Showing posts with label kenali diri. Show all posts
Showing posts with label kenali diri. Show all posts

Sunday, April 28, 2013

Realiti atau Fantasi?

Assalamualaikum,

Cuba kita perhatikan gambar ini..





Bila berdua naik keldai, sebuk duk kata menzalimi keldai tersebut, padahal keldai mampu untuk menanggung berat barang yang banyak. Zaman dahulu, para ilmuan Islam menggunakan keldai  untuk membawa kitab-kitab untuk pergi dari satu negeri ke negeri yang lain untuk menuntut ilmu~~

Bila si lelaki duduk atas keldai manakala si perempuan pula jalan kaki, sebuk duk kata yang lelaki itu tak betimbang rasa terhadap perempuan tersebut. Padahal kita tak tahu yang mungkin lelaki itu ada penyakit di kakinya menyebabkan dia tak boleh nak berjalan~~

Bila si perempuan duduk atas keldai sorang-sorang manakala si lelaki pula jalan kaki, sebuk duk kata yang lelaki tu tak sayangkan isterinya dengan hanya membiarkan isteri sorang-sorang atas keldai. Padahal perempuan memang fitrahnye lemah dari segi fizikal dan stamina, biarlah perempuan yang menaiki keldai, kerana lelaki kuat dari segi fizikal dan stamina~~

Bila dua-dua tak nak duduk atas keldai, sebuk duk kata yang mereka tak reti nak manfaatkan keldai dengan sebaiknya. Padahal, kita tak tahu yang mungkin keldai itu mempunyai penyakit yang menyebabkan keldai tersebut tak mampu nak menampung beban yang berat dan mampu menampung berat badannya sendiri~~

Semua dan segala apa yang kita buat, akan diperhatikan dan akan menjadi bahan bualan orang. Lagi-lagi suatu perbuatan yang dilakukan oleh seorang yang public figure dan diragui oleh orang lain, kejap saje jadi gossip dan mula laa masuk Melodi laa, Jangan Tidur Lagi laa, Mangga laa dan banyak lagi ~~

Gambar yang ringkas, tapi jelas menceritakan perihal kita. Realiti kah ? atau hanya sekadar Fantasi ? Jawablah sendiri ~~


Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, 
"Hindarilah prasangka, kerana prasangka itu berita yang paling bohong. Jangan saling mencari-cari keburukan orang. Jangan saling mengorek rahsia orang dan saling menyaingi. Jangan saling mendengki, jangan saling marah dan jangan saling tak acuh. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara sebagai hama-hamba Allah." 
(Sahih Muslim)
Nota Hati: Masyarakat sekeliling adalah 'extraordinary observer' dan juga 'outstanding criticism', biar laa mereka nak kata apa, jika benar.. kita ambil kira, jika palsu... kita tolak. Akal dicipta untuk digunakan dan dimanfaatkan bukannya untuk dimanipulasikan~

Penulis:
Hazim

Wednesday, November 14, 2012

kita kan 'Superman'

Assalamualaikum..

Nota: pada saya Superman hebat, kuat dan lain-lain.. tapi 'Superman' dalam post ini ialah majaz kepada 'HEBAT dan KUAT' kalau rasa tak suka dengan Superman, bole tukar sendiri laa ye ~


Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini, pasti pernah diuji, tapi 1 soalan jea yang saya nak tanya, "Apa riaksi kita waktu terima ujian tuu " -jawab dalam hati sendiri lah yea =D

Menangis. Itu adalah antara riaksi utama yang akan kita dapat, sewaktu ditimpa ujian.. Menangis sebab ape ? Tak tahan dengan ujian tu ?? Tak mampu nak hadapi ?? Rilek laa kawan, pada saya, menangis takkan dapat selesaikan masalah ~

Cuba kita selak lembaran Al-Quran, kita rujuk surah kedua- Al-Bqarah, kita cari ayat 286. *aik? macam selalu baca jea ~ memey laa, kan ade dalam ma'thurat . Dah jumpe, tengok pengertian ayat tu pula..

maksudnya: Allah tidak memberati(timpakan ujian) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

oke.. fahamkan berdasarkan ayat tu.. nampak tak ? Allah tidak akan timpakan ujian pada seseorang melainkan seseorang itu mampu menanggungnya.. Jadi, sebab itu saya cakap tadi, menangis takkan selesaikan masalah, setiap ujian yang Allah timpakan pada kita itu adalah ujian yang kita MAMPU hadapi, jangan anggap Allah menzalimi kita beb, Allah maha penyayang, Dia tak pernah menzalimi kita..

