Showing posts with label bicara hati. Show all posts
Showing posts with label bicara hati. Show all posts

Friday, June 27, 2014

Niat yang Baik Tidak Boleh Membersihkan yang Haram

Islam sentiasa menghargai setiap galakan yang mulia, maksud yang baik serta niat yang bersih dalam perundangannya secara keseluruhan.

Setiap Amalan Bermula dengan Niat.

إِنَّما الأَعمَالُ بِالنِّيَّاتِ وإِنَّمَا لِكُلِّ امرِئٍ مَا نَوَى
Maksudnya: "Sungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat dan bagi setiap orang dikira apa yang diniatkannya" (Riwayat al-Bukhari)
Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: "Hadis ini menjadi sepakat ulama berkenaan kesahihannya yang menghimpunkan banyak kemuliaan. Ianya menjadi paksi Islam. Hadis ini menghitung niat dan tanpanya tidak diiktibar mengikut syarak. Walaupun begitu, bagi yang mukallaf, muraqabah dirinya sebelum dan ketika melakukan sesuatu amalan, adakah mengikut hawa nafsu atau semata-mata kerana Allah SWT? Jika kerana-Nya, hendaklah dilangsungkan sebaliknya dan jika bukan, hendaklah ditinggalkan." Lihat: al-Halal wal Haram fil Islam karangan Yusuf al-Qaradhawi, diterjemah oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, cetakan ke 3, Nilai:Pustaka Cahaya kasturi, m/s 41.
Abu Daud berkata: "Sesungguhnya hadis ini (إِنَّما الأَعمَالُ بِالنِّيَّاتِ) *niat* adalah nisful Islam, kerana agama zahirnya adalah perbuatan, batinnya adalah niat". Imam Ahmad dan Imam Syafie berkata bahawa hadis tentang niat (إِنَّما الأَعمَالُ بِالنِّيَّاتِ) ini mencakupi 1/3 ilmu, hal ini kerana perbuatan manusia terdiri daripada niat didalam hati, percakapan dan tindakan (perbuatan), dan niat didalam hati adalah salah satu daripada tiga bahagian itu. Lihat: al-Wafi fi Syarhi Arbain an-Nawawiyah karangan Dr. Mustofa al-Bugha dan Dr. Muhyiddin Mistu, cetakan pertama, Damsyik: Daril Kalami at-Thoyyib, m/s 12.


Dengan niat yang baik pula, setiap perkara dan perbuatan yang mubah dan adat kebiasaan boleh bertukar menjadi taat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sesiapa yang memakan makanan dengan niat memelihara kehidupannya dan menguatkan badannya supaya teguh berdiri untuk menjalankan segala kewajibannya terhadap Allah dan umatnya, maka makanan dan minuman itu adalah ibadat dan telah mendekat dirinya kepada Allah SWT.

"Bila Tujuannya Baik, Jalan Menujunya Mesti Baik"

Jika setiap amal yang mubah (harus) dilakukan oleh seseorang mukmin, disertakan dengan niat, jika niatnya baik, amal yang mubah boleh menjadi sebagai ibadat., tetapi jika yang haram, maka ianya tetap haram meskipun si pelaku mempunyai niat yang baik dan mulia dan mempunyai cita-cita yang terpuji. Ini kerana Islam tidak reda sama sekali mengambil sesuatu yang haram untuk menjadikan penghubung kepada sesuatu tujuan yang mulia kerana Islam sentiasa menggalakkan pencapaian yang mulia di samping jalan yang bersih.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya yang masyhur al-Halal wal Haram fil Islam menyatakan bahawa perundangan Islam tidak mengiktiraf sama sekali konsep "Bila tujuannya baik, jalan menujunya mesti baik" atau konsep "Untuk menyampaikan kepada kebenaran, boleh membuat apa sahaja dari perkara batil". Sebaliknya, yang dianjurkan oleh agama ialah untuk mencapai ke jalan kebenaran, mestilah menerusi jalan yang benar sahaja. Sesiapa yang mengumpulkan harta dengan cara riba atau mengerjakan apa yang ditegah oleh Allah SWT atau dengan mengerjakan apa yang ditegah oleh Allah SWT atau dengan hiburan yang haram atau dengan berjudi, dengan melakukan perkara yang dilarang, dengan tujuan hendak mendirikan masjid atau hendak membangunkan projek kemasyarakatan, maka tidak akan menjamin kebaikan, sesuai dengan cita-citanya yang baik itu. Lalu diangkat kepadanya dosa yang haram kerana yang haram di dalam Islam itu tidak memberi kesan apa pun oleh maksud dan niat yang baik.. Inilah yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada kita. Lihat: al-Halal wal Haram fil Islam karangan Yusuf al-Qaradhawi, diterjemah oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, cetakan ke 3, Nilai:Pustaka Cahaya kasturi, m/s 43.

