Showing posts with label tips untuk semua. Show all posts
Showing posts with label tips untuk semua. Show all posts

Saturday, June 14, 2014

Asal-usul huruf abjad arabiyah

tahukah anda?

perasan tak masa jawab soalan objektif bagi subjek-subjek aliran arab, susunan pilihan jawapannya ialah "alif" "ba" "jim" "dal" "ha simpul" kan? Sebenarnya tu adalah susunan abjad klasik, tapi kita cuma tahu sikit je sebab tak pernah ade pilihan jawapan lebih daripada 5 :3


Pada asalnya, huruf Arab disusun dengan susunan abjad seperti dibawah:

أ ب ج د   ه و ز   ح ط ي   ك ل م ن   س ع ف ص   ق ر ش ت   ث خ ذ   ض ظ غ

kemudian org arab mnyusun semula mnjadi seperti mana turutan abjad dalam kebanyakan kamus:

أ ب ت ث ج ح خ د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ع غ ف ق ك ل م ن هـ وي

diriwayatkan juga bahawa susunan huruf arab yang dahulu adalah merupakan susunan yang membentuk beberapa perkataan arab yang mempunyai makna tersendiri.

(Ambil) أَبْجَدْ = أَخَذَ
(menaiki)
هَوَّزْ = رَكِبَ
  (berhenti)
حَطِّي = وَقَفَ
 (menjadi orang yang berilmu)كَلَمُنْ = أَصْبَحَ مُتَعَلِّماً
 (Yang lebih cepat dalam pembelajaran)سَعَفَصْ = أَسْرَعَ فِي التَعْلِمِ
 (mengambilnya dengan hati)قَرَشَتْ = أَخَذَهُ بِالقَلْبِ
(menjaga)ثَخَذٌ = حَفَظَ
  (sempurna)ضَظْغِ = أَتَمُّ

Dikatakan bahawa kalimah 6 pertama iaitu " أَبْجَدْ " dan " هَوَّزْ " dan " حَطِّي " dan " سَعَفَصْ " dan قَرَشَتْ " adalah nama-nama Raja Madyan, dan " كَلَمُنْ " adalah ketua mereka. Dan mereka dihapuskan kesemuanya pada Yaumizzullah (hari awan mendung) bersama kaum nabi Syu'ib 'alaihissalam. dan yaumizzullah dinyatakan dalam al-Quran:

فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَهُمْ عَذَابُ يَوْمِ الظُّلَّةِ
"Maka mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung" [ash-Shu'ara: 189]

mereka adalah raja-raja terawal yang dinukilkan dalam penulisan arab dengan cara meletakkan huruf-huruf pada nama-nama mereka dan disusun mengikut turutan darjatnya (keagongannya).

kemudian wujud 6 huruf tambahan selepas huruf-huruf pada nama-nama Raja Madyan iaitu huruf
 ثَخَذٌ = ث خ ذ
ضَظْغِ = ض ظ غ
dilampirkan 6 huruf ini bersama-sama huruf-huruf pada nama-nama Raja Madyan tersebut kemudian dinamakan sebagai (الروادف). Enam huruf tersebut adalah huruf abjad bahasa arab.

 
Dalam Tafsir alThobri karangan Muhamad b. Jarir alThobri.
"kami diberitahu oleh Ibn Hamid, Ibn Hamid berkata "kami diberitahu oleh Salamah" Salamah berkata: "aku diberitahu oleh  Abu Abdillah alBajali yang mana " أبو جَاد " dan " هَوَّزْ " dan " حُطِّيْ " dan " كَلَمُونْ " dan " سَعَفَصْ " dan " قَرَشَت " adalah nama-nama Raja Madyan."


Namun, mereka semua dihapuskan dengan teriakan sekali saja satu suara yang datang kepada mereka dari celah-celah awan yang menyelimuti. Mula-mula mereka barangkali bergembira kerana membayangkan itu akan membawa hujan tetapi mereka dikejutkan ketika datang kepada mereka seksaan yang besar pada hari yang besar.

  


Rujukan tambahan:

sekian. 

Nota Hati: Masa semester 1 dulu, pensyarah lughah arabiyah saya - Ustaz Badrul Hisham - ada cakap yang susunan abjad pilihan jawapan dalam peperiksaan tu sebenarnya adalah susunan huruf bagi nama tokoh-tokoh zaman dahulu, sebelum zaman rasulullah Muhammad s.a.w. lagi. =) *tapi tak tahu kenapa huruf hamzah (ء) dan lam alif (لا) tak tersenarai dalam huruf al-Abjadiyah al-Arabiyah :3

Thursday, January 16, 2014

Tamhidi USIM (versi pelajar)

Assalamualaikum.

