saudara
- Suami kepada Nenek Saudara
- Suami kepada Akak dan Adik Perempuan sendiri
- Anak Saudara lelaki/perempuan
- Suami kepada Anak Saudara perempuan
- Cucu saudara
- Sepupu lelaki sebelah ibu/bapa
- Suami kepada sepupu perempuan sebelah bapa
- Dua pupu lelaki sebelah ibu/bapa
- Anak tiri
- Ibu susuan
- Saudara susuan


Perempuan:

- Suami
- Ibu/Bapa
- Datuk/Nenek
- Moyang lelaki/perempuan
- Adik-beradik kandung
- Ibu/Bapa mertua
- Datuk/Nenek sebelah suami
- Bapa Saudara sebelah suami
- Isteri kepada Bapa Saudara belah suami
- Akak dan Adik(perempuan) ipar *keluarga sendiri/Suami*
- Isteri kepada Akak/Adik(lelaki) ipar *keluarga sendiri/suami*
- Anak Saudara Ipar(perempuan) *keluarga suami*
- Isteri kepada Anak Saudara Ipar(lelaki) *keluarga sendiri/suami*
- Ibu/Bapa tiri
- Ibu/Bapa Saudara sebelah ibu/bapa
- Isteri kepada Bapa Saudara sebelah ibu/bapa
- Sepupu perempuan
- Datuk/Nenek saudara
- Isteri kepada Datuk Saudara
- Isteri kepada Abang dan Adik Lelaki sendiri
- Anak Saudara lelaki/perempuan
- Isteri kepada Anak Saudara lelaki
- Cucu saudara
- Sepupu perempuan sebelah ibu/bapa
- Isteri kepada sepupu lelaki sebelah bapa
- Dua pupu perempuan sebelah ibu/bapa
- Anak tiri
- Ibu susuan
- Saudara susuan


Nota Hati:

Tak semua yang ada depan mata kita tu kita boleh salam, dan ingat,, pegang kulit babi boleh sertu dengan 1kali air tanah dan 6kali air mutlak, tapi kalau sentuh manusia yang tidak selayaknya disentuh, neraka laa alat sertu yang terbaik~~

Sunday, May 12, 2013

tidur lepas asar jadi gila?!

Assalamualaikum.

Pernah alami tak? Saya pernah alami.. *Hahahaa, ketawa sendiri bila tengok gambar ni. :p*

"Wey, jangan tidur lepas asar lah! nanti jadi gile!"

"Errr... mane kau tahu nih?"

"Ada hadis wey..."

"Bacekan"

"((من نام بعد العصر ، فاختُلس عقله، فلا يلومنَّ إلا نفسه)). - Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri. (Ibnu al-Jauzi di al-Maudhu'aat, al-Sayuthi di al-la'ali al-Masnu'ah & al-Zahabi di Tartib al-Maudhu'aat)(1)"
"Ohhh. kau tau tak yang hadis nih, hadis maudhu' ?"

"Errr. betul ke nih?"

"Iyee... hadis maudhu'! Hadis Maudhu'  ialah 'sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sama ada perbuatannya, perkataannya, taqrirnya, sifat akhlaqnya atau sifat semulajadinya, secara rekaan atau dusta semata-mata' sebab tuh jangan amalkan.. bahaya tau... Sebenarnya tidur lepas asar nih tak haram, cuma makruh.. dan janganlah diamalkan selalu takut-takut mengundang pelbagai penyakit, sebab tuh makruh. Ibnu Qayyim ada berpesan 'Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar).'"

"Ohhh, kira boleh laa kalu nak tidur lepas asar nih?"

"Boleh tapi jangan amalkan selalu, contoh kalu kau balik kuliah, kau penat dan mengantuk sangat-sangat-sangat, lepas solat asar, tidur laa kejap.. hatta kalu kau tengah solat, masuk rakaat kedua kau dah tak boleh tahan mengantuk kau diharuskan berhenti solat, dikhuatiri kau akan terjatuh atau terlentang akibat tidur dalam solat."

"Oke. terima kasih kawan ^^"

"Sama-sama ^^"

untuk lebih rojih:

 
 

Nota-Hati: Orang yang sebarkan hadis palsu adalah orang yang lagi teruk berbanding orang yang tidur lepas asar. :]

Saturday, March 16, 2013

kecelaruan maklumat

Assalamualaikum.