Allah juga melarang percampuran antara perkara yang benar (haq) dengan perkara yang salah (batil) dalam firmannya:

Maksudnya: Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (Surah al-Baqarah: 42)

Tidak dimakbulkan Doa Orang yang Mengambil Perkara yang Haram.

Selalu tertanya-tanya kenapa doa kita selama ini seolah-olah tak sampai kepada Allah. Pernah audit diri kita sendiri sebelum mempersoalkan tentang doa kita? Ketahuilah, antara sebab kenapa doa kita tidak diterima adalah sebab di dalam dan di luar badan kita adanya perkara-perkara haram yang kita tidak ketahui, adapun kita maklum, tapi kita sengaja tak ambil peduli. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Rasulullah tentang kenapa doa seseorang hamba itu tidak diterima oleh Allah SWT dalam hadisnya:

Baginda SAW bersabda:

إنَّ اللهَ طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا، وإنَّ اللهَ أَمَرَ المُؤمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ المُرسَلِينَ. فَقَالَ:(يٰأَيُّهَا الرُّسُلُ كُلوا مِنَ الطَّيِّبٰتِ وَاعمَلوا صٰلِحًا ۖ إِنّى بِما تَعمَلونَ عَليمٌ) وَقَالَ: (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ) وَقَالَ: ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ، يَمُدُّ يَدَيهِ إِلَى السَّماَءِ، ياَ رَبَّ يا رَبِّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِّيَ بِالحَرَامِ، فَاَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ؟

Maksudnya: Allah SWT itu baik, dan tidak akan menerima kecuali yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan kaum mukminin sebagaimana Dia juga memerintahkan para Rasul. Lalu Baginda SAW membacakan ayat: Wahai para Rasul! Makanlah dari rezeki yang baik-baik dan kerjakanlah amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan! Kemudian Baginda SAW membacakan lagi ayat yang lain: Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari rezeki yang Kami berikan pada kamu! Kemudian Baginda SAW menyebutkan lagi tentang seorang lelaki yang datang dari pelayaran yang jauh dalam keadaan rambutnya yang tidak terurus, pakaiannya penuh dengan debu. Lalu dia mengangkat kedua belah tangannya ke arah langit dan berdoa: Ya Tuhanku! Ya Tuhanku! Sedang makanannya penuh dengan yang haram, minumannya penuh dengan yang haram , pakaiannya penuh dengan yang haram, dan diberi makan dengan perkara yang haram, bagaimana dapat dimakbulkan doanya kerana semua itu?" (Riwayat Muslim dan al-Tarmizi daripada Abu Hurairah)

Perkara yang Haram Tidak Akan Berubah Menjadi Halal Sekalipun diiringi dengan Niat yang Baik 

Pernah menjadi persoalan masyarakat sekiranya mereka melakukan sesuatu kemungkaran tapi niat mereka hendak melakukan kebaikan sebagai contoh melacurkan diri sendiri kerana ingin mencari rezeki untuk kelangsungan hidup, mencuri untuk bersedekah di masjid atau di rumah anak-anak yatim, nak berjumpa (berdating) tapi atas alasan belajar berkumpulan (study group) dan banyak lagi. Masyarakat sering menjadikan niat yang baik sebagai alasan untuk melakukan sesuatu perbuatan yang dipandang buruk oleh Islam. Tindakan ini akan mencemarkan kesucian dan kemurnian Islam yang tidak membenarkan sama sekali percampuran antara haq dan batil. Permasalahan berkenaan percampuran haq dan batil ini telah diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam kebanyakan hadis baginda, antaranya:

Rasulullah SAW bersabda:

مَن جَمَعَ مَالاً مِنْ حَرَامٍ، ثُمَّ تَصَدَّقَ بِهِ لَم يَكُنْ لَهُ فِيْهِ أَجْرٌ، وكَانَ إِصْرُهُ عَلَيهِ
Maksudnya: "Sesiapa yang mengumpulkan harta kekayaan dari perkara yang haram, kemudian dia bersedekah dengannya, dia tidak akan mendapat pahala apa pun kerana sedekah itu, malah dosanya akan tetap ditanggungnya." (Riwayat Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan al-Hakim daripada Abu Hurairah)

Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَكْسِبُ عَبدٌ مَالاً حَرَامًا، فَيَتَصَدَّقَ بِهِ فَيُقْبَلُ مِنهُ، وَلاَ يُنْفِقُ مِنْهُ فَيُبَارِكُ لَهُ فِيهِ، وَلاَ يَتْرُكُهُ خَلْفَ ظَهِرِهِ، إِلاَّ كَانَ زَادُهُ إلَى النَّار. إِنَّ اللهَ تَعَالَى لاَ يَمْحُو السَّيِّءَ بِالسَّيِّءِ، وَلَكِن يَمْحُو السَّيِّءَ بِالحَسَنِ، إِنَّ الخَبِيثَ لاَ يَمْحُو الخَبِيثَ  
 Maksudnya: "Tiada seorang hamba yang berusaha memperolehi wang yang haram. Lalu dia menyedekahkannya, maka tidak akan diterima daripadanya sedekahnya itu. Dan tiada seorang hamba yang membelanjakan dari hartanya yang haram. Lalu dia akan diberkatinya dalam harta itu dan tiada pula dia meninggalkannya di belakangnya (mati meninggalkan harta itu), melainkan semua harta itu akan menjadi bekalannya ke dalam api neraka. Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menghapus perkara yang buruk dengan sesuatu yang buruk, akan tetapi Dia akan menghapus sesuatu yang buruk dengan perkara yang baik. Sesungguhnya yang buruk itu tidak dapat dihapuskan dengan yang buruk!" (Riwayat Ahmad dan lainnya daripada Ibn Mas'ud)

Fatwa Pengebom Berani Mati a.k.a Suicide Bomber.

Saya pernah ditanya oleh seorang sahabat di Facebook mengenai konsep pengebom berani mati di negara-negara Islam yang ditindas oleh puak Kafir Harbi (wajib diperangi kerana menentang Islam secara terang-terangan).
Saya mengambil tulisan kajian daripada Dato’ Dr. Ismail Ibrahim iaitu Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim dari UKM:

Dr Yusuf al-Qardhawi telah agak lama mengemukakan fatwanya tentang hukum orang yang membunuh diri untuk membunuh orang lain, seperti yang disebutkan di atas, iaitu yang dikenali sebagai suicide bomber ini. 
Beliau dalam buku koleksi fatwanya yang terbaru sekali lagi menegaskan bahawa perbuatan pengebom berani mati di bumi Israel oleh orang Islam  adalah harus. Beliau berhujjah bahawa perbuatan ini harus dilakukan ialah kerana “masyarakat Israel semuanya adalah masyarakat tentera, lelaki dan perempuannya, dan orang Palestin adalah bertindak menentang pendudukan Israel, oleh itu hak untuk mempertahankan tanah air adalah merupakan hak yang diizinkan syarak, dan pengebom berani mati itu tidak menggunakan orang lain, malah mengorbankan dirinya sendiri untuk menakutkan musuhnya itu”.

Berdasarkan alasan inilah beliau memberikan fatwanya bahawa hanya para pengebom berani mati di Israel itu sahaja yang dibenarkan syarak, tidak di tempat lain, menurut yang saya fahami dari nas fatwanya itu (Fatawa Mu’asirah, juzuk 4, halaman 795, 2008, Doha).