Harini tak tahu pendapat atau pemikiran apa yang nak dikongsi, jadi harini saya cuma nak kongsi tentang Tamhidi USIM kepada para pembaca lepasan SPM yang berminat nak tahu dan nak mohon masuk USIM :)


Saya salah seorang produk keluaran Tamhidi USIM, saya bekas pelajar Tamhidi Syariah dan Undang-undang dan kini melanjutkan pembelajaran dalam Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang.

Tamhidi tu ape?

Tamhidi ni persediaan(bahasa arab) sebelum melangkah masuk ke dunia Sarjana Muda, kira macam program matrikulasi, tapi bezanya, tamhidi ni program under USIM dan merupakan persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke program sarjana muda di USIM, *senang citer, batu loncatan lah nak sambung degree nanti*,

Bagi subjek Kimia, Biologi, Fizik dan Akaun, silibus pembelajaran sama macam matrikulasi, buku teks pun pakai standard matrikulasi/stpm punya. Kelebihan tamhidi ni, peluang untuk mendapat tempat dalam Sarjana Muda di USIM ialah 100%, USIM tidak akan menggagalkan atau menendang pelajar-pelajar tamhidi yang tidak layak, cuma ditukarkan atau ditempat dalam fakulit-fakulti yang masih ada ruang. Tak seperti sesetengah IPTA yang menawarkan program asasi, mana-mana pelajar asasi yang tidak memenuhi syarat kelayakan umum dan khas masuk degree, mereka akan ditendang keluar daripada universiti.

Tamhidi terbahagi kepada 5 iaitu: *klik pd program utk lihat syarat-syarat am permohonan setiap program*
Syarat wajib untuk mohon Tamhidi ni ialah mesti mengambil subjek Bahasa Arab, Pendidikan Quran dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dalam silibus SPM. Jadi, sape-sape yang takde salah 1 daripada 3 subjek ni, takkan diterima permohonannya. Setiap program tamhidi mempunyai syarat am tersendiri, boleh klik pada mana-mana program yang ada kat atas tu.

Takut takleh nak speaking english dan arab?

Ni masalah utama kenapa takut nk mohon usim,,, -_-" Rilek ah, memang saya akui, USIM menggunakan bahasa Inggeris dan Arab sebagai bahasa penghantar, anggaplah itu sebagai cabaran. Kalu untuk subjek arab, memang lecturer akan cakap arab 100%, tapi ade je lecturer yang bagi penerangan dalam bahasa melayu. kalu agak tak paham, bole tanya, kalu tak reti nak tanya dalam arab, tanye dalam bahasa inggeris. Saya pun sampai sekarang masih kurang mahir sangat arab, tapi boleh je teruskan perjuangan.. Takkan semua benda kita nak senang sentiasa kan? Takde cabaran lah. Kalu tak power arab, para lecturer akan latih korang dengan cara tersendiri, lain lecturer lain gaya nye. Lupe pula nak pesan, sediakan kamus ye.. kalu de tak paham, terus buka kamus, dari situ proses pembelajaran boleh berlaku secara tak langsung. Lecturer takkan bagi bulat2 makna bagi setiap perkataan tau :D

Bape pointer untuk Dekan?

Tamhidi USIM 3.60 dah dekan dah. :D Tamhidi cuma 2sem(1Tahun) saje, jadi ade 2x Final exam. Gagal? alahai, bawah daripada 2.00 baru dikira gagal, tapi korang takkan dibuang universiti, sebab korang akan kene amik repeat paper*soklan baru, lagi susah*, kalu korang gagal gak, korang akan digantung sem, jadi korang akan bersama-sama harungi dunia tamhidi semula pada sesi seterusnya bersama pelajar-pelajar baru. Jangan risau, USIM sayangkan pelajar-pelajarnya, depa takkan menggagalkan anda. percayalah :D



Gred cemerlang untuk Tamhidi ialah:

A- : 75-79
A: 80-100

Sori ye, A+ memang tadak. :D  Soklan exam pun, lecturer sendiri yang sediakan, pemarkahan pun 100% lecturer handle, Assignment-assignment pun takde lah sesusah mana, masih boleh dilakukan dengan jayanya.

Life kat sane?


Korang akan duduk di Nilam Court Nilai Impian, jaoh 12km daripada USIM *kolej kediaman yg paling jaoh*, tapi tertakluk pada pindaan lah, kot-kot dah bertukar tempat ke.. dalam Nilam Court tu, style macam duk rumah pangsa, ade 3bilik(1master bedroom, medium, regular), 1tandas, 1bilik mandi, perkhidmatan dobi disediakan(Rm2 sekali basuh), Kafeteria pun ade, kat depan kolej kediaman pun ada beberapa gerai tetap yang sedap belaka dibuka dari pagi-petang. Tilam pun tersedia, bantal je kene bawak sendiri, locker besi pun ade, beli lah manga utk keselamatan, meja belajar pun ada. tak susah-susah pikul meja dari rumah, dan lain2 fasiliti disediakan :D