Kecelaruan maklumat ? Yup ! Semestinya.. Banyak sangat maklumat yang mengelirukan sekarang nih.. lagi-lagi maklumat berkenaan hukum-hakam feqah.


Bagaimana nak elak ?

Pegang pada prinsip Istishab(dalil yang tidak di sepakati)

"استصحاب حكم الإباحة الأصلية للأشياء التي لم يرد دليل بتحريمها"
"semua hukum adalah harus pada asalnya selagi tiada dalil yang mengharamkannya"

dengan erti kata lain nya..

أن الأصل في الأشياء النافعة مثل من طعام أو شراب أو نبات أو جماد التي لم يوجد دليل على تحريمها فإنها مباحة، وتحريم الأشياء بدليل من الشارع لمضارتها
"semua perkara(di dunia) ini seperti makan, minum, tumbuh-tumbuhan, bahan keras yang tiada dalil pengharamannya maka hukumnya adalah harus, dan haram ke atas perkara(di dunia) dengan dalil syar'ie kerana kemudaratannya "

'dalil' di sini bermaksud dalil daripada Al-Quran, Hadis, Ijma' Ulama', Qias... Jangan keliru, 'fatwa' merupakan salah satu daripada ijma' ulama'. *Sebab tu rokok haram, kerana membahayakan kesihatan dan sebab itulah telah di fatwakan pada 23/03/1995 oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia ~

قول جمهور المالكية والشافعية والحنابلة أن الاستصحاب حجة مطلقا، لتقرير الحكم الثابت حتى يقوم الدليل على تغييره
"menurut jumruh ulama' mazhab Maliki, Syafi'ie dan Hanbali, istishab merupakan hujah yang kukuh untuk menentukan hukum yang tetap sehingga adanya dalil yang mengubahnya"

Tak bermakna, Istishab ini antara sumber dalil yang tidak disepakati kita terus tolak mentah-mentah. Sumber ini tidak disepakati oleh ulama' sahaja, kerana ada ulama' yang setuju dan ada juga ulama' yang menolak. Sebab itu dinamakan sebagai 'sumber-sumber yang tidak disepakati (الأدلة الفرعية / التبعية)'

Sumber: 

المدخل لدراسة الفقه الإسلامي تاريخه ومصادره ونظرياته العامة : إبراهيم عبد الرحمن إبراهيم
المبادئ الفقهية : زهاري بن مهد موسى & محمد نجيب بن عبد الله


p/s: untuk lebih lagi, boleh lah rujuk pada mana-mana kitab usul fiqh ^^

Nota Hati: Istishab adalah antara cara untuk mentakwilkan sesuatu hukum baru yang tiada pada zaman Rasulullah, tetapi ada pada zaman kita.

Monday, December 24, 2012

أَحَسْتُ كما أنت الآن

assalamualaikum..

situasi 1:

*C jatuh tersungkur kerana cuai ketika menuruni tangga.

A: HAHAHAHAHA ! Tolol, kau tengok tu B, C turun tangga pun leh jatuh ! MATA KAU LETAK KAT MANA HAA C ??
B: Kau ni A.. tak baik laa.. cuba kalau kau yang jatuh kat situ, pe perasaan kau bila orang gelakkan kau ?
A: ..........

situasi 2:

*Pemain bola gagal menjaringkan gol kerana sepakannya yang tersasar.

A: TONGONG ! Bende macam tu pun tersasar ?! Dah depan gol dah ! Baik suoh aku main lah ! Lagi bagus ! Kan B ??
B: Haa... kalau macam tu.. kenapa kau tak main jea, gi cakap kat Coach team tu, cakap A nak main.. sebab A lagi bagus..
A: Kau nih, bukan nak support aku ~

situasi 3:

*Sahabat datang bertemu dan menanyakan tentang soalan yang dia tak dapat nak jawab.