Beliau telah memberikan kupasannya yang amat baik tentang adab-adab peperangan di dalam Islam, dan hukum syarak tentang perbuatan membunuh, tetapi di dalam isu pengebom berani mati di Israel seperti yang dijelaskannya itu mungkin menimbulkan beberapa pertanyaan, umpamanya kita boleh bertanya: benarkah semua anggota masyarakat Israel itu adalah masyarakat tentera? Bagaimanakah keadaannya sekiranya pengebom berani mati itu yang membunuh dirinya lalu menyebabkan kematian kepada kanak-kanak, orang tua dan lemah, atau orang luar yang bukan terdiri daripada orang Israel?
Hal ini mungkin agak tepat sekiranya dilihat kepada perbuatan membunuh diri oleh tentera Jepun di dalam peperangan dunia kedua yang dikenali sebagai Kamikaze, iaitu ketika tentera Jepun, khususnya juruterbang jet pejuangnya yang bertindak menjatuhkan pesawatnya ke atas kapal perang pihak Bersekutu di laut, malah terdapat tentera Jepun yang menerjunkan dirinya ke dalam serombong kapal perang Bersekutu untuk memusnahkan kapal perang musuh.

Tentara Jepun yang bertindak begitu memang menujukan sasarannya kepada armada angkatan laut musuh yang begitu banyak, dan pihak tentera Jepun melakukan gerakan membunuh diri ini semata-mata ditujukan kepada musuh, kerana kapal perang itu memang penuh dengan tentera musuh, maka Jepun ingin memusnahkan seberapa banyak kapal perang musuhnya itu, dan kerana itulah mereka bertindak nekad menjatuhkan pesawat perang mereka ke atas kapal perang musuh itu dan memusnahkannya.

Tetapi perbuatan pengebom berani mati di Israel yang tidak berjaya menembusi benteng pertahanan tentera Israel untuk memasuki ke kem tentera Israel untuk membunuh mereka dengan cara meletupkan dirinya itu, sering juga melakukan perbuatan ini di pasar, di stesen bas, di kedai kopi, restoran, dan sebagainya. Dalam keadaan ini timbullah persoalan di atas, iaitu apakah hukumnya pula dengan pembunuhan ini yang ada kalanya membunuh orang awam yang tidak berdosa, dan mereka bukannya tentera? Malah satu persoalan lain akan timbul juga di sini, iaitu apakah “tujuan” untuk membunuh musuh ini boleh dilakukan dengan membunuh diri sendiri sebagai “cara”nya, dalam kaedah “matlamat mengharuskan cara? (Al-Ghayah Tubarriru Al-Wasilah)

Semua orang mengiktiraf  dan  tahu bahawa Dr. Yusuf Al-Qardhawi adalah seorang yang pakar dalam fatwa, malah pemikirannya amat terkini. Tetapi dalam hal ini, timbul persoalan di kalangan ulamak lain, kerana beliau menjustifikasikan perbuatan membunuh diri untuk membunuh musuh.
Bacaan lanjut: Fatwa al-Qardhawi tentang pengebom berani mati

Seorang pendakwah bebas di Malaysia Ustaz Azhar Idrus yang terkenal dengan keluasan ilmunya juga ada menjawab pertanyaan daripada al-mad'ue (orang yang didakwah) mengenai adakah pengebom berani mati yang dilakukan oleh orang Islam dikira sebagai jihad. Beliau menjawab pertanyaan tersebut dengan mengemukakan 2 pandangan ulama (mufti) iaitu
Pandangan yang mengharuskan pengeboman berani mati: Sekiranya tiada cara lain yang boleh dilakukan melainkan dengan cara pengebom berani mati untuk membunuh tentera-tentera Yahudi laknatullah dikira sebagai jihad
Pandangan yang mengharamkan pengeboman berani mati: Jika masih ada jalan lain untuk membunuh tentera Yahudi Laknatullah tapi sengaja meletupkan dirinya di tempat awam atau pada orang awam yang tidak terlibat dan tidak ada kaitan, maka ianya dikira haram dan dianggap sama seperti membunuh diri.
Rujukan lanjut: Pengebom Berani Mati JIHAD ? - Ustaz Azhar Idrus 


Notis: Hadis-hadis di atas dipetik daripada 2 kitab iaitu kitab al-Wafi fi Syarhi Arbain an-Nawawiyah karangan Dr. Mustofa al-Bugha dan Dr. Muhyiddin Mistu, cetakan pertama, Damsyik: Daril Kalami at-Thoyyib, dan kitab al-Halal wal Haram fil Islam karangan Yusuf al-Qaradhawi, diterjemah oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, cetakan ke 3, Nilai:Pustaka Cahaya Kasturi.