Korang juga akan dibahagikan setiap rumah mengikut kos masing-masing, maksudnye,, 1 rumah ade 8 penghuni, maka kesemua 8 orang penghuni tu adalah dari kos tamhidi yang sama contoh tamhidi syariah undang-undang. Motifnye adalah untuk memudahkan sesi berdiskusi, perbincangan dan lain-lain. Peraturan keluar masuk pun dah tak sama dah macam asrama zaman sekolah menengah dulu.. kat sini, pintu pagar akan ditutup pada jam 12 tengah malam dan akan dibuka semula pada jam 6 pagi. kalu korang tak nak balik kolej kediaman pun takpe, takde sape nak kesah tapi pastikan ibu bapa tahu lah kemana korang pergi lah ye... Soal balik kampung pula, bagi sapa-sapa yang cepat sangat homesick, korang boleh balik pada bila-bila masa korang nak, yang penting jangan skip kuliah/tutor. Nak balik kampung pada setiap hujung minggu pun takde sape yang akan halang. Balik lah~~

Elaun?

Tamhidi takde pakai PTPTN tau! korang akan diberikan elaun. Elaun akan diberi sebanyak Rm1250.00 untuk 1sem. Kebiasaanya, untuk semester 1 ni, elaun akan dapat lambat, masa dah nak dekat cuti akhir semester 1 baru kitaorang dapat elaun tu.. biasalah, nak kemaskini data, kira bajet, jumlah peruntukan dan lain-lain,, sebab tu lambat dapat, kalu sem 2, kitaorang dapat pada pertengahan semester 2.. Saya rasa perkara ni akan berterus sampai bila-bila kot sehinggalah ada pindaan baru*agaknyelah* :D


Pengangkutan ?

Ketahuilah, bahawasanya hanya USIM je IPTA yang membenarkan pelajar-pelajarnya membawa kenderaan sendiri tak kisahlah ape jenis sekalipun, asalkan berdaftar dengan Pihak Keselematan Usim, kira kene ade sticker kenderaan pelajar lah, kalu takde, kene saman boh, dalam kawasan USIM, Pihak Keselamatan Usim lagi berkuasa daripada JPJ, hatta depa sendiri berkuasa nak saman JPJ yang tak ikut undang-undang USIM tau~ Korang takkan jumpa bende ni kat IPTA lain, sebab IPTA lain hanya benarkan pelajar-pelajar mereka berkenderaan sendiri paling awal pun pada tahun kedua pengajian. Kalu usim, masa Tamhidi lagi dah boleh bawak. bawak laa apa saje kenderaan, bawak Lori pun takpe~ Kalu takde kenderaan sendiri pun takpe, sebab perkhidmatan bas pergi balik fakulti~kolej kediaman disediakan, pada waktu pagi, tengah hari dan petang pada hari Isnin - Jumaat sahaja.


oke, tu saje kot. kalu nak tahu lagi, boleh lah pm saya di facebook atau twitter saya. :)

Nota Hati: kalu semua perkara kita nak senang belaka, baik takyah hidup, sebab dunia memang penuh cabaran dan dugaannya :)

Friday, August 02, 2013

dengan siapa saya boleh bersalaman ?

Assalamualaikum,, haa.. raya nak dekat dah ni.. kepada yang teruja sangat nak raya tu.. jangan la lupekan Malam Lailatul Qadar =')

bila dah raya, ziarah menziarahi ni dah jadi adat orang melayu.. lepas habis ziarah, mesti laa ada maaf-bermaafan dan bersalaman kan ? Persoalannya, dengan siapa kita boleh bersalaman??

di bawah ini saya senaraikan mereka-mereka yang kita BOLEH SALAM SAHAJA menurut MAZHAB IMAM SYAFIE RAHIMULLAHU TAALA :)

Lelaki:

- Isteri
- Ibu/Bapa
- Datuk/Nenek
- Moyang lelaki/perempuan
- Adik-beradik kandung
- Ibu/Bapa mertua
- Datuk/Nenek sebelah isteri
- Bapa Saudara sebelah isteri
- Suami kepada Ibu Saudara belah isteri
- Abang dan Adik(lelaki) ipar *keluarga sendiri/Isteri*
- Suami kepada Akak/Adik(perempuan) ipar *keluarga sendiri/isteri*
- Anak Saudara Ipar(lelaki) *keluarga isteri*
- Suami kepada Anak Saudara Ipar(perempuan) *keluarga sendiri/isteri*
- Ibu/Bapa tiri
- Ibu/Bapa Saudara sebelah ibu/bapa
- Suami kepada Ibu Saudara sebelah ibu/bapa
- Sepupu lelaki
- Datuk/Nenek saudara
- Suami kepada Nenek Saudara
- Suami kepada Akak dan Adik Perempuan sendiri
- Anak Saudara lelaki/perempuan
- Suami kepada Anak Saudara perempuan
- Cucu saudara
- Sepupu lelaki sebelah ibu/bapa
- Suami kepada sepupu perempuan sebelah bapa
- Dua pupu lelaki sebelah ibu/bapa
- Anak tiri
- Ibu susuan
- Saudara susuan