A: LOL !! Soalan punya senang pun tak leh nak jawab ke ?? Apa guna kau belajar selama ni hah ??
B: Meh sini aku tunjuk.. mana soalan yang kau tak dapat nak jawab tu ?
A: Eh ??! A ! Yang kau ni baik sangat kenapa ??

situasi 4:

*Seorang yang berilmu gagal untuk menjawab soalan yang diutarakan, dan hanya mampun cakap "maaf, saya tak tahu"

A: Eh? takkan laa tak tahu ? Pe guna kau belajar agama daripada tadika lagi tu hah ?? Hampeh ~
B: Emm.. tak mengapa, saya paham.. nanti saya tanya kat orang lain ye :)
A: ????
Oke, kepada yang tak paham tajuk entri.. meh saya translate-kan, "أَحَسْتُ كما أنت الآن" membawa maksud "I've been in your shoes" dan juga "aku pernah alami apa yang kau alami sekarang" saje nak bagi kelainan sikit, sebenar tajuk ini pun ada seorang senior saya yang translate-kan :D

berkenaan 4 situasi di atas, ada tak salah 1 daripada 4 tu terkena pada diri kita ? Bukan niat nak perli sesiapa, tetapi niat untuk jelaskan kepada semua.. Jika ada yang terkena, tak mengapa.. meh saya jelaskan kenapa saya timbulkan 4 situasi.. kita tengok balik, A dan B, mempunyai perwatakan yang berbeza kan ? oke, kat sini nak jelaskan bahawa A ialah seorang yang kerek/batak/sombong/takbur.. manakala B ialah seorang yang bertoleransi/berhemah-tinggi/lemah-lembut/memikirkan hak orang lain. Cuba tanya diri kita, tang mana yang kita ada sekarang ni, A atau B ?

Sebaiknya, atas apa juga perkara yang terjadi, kita perlu letakkan diri kita pada tempat seseorang yang terlibat, senang citer pihak ketiga,, jika kita berjaya letakkan diri kita pada tempat orang ketiga, maka secara tak langsung kita berjaya ber-husnuzon(bersangka baik) kepada orang lain.

tengok sikap B, dia boleh bersikap positif kemungkinan besar dia dah letakkan diri dia pada tempat pihak ketiga. dia dah boleh pikir dan agak apa yang orang tu rasa dan alami, selain daripada itu, kemungkinan besar juga B pernah alami situasi tersebut maka B tahu apa yang orang tu rasa. Sebab itu dia lebih positif berbandi A.

kesimpulannya, sebelum kita memaki seseorang, menggelakkan seseorang atau apa yang terjadi pada dia, tanamkan sikap dan sifat "أَحَسْتُ كما أنت الآن" atau "I've been in your shoes" atau "aku pernah rasa apa yang kau rasa" juga semaikan dalam diri kita, "aku kena letakkan diri aku pada tempat dia sekarang, baru aku rasa apa yang dia rasa."
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. -surah al-hujurat ayat 11
Nota Hati: kita suka gelakkan orang, mengutuk orang, memaki orang.. bila nampak sesuatu kemalangan menimpa seseorang tanpa sengaja, terus gelakkan sekuat hati ! kalau tak gelak tu kira dosa lah ~ bukan nak ucapkan "إِنَّآ لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيهِ رَاجِعُون" sedangkan tertulis dalam ayat 156 surah al-baqarah ? jika kita terbalikkan, kita kena sesuatu musibah atau kemalangan secara tak sengaja, kemudian orang ramai gelakkan kita, apa yang kita rasa ?

Thursday, December 20, 2012

suke tunding jari ? kerat jari tu baru tau !

Assalamualaikum.


"Alaaa ! Laki semua sama ! suka mainkan perasaan perempuan ! pantang nampak perempuan cantik, mesti nak goda ! nafsu langsung tak leh nak kawal ke ?!"

aduhh, kejam nye pengadilan kamu wahai Hawa, kenapa tunding jari terus-menerus kepada lelaki ??

'Lelaki semua sama !" yaa, saya setuju, kami memang semuanya sama, fizikal kami sama, kami ada 9 akal 1 nafsu, kami menjadi pemimpin, kami menjadi suami, kami menjadi imam, aurat kami dari pusat sehingga ke lutut dan banyak lagi, kami memang sama,, dan yang paling utama, KAMI IALAH MAKHLUK ALLAH, itu persamaan yang takkan sesiapa pun dapat nafikan.