Nota Hati: Masyarakat selalu mengambil mudah soal ini, dan seringkali menganggap bahawa perbuatan batil (dilarang oleh Islam) dibolehkan sekiranya didahului dengan niat yang baik kerana berpegang pada hadis yang masyhur tentang niat. Acapkali kita dengar frasa ini "Matlamat tak menghalalkan cara" ataupun "Niat tidak menghalalkan cara", namun sejauh manakah pemahaman kita dan juga masyarakat terhadap frasa tersebut ?

-Hazim Ahmad-

Tuesday, December 31, 2013

Anekdot 2013


Assalamualaikum, harini jam 10.30pm, hari terakhir saya berada di dunia 2013masihi, jadi.. rasa macam nak buat sedikit rentetan peristiwa sepanjang 2013 ni, untuk diri sendiri khususnya, supaya nanti bila da tua, dah ade anak dan cucu, boleh lah nak kongsi-kongsi cerita sikit dengan diaorang semua :)

Pada awal tahun 2013, saya masih lagi di alam Tamhidi Syariah dan Undang-undang dan berada di semester terakhir. Sekitar bulan Mac, keputusan MUET November 2012 keluar dan saya mendapat band 3 masa tu, agak kecewa gak sebenarnya, sebab target band 4, tapi takpelah, Allah dah aturkan dan mungkin pengajaran untuk saya supaya lebih gigih lagi. Alhamdulillah walaupun Band 3, tapi masih lagi melayakkan saya untuk berada di Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang sekarang sebab ada sokongan result English SPM dapat A-.

Pada hari terakhir semester tamhidi, kami ada pergi Grand Dinner di Restoran Nelayan Titiwangsa di Gombak, pertama kali saya pergi Grand Dinner, jadi agak awkward laa pada mula nya, pastu dengan temanye smart and elegant, lagi laa tak reti.. Yelaaa, orang kampung kan.. mana pernah rasa bende-bende macam ni :3



 dan lepas tu, kami cuti selama 5 bulan rasanya, sampai lah 2 september 2013, agak lama kan? Sepanjang 5 bulan saya manfaatkan untuk melebarkan pipi, menggemukkan badan ! hahaha, dan tak lupa juga, Allah beri peluang pada saya dan rakan-rakan satu sekolah rendah kat SRABJB dulu untuk sambut hari guru di SRAB JB, sangat-sangat tak dilupakan,, memang bahagia yang teramat sangat sebab dapat tengok wajah-wajah murabbi yang dulu banyak berjasa pada kami tersenyum gembira dengan kehadiran kami :') juga tak dilupakan pada saat pengumuman result final exam semestar tamhidi keluar, sangat mengharukan sebab dapat pointer lebih daripada 3.7, alhamdulillah, tapi bila gabung CGPA, pointer jadi 3.29, sebab pointer masa sem 1 sangat lah teruk, bawah 3.00, takpela, nak menyesal pun takde gune kan ? Syukur sangat-sangat bila mana result permohonan degree keluar, saya dapat seperti mana yang saya harapkan :) Sepanjang cuti tu juga saya amik peluang untuk bekerja dengan Pejabat Qadi Pontian, amik pengalaman macam mana hidup kerja Kerajaan ni, duk pejabat 8jam, pehhhhh.. serious mengantuk :3 mungkin sebab tak biasa lagi kot. Kerja apa kat sana? kerja biasa-biasa je, isi data eNCR daripada sijil-sijil nikah daerah Pontian zaman atok-atok kita dulu ke dalam pangkalan data eNCR Johor. 1 sijil berupah 50sen, sikit ? Tapi sijilnya,, dekat 60k keping. hahahaha, total hasil gaji yang saya dapat sampai hari terakhir kerja ialah sekitar rm3.5k kalu x silap. Dapat lah buat beli Galaxy Grand Duos dan bayar yuran IPT cash.