Perempuan:

- Suami
- Ibu/Bapa
- Datuk/Nenek
- Moyang lelaki/perempuan
- Adik-beradik kandung
- Ibu/Bapa mertua
- Datuk/Nenek sebelah suami
- Bapa Saudara sebelah suami
- Isteri kepada Bapa Saudara belah suami
- Akak dan Adik(perempuan) ipar *keluarga sendiri/Suami*
- Isteri kepada Akak/Adik(lelaki) ipar *keluarga sendiri/suami*
- Anak Saudara Ipar(perempuan) *keluarga suami*
- Isteri kepada Anak Saudara Ipar(lelaki) *keluarga sendiri/suami*
- Ibu/Bapa tiri
- Ibu/Bapa Saudara sebelah ibu/bapa
- Isteri kepada Bapa Saudara sebelah ibu/bapa
- Sepupu perempuan
- Datuk/Nenek saudara
- Isteri kepada Datuk Saudara
- Isteri kepada Abang dan Adik Lelaki sendiri
- Anak Saudara lelaki/perempuan
- Isteri kepada Anak Saudara lelaki
- Cucu saudara
- Sepupu perempuan sebelah ibu/bapa
- Isteri kepada sepupu lelaki sebelah bapa
- Dua pupu perempuan sebelah ibu/bapa
- Anak tiri
- Ibu susuan
- Saudara susuan


Nota Hati:

Tak semua yang ada depan mata kita tu kita boleh salam, dan ingat,, pegang kulit babi boleh sertu dengan 1kali air tanah dan 6kali air mutlak, tapi kalau sentuh manusia yang tidak selayaknya disentuh, neraka laa alat sertu yang terbaik~~

Sunday, May 12, 2013

tidur lepas asar jadi gila?!

Assalamualaikum.

Pernah alami tak? Saya pernah alami.. *Hahahaa, ketawa sendiri bila tengok gambar ni. :p*

"Wey, jangan tidur lepas asar lah! nanti jadi gile!"

"Errr... mane kau tahu nih?"

"Ada hadis wey..."

"Bacekan"

"((من نام بعد العصر ، فاختُلس عقله، فلا يلومنَّ إلا نفسه)). - Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri. (Ibnu al-Jauzi di al-Maudhu'aat, al-Sayuthi di al-la'ali al-Masnu'ah & al-Zahabi di Tartib al-Maudhu'aat)(1)"
"Ohhh. kau tau tak yang hadis nih, hadis maudhu' ?"

"Errr. betul ke nih?"

"Iyee... hadis maudhu'! Hadis Maudhu'  ialah 'sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sama ada perbuatannya, perkataannya, taqrirnya, sifat akhlaqnya atau sifat semulajadinya, secara rekaan atau dusta semata-mata' sebab tuh jangan amalkan.. bahaya tau... Sebenarnya tidur lepas asar nih tak haram, cuma makruh.. dan janganlah diamalkan selalu takut-takut mengundang pelbagai penyakit, sebab tuh makruh. Ibnu Qayyim ada berpesan 'Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar).'"

"Ohhh, kira boleh laa kalu nak tidur lepas asar nih?"

"Boleh tapi jangan amalkan selalu, contoh kalu kau balik kuliah, kau penat dan mengantuk sangat-sangat-sangat, lepas solat asar, tidur laa kejap.. hatta kalu kau tengah solat, masuk rakaat kedua kau dah tak boleh tahan mengantuk kau diharuskan berhenti solat, dikhuatiri kau akan terjatuh atau terlentang akibat tidur dalam solat."

"Oke. terima kasih kawan ^^"

"Sama-sama ^^"

untuk lebih rojih:

 
 

Nota-Hati: Orang yang sebarkan hadis palsu adalah orang yang lagi teruk berbanding orang yang tidur lepas asar. :]

Wednesday, May 08, 2013

How to show the hidden file in your external hard disk or pendrive

Assalamualaikum,

there's one thing that keeps bugging us all . i mean to those who owns laptops,computers and pendrives and hard disks. the thing is, when we look up to use our PDs, yeah, there's nothing or should i say not a single file in that, but once we get a look at the memory content, it shows RED signals which means it's full. so, why was that happening? it shows that , the PD contains HIDDEN VIRUSES.

today I'll share to all of you on how to show the hidden file in your external hard disk or pen drive that was effected by the 'hidden virus' (not a serious virus), before we go through, I want to remind, that this is only the manual process, no need to use 3rd party software, and this will work too on windows 7 (perhaps -_-')

first, open Computer then, click on 'organize'.
 

then, choose 'folder and search option'.
















then, click on 'view' tab.









then, focus on 'Hidden Files and Folders', choose 'show hidden files, folders, and drivers' and remove all tick(on that 3 option) in the red box(look at the picture).