'Nafsu langsung tak leh nak kawal ke ?!" yaa. saya akui, masalah utama bagi lelaki ialah nafsu, kami hanya ada 1 nafsu, tak seperti kamu yang ada 9 nafsu, sebab tu lelaki bila nampak perempuan seksi, yang pakai kopiah pun boleh terangkat kopiah nya.. yang berjalan pun boleh ter-'cium' tiang lampu jalan.. #jangan laa seksa kami dengan keseksian mu itu T_T

Persoalannya, kenapa mesti laki yang dipersalahkan ?? kenapa mesti nak tunding pada 1 pihak je ?? sedar tak ? bila kita tunding jari kat orang lain, 4 jari akan tunding kat kita semula..

tak caya ? cuba kita tunding ibu jari kita kat dinding,, 4 jari lain akan tunding kat kita balik.. kan ? kalau tunding pakai jari telunjuk, 3 jari akan tunding kat kita balik... kan ?? 1 kita tunjuk kat orang, 3 atau 4 jari akan tunjuk kat diri kita semula, hikmahnya, kita kena fikir diri kita dahulu.. tengok balik diri kita...


cuba kita tengok balik diri kita:

lelaki:

cinta lelaki memang terletak pada mata, oleh itu, jika rasa tak mampu nak kawal nafsu bila ternampak perempuan, tundukkan la pandangan ketika bertembung dengan hawa.. jika bimbang iman goyah apabila adanya ajnabi, maka jauh kan laa, jaga lah ikhtilat sesama kita.

perempuan:

jika tak mahu lelaki pandang kamu dengan pandangan nafsu dan bukannya pandangan hormat,maka, berusahalah untuk menutup aurat dengan sempurna.. kerana setiap yang ada pada kamu itu adalah fitnah, Imam Syafie pernah berkata "Setiap anggota badan perempuan itu adalah fitnah" Jika tak mahu di kecewakan, kenapa kamu melayan lelaki ? kerana lelaki pantang dilayan, kenapa murahkan nilai hati kamu ? senang-senang serahkan 'mahkota' pada yang belum halal untuk kamu ?

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. Surah An-Nur: 31
berhentilah daripada salahkan orang lain, sedangkan punca masalah tersebut datang daripada diri kita sendiri, jangan laa mudah nak tunding jari kat orang lain.. sebaiknya, kita muhasabah diri kita ini dahulu, mungkin sesuatu itu terjadi berpunca daripada diri kita sendiri, sebab tu antara adab sebelum tidur ialah muhasabah diri tentang kehidupan seharian yang kita dah lakukan, yang mana baik kita teruskan dan pertingkatkan, mana yang buruk kita jauhkan dan tinggalkan.

Nota Hati: Bukanlah tujuan post ini untuk menjatuhkan maruah sesiapa, tiada sebarang niat pun, cuma niat dihati untuk membuka minda semua makhluk yang baca post ini, agar kurangkan dan seterusnya lenyapkan budaya dan amalan tunding jari kat orang lain. wallahu'alam :)

Tuesday, November 13, 2012

5 kesan manusia 'SEMPURNA'

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi membaca, dan tujuannya tak lain tak bukan ingin tahu apakah kesan manusia SEMPURNA itu.. :)

Pembuka kata pemanis bicara, saya pernah terfikir, dalam surah At-Tin ayat 4 "لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ" yang bermaksud "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik ciptaan". Sudah terang lagi bersuluh bahawa manusia ialah makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna, tetapi.. kenapa Allah sengaja ciptakan kelemahan dalam diri seorang manusia itu(seperti mana yang Allah telah nyatakan dalam beberapa surah) sedangkan manusia diiktiraf sendiri oleh Allah sebagai makhluk ciptaannya yang paling sempurna. Logiknya, bila dah sebaik-baik ciptaan, maknanya tiada kelemahan, yang ada hanyalah kelebihan.. betol dop ??


#Ayat-Ayat Mengenai Kelemahan Manusia:
Surat Hud 9-11 9
Surat Al-Ashr 1-3 11
Surat Al-Isra’11 15
Surat Al-Isra’ 67 17
Surat Al-Ma’arij 19-21 22
Surat Al-Ma’arij 22-23 24
Surat Al-Ma’arij 24-26 25
Surat Al-Ma’arij 27-28 26
Surat Al-Ma’arij 29-35 27
 Ok, kembali pada tajuk utama, kesan manusia 'SEMPURNA' berikut merupakan antara kesan yang kemungkinan besar akan terjadi bila mana manusia yang ada di dunia di lahirkan dalam keadaan sempurna.
  