Bermulanya bulan September, hinggalah sekarang, saya secara rasmi bergelar sebagai mahasiswa USIM tahun 1 sarjana muda syariah dan undang-undang. Banyak benda baru dan pengalaman baru yang saya peroleh, juga kenalan-kenalan baru dengan perangai-perangai yang rare dan aneh belaka :D yang pasti, mereka semua baik dan bijak belaka, terasa cemburu dengan kebolehan yang ada pada mereka. Saya dapat sebilik dengan orang Kedah, Perak dan Kelantan, haha.. memang 1Malaysia lah :) masing-masing dengan pe'el masing-masing, mula-mula tu memang amik masa nak sesuaikan diri, tapi Allah dah permudahkan segalanya, alhamdulillah, hubungan memang rapat, walaupun ada yang lagi tua, lepasan diploma, tapi kami masing saling menghormati, dan sampai sekarang, alhamdulillah, takde lagi perang dingin atau perang saudara berlaku antara kami ^^ Tapi tetap rindukan Saufi, Fathullah, Ahmad Nazirul Azri, Amirul Adli.. depa ni rakan serumah masa tamhidi dulu, ada yang ke Pandan Indah sambung Dentistry, ade juga yang tuka IPT, ade juga yang tuka kos. tapi tetap rindukah kalian, T_T Saya juga mula melibatkan diri dalam aktiviti komuniti. Macam-macam ah! sebab nak kenal masyarakat setempat, suka belajar dialek negeri masing-masing, tengok peradaban masing-masing, memang seronok! tak tipu. Kalu tak percaya, beranikan diri anda untuk sertai aktiviti komuniti anjuran pihak Universiti anda. tak rugi pongg jika anda sertai :D 







 Saya dapat sekelas BLB3 dengan mereka-mereka yang bijaksana, they are my rival! Rasa semangat sangat bila tengok depa belajar sungguh-sungguh, setia kawan, berjaya sama-sama, tutormate kaum hawa pun tak kurang hebatnya juga. Saling bertukar-tukar pandangan dengan pelajar laki, dan juga rajin membantu kami. hehehe :D Al-maklum, kelas campur gender kan ;) Ya Allah, syukur sangat, tak lupa juga rakan kuliah KLB1 dan juga jiran kuliah KLB2. Mereka memang superb ah, ibarat bintang-bintang di langit malam. cewahh.. ahahaha. Kelas saya memang 4orang je laki, dan kami berempat adalah anak bongsu, sebab tu sekepala ^^v




Tu je kot rentetan yang saya nak kongsikan sepanjang tahun 2013 ni, yang lain-lain tu biarlah bersemadi dalam ingatan ini. cewahhhh.. hahaha :D Selamat Tahun Baru kawan-kawan. Hah, lupa lak.. gambar-gambar ni cuma sebahagian je daripada rentetan hidup saya, ada banyak lagi sebenarnya, lain masa saya upload lagi. Wallahualam :)

Friday, October 18, 2013

Kisah Negara X dan Negara Y

Assalamualaikum,

"Alkisah, tersebutlah kisah.. Sang kancil berjalan-jalan bersama sultan Firaun.." "MANA FIRAUN PAKAI SULTAN~" "Entah~"

Negara X menawarkan tajaan biasiswa kepada Alif untuk melanjutkan pelajarannya ke Negara Y kerana Negara X ingin melihat sejauh mana keberkesanan pembelajaran di Negara Y. Tambahan lagi, Negara Y merupakan sebuah negara yang maju dan sistem pendidikannya bertaraf dunia, oleh sebab itu, banyak negara menghantar pelajar-pelajar mereka ke Negara Y demi mendapatkan ilmu di sana seterusnya dapat diadaptasi di negara sendiri.