When done, try clicking your hard disk or pendrive icon, then you can see the hidden file became unhidden, copy all the folders and also the folders that are being unhidden just now, and create new folder on your desktop or on your Data (C) or Data (D) or Data (E) in your computer, then paste all the copied file there and name the folder with 'back-up documents'.

after you've done it, then right click on your icon of your hard disk or pendrive, choose 'format..', this step will format your hardware and of course it will remove all the folders, that is why I asked you to make a back-up folder to back-up all the documents :)

after formatting, your hardware will become empty and as new as you bought it from the shop, then copy all the folders in your 'back-up documents' folder, then paste it on your hardware.

done ! ^^, pretty easy right?!

Nota-Hati: When every problem comes to your life, don't worry and be rational, then you will find the solution :D

Thursday, April 25, 2013

Dibenci? Rilek sudaa ~~

Assalamualaikum,

Haa.. tengok gambar kat atas nih pun dah boleh sampai maksudnya kan? Benci benci dan terus membenci, ini lah lumrah hidup manusia. Pernah dibenci tanpa sebab-sebab yang nyata? kalau pernah, kita senasib ^^,

Ada seorang hamba Allah, dia sering memerhatikan A yang dibenci oleh sekelompok pelajar, beliau tidak memihak pada kelompok itu juga tidak menyebelahi pada orang yang dibenci itu, tapi apa yang menarik perhatiannya ialah walaupun hamba Allah ini dibenci oleh kelompok pelajar ini, tapi A ini tenang sentiasa dan langsung tak amik peduli akan apa yang dihamburkan oleh kelompok pelajar itu.

Pada suatu hari, hamba Allah ini tergerak nak tanya A, apa rahsia A kelihatan tenang dan senyum sentiasa walaupun setiap hari pasti akan ada kata-kata kesat yang dihamburkan kepadanya.

Hamba Allah: Weyh A, kenapa kau tenang je hah walaupun diaorang duk sebuk kutuk kau, aku tak nampak pun apa masalah kau sampai diaorang kata macam tu, aku tak nak pihak pada diaorang dan juga kau, sebab aku tak tahu kisah sebenar...

A: Ohhh, ada laa kisah lama, tapi pada aku, tu bukan penyebab untuk diaorang benci aku, sebab aku bukan buat sesuatu yang melanggar hukum syarak. Kenapa aku masih tenang? Sebab pada aku, biar lah diaorang duk kutuk aku, asalkan aku teruskan kehidupan, jika aku melayankan karenah diaorang, sampai bila pun aku tak maju, biar lah diaorang dengan dunia diaorang, duduk dalam kelompok itu..

Hamba Allah: Tapi geram pulak aku tengok diaorang nih, bila senang langsung tak nampak kau, kutuk-kutuk kau lagi, tapi bila susah, merangkak-rangkak cari kau, merayu minta tolong kau, puji kau bukan main lagi bila nak minta tolong kau,,

A: Alah, Rilek sudaa, biar jea diaorang tu, sebab pada aku, bila ada orang minta tolong, kita perlu tolong sebab pada aku, aku mesti tolong selagi aku mampu, sebab aku sayangkan kawan-kawan aku, walaupun diaorang benci aku.

Hamba Allah: Kau tak rase macam melepaskan anjing yang tersepit ke ?

A: Isshh, jangan kata diaorang tu anjing, kejam sangat tu.. Biar jelaa diaorang nak kata apa, kita jangan laa layan diaorang tu, makin dilayan nanti makin menjadi,, makin seronok pulak diaorang sebab kita bagi respon atas apa yang diaorang hamburkan, cuba kalau kita diam? Diam tu kan lagi bagus... Setan pun takde modal nak mengapi-apikan kita..
Hamba Allah: Eh A, kau tak jawab lagi soalan aku, Ape tips kau hah sampai kau leh jadi tenang gile bila orang sibuk duk maki-maki kau ?

A: Hehehee,, lupe pula, tips? takde tips pun, cuma aku selalu fikir positif tapi takdelah terlalu positif dan akan muhasabah diri aku dulu,, kenapa diaorang benci aku? ape sebab nya.. dan lain-lain.... Aku anggap bila ada yang membenci aku, pasti juga ada yang menyayangi aku sebab aku yakin Allah itu maha adil dan maha penyayang. Benci tu tanda kita ade nafsu, nafsu bila dihasut oleh setan, maka akan timbul rasa dengki dan iri hati, apa boleh buat, bila da setan masuk campur, kita diam jea, lama-lama setan takde modal punya~ Aku biar je diaorang kutuk aku, sebab pada aku kalau aku layan, aku takkan maju kedepan, malahan akan bersama diaorang yang mundur dibelakang, Aku ade juga tanya diaorang, kenapa diaorang benci aku, diaorang cakap, 'aku tak tau kenapa, aku cuma ikut ape yang orang lain kata' ade juga yang kata 'aku nyirap dengan kau' tapi bila aku tanya kenapa dia nyirap kat aku, dia diam, maknanya takde sebab.. pada aku, mereka benci aku tanpa sebab yang nyata dan pada aku, mereka tak matang. Jika mereka benci aku bersebab, dan jelas sebab itu bertentangan dengan syarak, maka aku cuba untuk ubah diri aku menjadi lebih baik dan dengan niat aku dapat keredhaan Allah bukan dengan niat nak nampak baik pada masyarakat. Tu antara tips aku lah..