1. Hubungan antara manusia dengan Allah tidak akan pernah wujud. 
 Allah telah berfirman dalam Surah Adz –Dzariyat ayat 56: "وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون" yang bermaksud "Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku." Berdasarkan dalil ini, jelas menunjukkan tujuan utama Allah menciptakan manusia ialah untuk menyembah-Nya. Sedangkan kita yang ada banyak kelemahan ini pun masih sombong dengan Allah, belum lagi kita nih sempurna, lagi laa langsung tak ingat Allah. Hakikat kan ? Bila tengah susah, tengah dilanda bencana, baru ingat Allah, baru nak menghadap sejadah,,Itu dalam keadaan kita yang serba kekurangan, jika dalam keadaan kesempurnaan ? Maka, firman Allah yang telah dinyatakan tadi akan menjadi fatamorgana sahaja.
2. Hubungan sesama manusia akan rapuh.
 
Allah telah berfirman dalam Surah Al-Hujurat ayat 13 dan memabawa maksud : " Wahai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Khabir (Maha Mengenal)." Berdasarkan dalil ini, Allah memberitahu manusia bahawa Dia memang sengaja mencipta manusia berbangsa-bangsa, berpuak-puak, bersuku-suku dan sebagainya supaya mereka dapat mengenali satu sama lain dan mengiktiraf kelainan dan perbezaan masing-masing bagi tujuan bersatu dan bukan berpecah-pecah.  Perbezaan ini semua terjadi berdasarkan perbezaan iklim tempat tinggal mereka, hawa udaranya, letak tanahnya, peredaran musimnya dan seterusnya hingga lahirlah warna, wajah dan diri manusia serta bahasa yang berlainan, terpisah di atas bumi kerana keluasannya dan membentu kelompok-kelompok, kaum-kaum, bangsa-bangsa, suku-suku, keluarga dan unit-unit yang lebih kecil. Kita boleh bayangkan, jika kita dah sempurna,, takde nye kite nak berkenal-kenalan sesama kita, masing-masing sibuk mengejar dunia, malahan, tak mustahil akan wujudnya pertilangkahan sesama kita untuk membuktikan siapa yang lagi sempurna. Padahal, Allah ciptakan kelemahan dalam diri kita, agar kita dapat hidup dalam keadaan saling melengkapi, bukan saling mencaci.

3. Hidup ber-raja-kan NAFSU, bukannya AKAL. 

 Allah telah berfirman dalam banyak surah tentang nafsu, dan kesemuanya berbentuk celaan dan peringatan supaya berhati-hati dengan nafsu. Antara dalil yang ingin saya kemukakan ialah daripada surah Al-Mukminun ayat 71 yang bermaksud "Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu." Bila mana kita dah sempurna, maka semestinya hidup kita nih berajakan NAFSU, dan AKAL hanya akan tunduk pada kemahuan nafsu. Kita tak boleh nak halau nafsu macam mana kita boleh halau syaitan, sebab nafsu nih memang dah ade dalam diri kita, tapi kita boleh kawal nafsu kita. Suka untuk saya ingatkan, manusia yang hidupnya berajakan AKAL dan IMAN ialah KHALIFAH, dan manusia yang hidupnya berajakan NAFSU dan SYAITAN ialah PEROSAK. Nafsu takkan pernah puas dengan apa yang dimiliki, sebab itu, walaupun kita dah cukup sempurna, tapi kita akan pernah rasa cukup dengan apa yang kita ada, dan sentiasa mahukan lagi dan lagi.

4. Bongkak dan takbur 

 Kita selalu dengar dalil ini kan ? Daripada Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih", tapi, apa kaitan nya dengan bongkak dan takbur ? Jom kita fikir dan fahamkan dalil ini, dalil ini menerangkan bahawa jika kita bersyukur dengan nikmat Allah, Allah akan tambahkan lagi nikmat kita, tapi jika kita kufur dengan nikmat Allah, Allah akan timpakan azab yang pedih ke atas kita, kita kaitkan dengan diri kita jika kita jadi manusia yang sempurna. Bila kita dah jadi manusia sempurna, TAKBUR DAN BONGKAK tuh memang menjadi sifat dan sikap utama kita... kufur nikmat pun sudah pasti laa... kita akan sentiasa berkira dengan apa yang Allah bagi kat kita, tak akan wujud rasa bersyukur dalam diri,  dan sentiasa rasa tak senang dengan apa yang Allah bagi kat orang lain, tak payah bila kita jadi sempyrna,, kita yang sekarang nih yang penuh dengan kekurangan nih pun selalu berhasad dengki, pantang nampak orang lebih sikit daripada kita.. ada saja yang kita akan buat kat orang tu... Kita juga akan jadi sama seperti IBLIS yang takbur dengan kehebatan diri, sehingga ingkar dengar perintah Allah yang enggan sujud pada tanah(Adam). Kita akan rasakan diri kita ini sempurna, hebat, dan tak da yang lebih hebat dari kita.. padahal Allah lagi maha sempurna.. memang dasar kacang lupakan kulit ~