Boleh jadi, Allah timpakan ujian pada kita, sebab Allah rindukan kita tau ! haa... Ade ke pemerintah kat dunia nih yang rindu nak dengar rintihan rakyatnya ?? Allah rindu nak dengar rintihan kita, sebab tu Allah timpakan ujian, tak caya lagi ?? Meh sini Abe Hazim sampaikan sesuatu...

Ketika Allah rindukan hamba-Nya, Dia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN. Dalam sebuah hadith qudsi Allah berfirman:
 

"Pergilah kepada hamba-Ku lalu timpakanlah ujian kepadanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"
 - riwayat Tabrani  dari Abu Umamah 

Allah perintahkan Jibril untuk timpakan ujian Allah kepada hamba-hamba-Nya yang sudah jauh dari Allah, Allah rindu nak dengar rintihan kita, nak dengar permintaan kita, nak dengar tangisan keinsafan kita.. Kadang-kala, kita jauh dari Allah, tak kira lah sama ada sedar atau tak.. Allah sayangkan kita, sebab tu Dia bagi kita ujian, agar kita kembali sedar yang kita mesti ade lakukan kemungkaran atau kita jauh dari Allah.. Moga dengan ujian itu, kita dapat kembali ke pangkuan jalan.

 p/s: pernah saya di uji, ketika itu saya takdapat mana-mana tawaran masuk IPTA pun.. permohonan melalui UPU pun gagal.. memang rasa sedih sangat, tapi takpe.. saya tahu nih ujian-Nya, Dia nak tengok saya kuat ke tak nak hadapi, saya bangkit, saya masuk tingkatan 6 di SMKA Segamat amik Pra-U STPM kat sane, dalam masa yang sama, saya tak putus harapan, saya dengan yakin buat E-Rayuan mohon USIM dan UIA,.. Sepanjang saya di SMKAS, saya tak berhenti berdoa dan Alhamdulillah genap 5 minggu, saya dapat tawaran daripada USIM, Tamhidi Syariah dan Undang-undang,, bila mana saya dah mula serasi dengan SMKAS, dengan kawan-kawan baru kat sana,, Allah makbulkan hajat saya, dengan perasaan sebak, saya keluar dari SMKAS, saya sambung pelajaran ke USIM, sebelum itu, saya dah istikharah dan insyaallah USIM pilihan yang terbaik.. 

Nota Hati: Takkan lah baru ditimpa ujian sikit, dah putus asa ? Rasulallah sendiri selalu diuji, Kekasih Allah tu..tapi Allah selalu uji baginda.. tapi Baginda tak pernah jatuh, baginda tetap bangun demi masa depan umatnya.. Rasulallah pun manusia biasa macam kita, takde bezanya pun.. Takkan semua perkara kat dunia nih yang kita akan hadapi nih nak senang dan mudah ? kemon laa, tak manis laa kalau semuanya senang,, betol tak ? ^_^

Monday, August 01, 2011

Ahlan ya Ramadhan !

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana kita masih lagi diberikan peluang untuk bertemu dengan bulan Islam yang mulia ini iaitu bulan Ramdhan. Ramadhan ialah bulan ke-9 dalam susunan kalendar Islam(kalendar Hijrah) yang telah diperkenalkan oleh saidina Umar Al-khattab pada zaman pemerintahannya. Seperti yang sedia maklum, pada bulan inilah umat Islam diseluruh dunia diwajibkan untuk berpuasa. Dalam 365 hari, kita hanya diwajibkan berpuasa untuk 30 hari sahaja, cuba kita bayangkan kalau kita makan hanya selama 30 hari dan selebihnya kita berpuasa ?? haaaaa.. lihatlah bertapa hebatnya aturan yang telah Allah tetapkan untuk kita.