Hamba Allah:  Waa, ringkas dan mudah je tips kau ni kan.. aku ingatkan kau ada pakai mentera pape ke...

A: aku ada baca gak beberapa doa, untuk tenangkan hati aku, aku amalkan bacaan surah al-insyirah(Al-Sharh), dan selawat tafrijiyyah, aku istiqamah dalam membaca dua amalan ini, jika kau nak ikut, ikut laa.. yang penting istiqamah... dan yang terakhir, aku nak ingatkan kau, jika kita dibenci, jangan laa kita benci orang yang membenci kita, kerana jika api dibalas dengan api, api itu akan menjadi makin marak,, sebaliknya, jika api dibalas dengan air/debu kering/bomba, maka api itu akan terpadam dengan izin-Nya...



Hadis Sahih Muslim : 4641
Hadis Anas bin Malik r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki dan sindir-menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya.
Nota Hati: Setan, jika dilayan makin lama makin menjadi, jika kita tak layan maka takkan menjadi laa dia~~ betol tak ? ;)

Saturday, March 16, 2013

kecelaruan maklumat

Assalamualaikum.

Kecelaruan maklumat ? Yup ! Semestinya.. Banyak sangat maklumat yang mengelirukan sekarang nih.. lagi-lagi maklumat berkenaan hukum-hakam feqah.


Bagaimana nak elak ?

Pegang pada prinsip Istishab(dalil yang tidak di sepakati)

"استصحاب حكم الإباحة الأصلية للأشياء التي لم يرد دليل بتحريمها"
"semua hukum adalah harus pada asalnya selagi tiada dalil yang mengharamkannya"

dengan erti kata lain nya..

أن الأصل في الأشياء النافعة مثل من طعام أو شراب أو نبات أو جماد التي لم يوجد دليل على تحريمها فإنها مباحة، وتحريم الأشياء بدليل من الشارع لمضارتها
"semua perkara(di dunia) ini seperti makan, minum, tumbuh-tumbuhan, bahan keras yang tiada dalil pengharamannya maka hukumnya adalah harus, dan haram ke atas perkara(di dunia) dengan dalil syar'ie kerana kemudaratannya "

'dalil' di sini bermaksud dalil daripada Al-Quran, Hadis, Ijma' Ulama', Qias... Jangan keliru, 'fatwa' merupakan salah satu daripada ijma' ulama'. *Sebab tu rokok haram, kerana membahayakan kesihatan dan sebab itulah telah di fatwakan pada 23/03/1995 oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia ~

قول جمهور المالكية والشافعية والحنابلة أن الاستصحاب حجة مطلقا، لتقرير الحكم الثابت حتى يقوم الدليل على تغييره
"menurut jumruh ulama' mazhab Maliki, Syafi'ie dan Hanbali, istishab merupakan hujah yang kukuh untuk menentukan hukum yang tetap sehingga adanya dalil yang mengubahnya"

Tak bermakna, Istishab ini antara sumber dalil yang tidak disepakati kita terus tolak mentah-mentah. Sumber ini tidak disepakati oleh ulama' sahaja, kerana ada ulama' yang setuju dan ada juga ulama' yang menolak. Sebab itu dinamakan sebagai 'sumber-sumber yang tidak disepakati (الأدلة الفرعية / التبعية)'

Sumber: 

المدخل لدراسة الفقه الإسلامي تاريخه ومصادره ونظرياته العامة : إبراهيم عبد الرحمن إبراهيم
المبادئ الفقهية : زهاري بن مهد موسى & محمد نجيب بن عبد الله


p/s: untuk lebih lagi, boleh lah rujuk pada mana-mana kitab usul fiqh ^^

Nota Hati: Istishab adalah antara cara untuk mentakwilkan sesuatu hukum baru yang tiada pada zaman Rasulullah, tetapi ada pada zaman kita.

Tuesday, March 05, 2013

pro dan kontra perkahwinan muda



Assalamualaikum, mengenai topik saya, 'pro dan kontra perkahwinan muda' jadi, saya akan memberitahu anda semua tentang apa yang saya dapat semasa penyelidikan saya.