5. Hati BATU malah lebih keras daripada BATU..  


"Dalam diri manusia itu terdapat seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggota badannya, jika buruk daging itu maka buruklah seluruh anggota badanya, iaitu hati" (HR. Bukhori)

Berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Rad ayat 28 di atas dan diperkukuhkan lagi dengan hadis Rasulallah s.a.w di riwayatkan oleh Bukhari.. jelas menunjukkan bahawa hati adalah bahagian yang paling penting dalam diri seseorang dan cara untuk melembutkan hati ialah dengan berzikir. Bila mana kita ni perasan sempurna, maka kita akan jauh dari Allah dan dalam masa yang sama, kita lupa Allah.. hypothesis yang bole saya buat dan kebarangkalian hypothesis ini tepat ialah 99.99% dengan izin Allah, "semakin jauh dan lupa kita kepada Allah, semakin keras hati kita", bila hati sudah keras, ia akan menjadi lebih keras daripada batu. Ingatlah, bila kita sudah sempurna, kita akan lupa segalanya,, tak caya ? Kita dah banyak kali dihidangkan dengan drama/movie yang mengisahkan tentang orang kaya lupa diri, bila da susah baru nak kembali.. ambil jelaa citer2 sebegitu sebagai contoh.. bila  da rasa diri tu sempurna, mula lah syaitan take-over,, mula lah bisikan-bisikan halus masuk perlahan-perlahan ke dalam hati kita, seterusnya, hati gelap ~~

Nota Hati: Qarun, Firaun dan lain-lain--Allah abadikan kisah hidup mereka hinggalah ke zaman kita sekarang, kerana apa ? sebagai peringatan agar kita tak rasa yang diri kita takbur, bongkak, rasa diri paling hebat.. Ingatlah, setiap yang Allah ciptakan dan tentukan itu ada hikmah, kerana itulah kita perlu menganggap bahawa kelemahan dalam diri kita adalah kelebihan dalam diri kita, dan juga peringatan agar kita tahu bahawa ada yang lagi sempurna dari kita, iaitu Allah. Jangan jadi KACANG LUPAKAN KULIT ~

Monday, November 05, 2012

lembutkan 'kerikil' ?

Assalamualaikum.

"Macam mana nak tahu hati kita nih masih lembut lagi ke tak ?"
"Semua cari tempat duduk yang sesuai untuk diri masing-masing"
"Langkah pertama, tenangkan hati dahulu..."
"Kemudian istighfar banyak kali.."
"Sebaiknya sebut satu-satu sambil hayati lafaz istighfar tuu"
"Masukkan dalam hati awak.. jangan paksa.. tapi biar masuk sendiri..."
"Jika awak menangis dengan sendirinya, maka hati awak masih lagi lembut...."


Berikut adalah langkah yang pernah di ajar oleh ustaz saya, langkah untuk 'melembutkan kerikil'..
kami semua mengikut langkah-langkah ini, dan alhamdulillah, hampir semuanya menangis.. Menangis dengan penuh ikhlas tapi x tau lah law ade yg wat2 nanges -..- . Saya juga alhamdulillah, air mata keluar dengan sendiri tanpa di pinta. 