Apa yang hendak dimaklum disini ialah, kita mestilah tahu membezakan antara golongan yang 'berpuasa' dan golongan yang 'tidak makan dan minum' di bulan Ramadhan ini. Berpuasa bermaksud menahan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Ini juga bermaksud kita menahan diri kita daripada melakukan segala jenis dosa kecil ataupun dosa besar, dan juga maksiat-maksiat.
Mereka yang 'tidak makan dan minum' pada bulan Ramadhan ialah mereka yang berpuasa tetapi masih lagi melakukan maksiat dan dosa. Contohnya, mengumpat, menabur fitnah, mencaci atau mencerca dan banyak lagi. Perbuatan mereka ini hanya akan mensia-siakan pahala amalan puasa mereka dan mereka tidak mempunyai apa-apa. Tambahan lagi, mereka sering kali mengabaikan amalan-amalan sunat bulan Ramadhan yang dapat menambah pahala amalan mereka.

Sedangkan orang yang 'berpuasa' pada bulan Ramadhan ialah mereka yang sentiasa mengawal diri mereka daripada melakukan maksiat dan dosa. Walhal, mereka sibukkan diri mereka dengan melakukan amalan-amalan sunat bulan Ramadhan xseperti berzikir, membaca Al-Quran, bertadarus, bersedekah dan sebagainya. Disamping itu, mereka juga akan berusaha untuk mendapatkan malam lailatulqadar. Malam yang hanya ada pada bulan Ramadhan dan juga merupakan antara keistimewaan Ramadhan bebanding bulan-bulan Islam yang lain.

Inilah yang perlu kita ambil kira, sama ada kita tergolong dalam golongan yang 'berpuasa' ataupun yang 'tidak makan dan minum' pada bulan Ramadhan. Tepuk dada tanya iman, tanya hati, tanya diri sendiri.

*Semoga kita sama-sama mendapat berkat bulan Ramadhan dengan meningkat amalan-amalan sunat kita seperti bertadarus Al-Quran, berzikir, bangun malam, tahadjud, bersedekah dan sebagainya.

- Okie Weng -

Saturday, July 09, 2011

umur kepasrahan

- SELAMAT PAGI DUNIA -



umur kita sebagai umat nabi Muhammad s.a.w ialah antara 63 tahun, jika ada di antara kita yang mempunyai hayat umur yang panjang, maka ini bermakna Allah memberikan kita rezeki untuk meneruskan penghambaan diri kepada-Nya dengan membuat pelbagai kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

umur umat Muhammad s.a.w dapat dibahagikan kepada 3 tempoh 20 tahun, setiap bahagian ini mempunyai ini cabaran dan tuntutan masing-masing:
  • 20 tahun pertama(1 hari hingga 20 tahun), kita dituntut untuk menjadi anak yang taat dan baik. Kita hendaklah mematuhi segala arahan ibu bapa kita. hal ini kerana, keredaan Allah terletak kepada keredaan ibu bapa.
  • 20 tahun seterusnya(saat mencapai 40 tahun), kita dituntut mengaplikasikan ilmu yang bermanfaat dengan mendidik keluarga dengan ilmu yang ada, menggunakan ilmu yang ada untuk mengharungi kehidupan seharian kita.
  • 20 tahun terakhir(mencapai umur 60 tahun), kita diharapkan agar meninggalkan pelbagai hasil hidup kita berupa amal jariah. Pahala kita akan mengalir tanpa henti setelah kita mati nanti.
Antara UJIAN TERBESAR MENGHADAPI UMUR 60
Berdamai dan menerima keadaan penyusutan fizikal kita nanti.Orang Islam adalah mereka yang sentiasa berdamai dengan sesiapa pun termasuk dengan dirinya sendiri. Anggota fizikal yang ada pada tubuh badan kita akan mula menyusut apabila mencecah umur 60 tahun. Berat badan kita juga akan menurun dan otot-otot kita juga akan mengecut dan mengecil.

"Menjadi tua itu pasti. Tetapi menalani hidup yang sihat itu pilihan."
kualiti fizikal hidup kita apabila usia senja adalah hasil yang kita semai disepanjang perjalanan hidup kita.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyongsong kehidupan hari tua kita dengan kesihata, keadaan fizikal dan mental secara optimum. 
Pesanan Rasulullah: "sebaik-baik manusia adalah yang berumur panjang dan paling bermanfaat untuk orang lain."