Abdullah bin Mas'ud telah berkata: "Ketika kami masih muda, kami telah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami tidak mempunyai apa-apa harta, Rasulullah berkata kepada kami:" Wahai orang muda! Jika anda mampu untuk berkahwin, maka  berkahwinlah, kerana perkahwinan itu akan melindungi pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin maka hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu adalah perisai baginya. "(Riwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim)
 Memang tak dapat di nafikan bahawa perkahwinan muda adalah salah satu sunnah nabi kita. Apabila ia adalah sunnah, maka ia jelas terdiri jenis banyak kebaikan. Saya ingin menekankan pada hukum berkahwin 'sunat' yang bermaksud 'bagi mereka yang mampu dalam pelbagai aspek '. Apa yang saya mahu katakan di sini adalah 'mampu', ada yang mampu untuk berkahwin pada usia muda, dan ada yang tidak mampu. Setiap orang mempunyai keupayaan yang berbeza, dan seperti yang kita boleh lihat, kebolehan yang berbeza yang dimiliki oleh wanita dan lelaki, menghasilkan pro dan kontra untuk perkahwinan muda.

Saya akan mula pandangan saya dengan pandangan kontra ':

Kematangan: Bagi mereka, ia adalah terlalu muda untuk berfikir tentang tanggungjawab yang akan mereka akan hadapi apabila mereka berkahwin dan umur mereka tidak layak untuk berkahwin kerana terlalu muda. Mereka takut apabila berlaku sesuatu di luar jangkaan mereka, mereka tidak dapat mencari cara yang betul untuk menyelesaikan masalah tersebut. Apabila berlaku beberapa konflik, mereka tidak dapat mencari penyelesaian yang betul untuk mengatasi konflik, dan jika mereka gagal, masalah yang serius akan berlaku dan tidak mustahil masalah penceraian akan berlaku. Menurut statistik yang direkodkan oleh Pejabat Qadi Pontian menunjukkan bahawa sejumlah 111 kes yang melibatkan perceraian dari umur 16 hingga 25 tahun sahaja pada tahun 2010-2012.

Kerjaya dan pendidikan: Pada mereka, pendidikan adalah keutamaan bagi remaja. Tanpa pendidikan mereka tidak akan mampu untuk mendapatkan kerjaya yang baik dan mendapat pulangan yang tinggi, dan jika mereka berkahwin awal, mereka takut bahawa mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada pengajian mereka kerana sudah ada beban tanggungjawab untuk menanggung isteri mereka, dan menjaga suami mereka. Tambahan pula, tidak semua orang mampu untuk mengejar dan mengawal dua perkara besar (perkahwinan dan pendidikan) pada masa yang sama.

Kewangan: Mereka berfikir bahawa jika sudah berkahwin, maka mereka mempunyai tanggungjawab untuk memberikan nafkah kepada isteri sedangkan mereka tidak mempunyai apa-apa kerjaya ketika di alam pendidikan. Jadi, bila tiada kerjaya, maka mereka merasakan mereka tidak mempunyai apa-apa kapasiti kewangan untuk menjalankan tanggungjawab mereka, walaupun ibu bapa mereka masih boleh membantu mereka untuk beberapa tempoh masa, tetapi bagi mereka ia adalah lebih baik mereka meletakkan usaha mereka sendiri untuk menyokong pasangan mereka .

Tanggungjawab: Ini adalah tentang sejauh mana kita mampu untuk memenuhi tanggungjawab suami dan isteri. Adakah kita berani untuk mengorbankan zaman belia kita hanya untuk memberi komitmen kepada keluarga? Adakah kita mampu atau tidak, bersedia atau tidak untuk menjadi contoh tauladan kepada isteri kita, untuk memberi keperluan isteri? Adakah isteri benar-benar dapat memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang isteri? Berkahwin bukan sahaja yang berkaitan dengan suami dan isteri, tetapi sebenarnya berkaitan dengan kedua-dua keluarga juga.
pada pandangan pro:

Sosial: Kebanyakan remaja berfikir dengan perkahwinan awal dapat mengatasi banyak masalah sosial, seperti pergaulan bebas lelaki dan wanita. Jabatan Qadi Pontian merekodkan sejumlah 803 pasangan remaja sekitar umur 16-25 tahun berkahwin pada tahun2010-2012. Untuk maklumat baru bagi orang-orang yang tidak tahu, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia telah melaporkan bahawa 300,000 anak luar nikah dilahirkan kira-kira 10 tahun di Malaysia. Ini juga merupakan salah satu alternatif yang dicadangkan oleh ulama kontemporari, Syekh Yusuf Al-Qaradawi untuk membendung masalah sosial daripada melambung. Nabi berkata: "Siapa di antara remaja yang berkahwin pada usia muda, ia akan membuatkan syaitan menangis Dan dia (syaitan) mengeluh," celakalah aku, agama mereka telah menyelamatkan mereka dari godaan aku "Hadis riwayat Ibn 'Addi. .