Sejujurnya, sewaktu melafazkannya dan cuba untuk masukkan dalam hati,, bulu roma meremang 1 badan.. tak tau kenapa, bila da meremang bulu roma tuu,, tetibe je mata berkaca, air mata dah mula bergenang dan menitis dengan sendirinya.. Waktu tu, memang rasa bersyukur sangat yang hati ini masih lembut, atau.. 'aku dah berjaya melembutkan 'kerikil' yang keras ni'

Selepas daripada malam itu, saya akan cari satu sudut yang sunyi dan tenang, saya akan buat lagi seperti apa yang telah di ajar.. dan alhamdulillah, masih lagi lembut... sebab saya masih lagi ingat, antara perkara yang menjadi penghalang kepada doa kita untuk sampai kepada-Nya ialah "Hati yang Keras dan gelap" 

Bila mana hati dah keras, nak menangis dalam doa pun susah, sedangkan antara doa yang mustajab ialah doa yang penuh dengan kesungguhan dan di iringi dengan air mata keinsafan.








Nota Hati: menjaga hati adalah 1 kemestian. Jika hati sudah mula 'mengeras', segeralah lembutkannya, kerana bila hati sudah keras, ia akan lebih keras daripada kerikil. ingatlah hadis nabi:

"dalam diri manusia itu terdapat seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggota badannya, jika buruk daging itu, maka buruklah seluruh anggotanya, iaitu HATI."
-riwayat Bukhari-

Tuesday, October 09, 2012

kenapa perlu bertangguh ? ubah lah sekarang..

Assalamualaikum,

Keesokan harinya, selepas mereka jogging, mereka berehat rehat di bawah pokok yang rendang.

Mama: Along, Angah, Alang, Adik .. cuba kamu tarik keluar mana-mana tumbuhan kecil yang tumbuh di sana.
 

Adik: Untuk apa mama? Kita semua letih ..
 

Mama: Sayang, buat sahaja.
 


Along, Angah, Alang dan Adik mengenggam tumbuhan di antara ibu jari dan jari telunjuk mereka dan tarik keluar dengan mudah ..
 

Along: Kacang laa mama ..
 

Alang: Ya, kamu betul Along, ia terlalu mudah untuk orang lelaki seperti kita.
 

Mama: Jangan terlalu yakin., sekarang, cuba tarik yang ini.
 

Mama mengarahkan kepada mereka untuk menarik keluar sebatang pohon yang lebih besar sedikit. Mereka ditarik keras dan pohon tersebut keluar bersama akar dan semua yang terkait dengan pohon tersebut.
 

Angah: Mama, boleh tak mama beritahu kami, apa tujuan mama suruh kami lakukan perkara ini?
 

Mama: Nanti kamu akan tahu, Angah. Sekarang cuba tarik pokok jambu ini.  

Mereka menggenggam batang dan cuba untuk menariknya keluar, tetapi ia tidak akan berganjak.
 

Adik: Mama,  mustahil dan tidak masuk akal untuk kami cabut pokok jambu ni !
 

Mama: Haa... jadi anggap la tumbuhan-tumbuhan yang mama suruh kamu semua cabut itu sebagai tabiat buruk dalam hidup kita, ketika masih muda ia mudah untuk menarik pohon itu keluar, ketika meningkat dewasa, ia agak sukar untuk di cabut, tapi masih boleh di cabut, tetapi apabila mereka sudah tua,  amat susah untuk dicabut dan seakan mustahil dapat dicabut.


 Nota Hati: Tabiat buruk dalam hidup kita mudah diubah ketika kita masih kecil, apabila pada alam meningkat remaja, agak sukar tetapi masih boleh di ubah... tetapi apabila sudah tua,, amat susah untuk di ubah kerana tabiat buruk itu sudah sebati dengan diri kita dan agak mustahil untuk ubah. Jadi, jika hendak ubah  tabiat buruk, ubah dari sekarang.. Kita mampu mengubahnya.. :)
Wassalam ;p
-Hazim Ahmad-
 -Team RolePlay "Smart Parents"-
p/s: cerita ini adalah kesinambungan daripada English assignment  secara berkumpulan saya iaitu RolePlay, ade beberapa pihak yang meminta saya ceritakan semula tentang lakonan kumpulan saya, kumpulan saya menggabungkan 2 kisah menjadi satu, dan kisah ini adalah kisah kedua kami, kisah pertama boleh klik di SINI , kami mengubah nama watak dan jalan cerita sedikit dan kami memberi tajuk "Smart Parents", dan yang melakonkan ialah Papa(Hanif), Mama(Ilham), Along(Arif), Angah(Ayna), Alang(Saya ^^), Adik(Hajar), Pencerita(Amira)  (^_^)V

special guest :)