sumber rujukan:
halaman: 207-208

kenali diri: diagnosis BIRU

warna: BIRU

potensi: ketaatan, fizikal, ideal, enzim, tanah(karbon)

organ: otot, saraf, tulang, darah, usus, tiroid, organ pembiakan

kekuatan: praktik, laksana

tahap: MAKRIFAT/TERJADI [memperbaiki dan meningkatkan sesuatu keadaan secara berterusan tanpa putus asa

deria dan aplikasi: PERGERAKAN [gerak laku berulang-ulang] *banyakan latihan  dan praktikal untuk memahirkan diri

psikologi: sukar memerima, perubahan, suka menilai perkara terdahulu, sikap dan eprbuatan mengikut langkah demi langkah

kelemahan: putus asa

terapi: [praktikal atau aksi yang perlu dibuat berulang-ulang dan konsisten] *menguatkan sistem tulang dan rasa ketabahan dalam diri

kristal: nilam

warna alahan: merah

kegemaran (rasa): masin- memberi kesan yang menambah cecair dalam darah(limfatik)

makanan kegemaran: program PH alkali, garam bukit

makanan yang perlu dikawal: mineral, bawang merah, jintan hitam, kalsium, fosforus, magnesium

kenali diri: diagnosis HIJAU

warna: HIJAU

potensi: keilmuan, minda, ilmiah, hormon, air(hidrogen)

organ: perut, hati, hempedu, pankrease, buah pinggang, organ pembiakan, tiroid

kekuatan: berfikir secara logik dan berfakta

tahap: HAKIKAT/ILMU [sangat mementingkan sesuatu yang berfakta/hujah/bukti dalam urusan kehidupannya

deria dan aplikasi: INGATAN/KREATIF [belajar/perbuatan yang berulang-ulang konsisten akan menjadi ingatan/hafalan *kerap membaca dan menghafal akan menguatkan memori

psikologi: kekeliruan dan was-was serta mudah terperangkap dengan fakta. Makanan mempengaruhi kecerdasan fizikal dan minda

kelemahan: keliru

terapi: jaga makan, puasa *meningkatkan daya kreatif minda dan verbal

kristal: jade

warna alahan: kuning

kegemaran (rasa): masam- memberi kesan pengeringan (dihidratan) dan pembakaran nutrient lebih cekap

makanan penawar: sayur-sayuran, buah zaitun/teen/delima/kismis

makanan perlu dikawal: air, protein, vitamin A/D/C/B1/B2/B6/B12/E

kenali diri: diagnosis MERAH JAMBU

warna: MERAH JAMBU

potensi: kejiwaan, emosional, inovatif, antibodi, api(oksigen)

organ: jantung, paru-paru

kekuatan: idea

tahap: TARIQAT/KAEDAH [mementingkan idea dalam menangani masalah

deria dan aplikasi: MATA/PANDANGAN [pandangan sekitar mempengaruhi diri terutamanya sesuatu yang berwarna] *mengaplikasikan warna-warna dalam pelajaran

psikologi: kehidupan banyak dipengaruhi oleh emosi/mood, mudah sensitif

kelemahan: Bosan

terapi: memperbanyakkan solat-solat sunat terutamanya solat Dhuha, meditasi  *terapi kepada sistem respirasi

kristal: delima

warna alahan: hijau

kegemaran (Rasa): manis- memeberi kesan yang memanaskan sistem penghadaman dan mengiatkan kerja metabolisme

makanan kegemaran: madu, buah-buahan

makanan yang perlu dikawal: karbohidrat, lemak

kenali diri: diagnosis PUTIH

warna: PUTIH

potensi: kerohanian, spritiual, islamik, imun, angin(nitrogen)

organ: pinel, pituitari, talamus/hipotalamus, imun, antibodi, medula, telinga

kekuatan: ilham

tahap: syariat/hukum, patuh pada syariat/hukum/disiplin

deria dan aplikasi: telinga/pendengaran-[sangat sensitif terhadap bunyi-bunyian] [baca dengan suara yang hingga terdengardi telinga sendiri

psikologi: pendirian mudah goyah, cepat terpengaruh dan cepat menyesali sikap sendiri

kelemahan: kelesuan

terapi: [mendengar bunyi-bunyian yang tidak melepasi paras 60db] [tidur] *menguatkan daya fokus/tumpuan

kristal: berlian/intan

warna alahan: hitam

kegemaran (rasa): pahit kerana bersifat seuk dan memberi kesan yang menyejukkan dalam mengawal suhu badan

makanan penawar: zaitun, ulam-ulaman

makanan yang perlu dikawal: glukos, bawang putih, lada hitam/lada putih

special guest :)