Faktor Biologi: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyatakan bahawa statistik menunjukkan peningkatan umur wanita individu akan menyebabkan lebih tinggi peluang untuk mendapatkan trisomi 21. Apakah Trisomi 21? Trisomi 21 dalam perkataan yang lebih mudah boleh digambarkan sebagai Gangguan genetik yang merupakan antara punca utama kanak-kanak yang dilahirkan dengan ketidakupayaan, yang dikenali sebagai sindrom down. Jadi, salah satu penyelesaian untuk mencegah kelahiran kanak-kanak kurang upaya adalah dengan berkahwin awal. Ini adalah kerana ketika muda, sperma dan ovum adalah lebih aktif, otot rahim masih kukuh untuk menyokong berat embrio. Seorang wanita pada usia 40 tahun tidak sesuai untuk mengandung kerana otot di ovari semakin lemah. Begitu juga dengan lelaki, apabila usia mereka semakin meningkat, kualiti sperma atau DNA mereka akan berkurangan dan ia tidak sama seperti apabila mereka pada usia muda.

Di samping itu, ketika seorang perempuan lahir, Allah telah membekalkan pada mereka kira-kira 2 juta sel-sel yang mana merupakan peringkat sebelum pembentukan kepada ovum, tetapi hanya kira-kira 450 sel yang akan membentuk ovum. 2  ovum akan keluar apabila seorang wanita yang mempunyai kitaran haid, ini akan menyebabkan bilangan ovum yang asalnya 450 akan terus berkurangan dan menyebabkan tempoh menopaus menjadi cepat, sekitar 40-50 tahun. Dengan perkahwinan awal, tempoh untuk menopaus akan lama, kerana setiap kali mengandung wanita, haid akan berhenti selama 9 bulan 10 hari, dan boleh menjimatkan sehingga 18 ovum dari terbazir melalui kitaran yang haid biasa, dan biasanya ibu akan melahirkan  4 orang anak, ini bermakna perkahwinan awal mampu untuk menyelamatkan 72 ovum. Apabila ovum masih banyak dalam ovari, maka tempoh untuk menopaus lama dan wanita itu masih dapat melahirkan anak banyak kali. Ingat, Nabi kita suka keluarga yang ramai anak. Ini adalah sebab-sebab mengapa mereka bersetuju dengan perkahwinan awal.

Faktor Psikologi: Mengapa tidak pasangan muda berkahwin menjadikan pasangan mereka sebagai sumber inspirasi dalam pengajian mereka dan sebagai pemangkin semangat jika pasangan mereka gagal dalam pengajian. Menurut fakta-fakta psikologi, jika kita mempunyai sumber inspirasi yang sentiasa dengan kita pada masa-masa yang senang dan susah, kita akan menjadi lebih bersemangat dan integriti  dalam melakukan sesuatu kerana kita percaya bahawa terdapat orang yang sentiasa berada di belakang kita. Itulah sebabnya kita sering membaca di akhbar atau majalah atau blog, pasangan suami isteri muda mendapatkan cemerlang dalam peperiksaan.

Sikap: Seperti apa yang kita boleh lihat, tidak semua manusia boleh menguruskan keperluan asas mereka dengan cemerlang, itulah sebabnya mereka memerlukan seseorang yang boleh menjaga kehidupan mereka dan saya percaya, melalui perkahwinan, wanita dapat mengubah sikap suaminya sendiri dengan lebih baik. Lelaki adalah cemerkap, selekeh, pemarah dan lain-lain ketika mereka masih bujang. Sementara itu, wanita secara semulajadi suka untuk menjadi kemas. Jadi apabila lelaki dan wanita berkahwin, mereka akan bekerjasama untuk memperbaik gaya hidup mereka, sebagai contoh, jika mereka mahu pergi untuk majlis tertentu , isteri akan mencadangkan pakaian yang sesuai untuk suami, jadi, suami akan kelihatan lebih bergaya dan tanpan seperti lelaki lain. Itulah sebabnya kita sentiasa mendengar 'isteri adalah perunding dan penasihat fesyen terbaik untuk suami'. Seperti apa yang dikatakan oleh Barack Obama, "Orang yang selalu bersama saya adalah isteri saya dan keluarga saya, mereka sentiasa berdiri di sebelah saya dan bukan di belakang saya, dan hakikatnya, lelaki tidak punyai apa-apa tanpa isteri dan keluarga".

Segala apa berlaku di dunia ini adalah seperti sekeping syiling yang mempunyai 2 bahagian 'kepala' dan 'ekor', apabila kita putarkan nya, kita tidak boleh agak apa yang kita akan dapat, sama ada 'kepala' atau ' ekor '. Sama seperti dalam kehidupan kita, segala-galanya yang berlaku mempunyai pro dan kontra tersendiri. Jadi, Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada untuk menjadi pro atau kontra, pilihan di tangan kita.

Nota Hati: bukan kita nak tolak sunnah, nanti ade pulak yang melabelkan kita nih kafir sebab tolak sunnah Nabi, tapi ingat juga.. Kahwin nih sunat pada yang dah mampu dalam pelbagai aspek, harus(hukum asal) jika sudah ade keinginan untuk berkahwin. Jangan keliru.

special guest :)