Negara X: Negara kita sedang ke arah modenisasi di mana pelbagai teknologi dan kemajuan akan mula dirangka dan seterusnya akan mula dilaksanakan. Oleh itu, pihak kami akan menaja kamu untuk melanjutkan pembelajaran kamu ke salah sebuah negara yang terkenal dengan sistem pendidikan yang bertaraf dunia iaitu negara Y, dan kamu dikehendaki untuk mengambil seberapa maklumat yang berguna daripada negara Y dan kongsikannya pada negara kamu sendiri agar negara kita dapat mengadaptasikannya dan berdiri sama tinggi dengan negara Y.

Alif: .........
Setelah genap 6tahun menuntut ilmu di Negara Y, Alif pulang ke negara asalnya, Negara X dengan membawa segulung Ijazah Sarjana Muda dan juga segulung Ijazah yang diperoleh hasil titik peluhnya menimba ilmu di Negara Y. Selang beberapa minggu selepas kepulangannya ke Negara X, Alif mendapat 1 surat tawaran kerja daripada sebuah syarikat terkemuka di Negara X, Alif dikehendaki menghadiri sesi temuduga.

*semasa sesi temuduga*

Alif: Saya ingin mencadangkan penambahkan pada struktur bla bla bla..... bla bla bla.... bla bla bla....

Pegawai A: Apa yang kamu mengarut ni ?! Idea kamu tak boleh digunapakai!

Pegawai B: Kamu ingat ini Negara Y ?? Mentang-mentang 6tahun duduk kat Negara Y ada hati nak timbang-tara dengan Negara X.

Pegawai C: Nampaknya, awak gagal sesi temu duga ini, haraf maaf.

Alif: .......

Malangnya, hampir semua tawaran temuduga yang Alif dapat menemui kegagalan, kerana ideanya tidak diterima oleh para pegawai yang mengepalai sesi temuduga tersebut. Selang beberapa minggu kemudian, Alif mendapat 1 lagi surat tawaran temuduga yang datangnya daripada Syarikat XYZ iaitu syarikat terkemuka di Negara Y, dan Alif beranikan diri untuk menyahut cabaran menghadiri sesi temuduga di sana.

*semasa sesi temuduga*

Alif: As regarding to the current issue that tremendously happened in our life, I want to suggest some alternative to overcome this critical situation, and they are.. bla bla bla... bla bla bla...

Pegawai A: What a brilliant idea! Congratulation, you able to think beyond our perception !

Pegawai B: Astonishing ! I'm impress with you, and I'll make sure that you be able to join our company, because we need young generation people like you that can think out of the box, and come forward with an outstanding idea ! Bravo !!

Alif: Alhamdulillah *dalam hati* :)

Selang beberapa hari, Alif mendapat panggilan daripada Syarikat XYZ dan memberitahu Alif bahawa Alif layak untuk kerja di syarikat tersebut sebagai Pegawai Eksekutif Pemasaran. Alif ditawarkan sebiji rumah banglo 2tingkat, sebuah kereta Lamborghini Aventador LP 700–4 serba satu, untuk kegunaan harian beliau. Alif bersetuju untuk bekerja dengan Syarikat XYZ.

Bila ditanya, kenapa Alif setuju bekerja di Negara Y dan tidak berusaha lagi untuk mencari peluang pekerjaan di Negara X? Maka, berikut adalah jawapannya.

  1. Aku belajar tinggi-tinggi, dan mempunyai aras ilmu yang tinggi, dan aku nak kongsikan segala idea-idea baru pada negara aku sendiri agar negara aku dapat berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain, tapi ternyata, negara aku sendiri tak inginkan aku, mereka katakan idea-idea aku ini mengarut! Sedangkan idea-idea aku ini sangat berguna untuk negara aku sendiri. Untuk apa aku belajar tinggi-tinggi tapi dikesudahan, negara aku sendiri tak mahu terima ilmu-ilmu aku ?
  2. Aku balik dari oversea, semata-mata ingin berkhidmat di negara aku sendiri, tapi negara aku tak mampu menerima aku, aku terpaksa berhijrah ke negara lain yang sudi menerima aku, bilamana aku dah berkhidmat di negara itu, negara aku pula mencaci-maki aku mengatakan aku lupa pada negara aku sendiri! kenapa perlu hina aku sedangkan mereka sendiri tak mahukan aku ?
  3. Jika aku kerja di negara aku sendiri, adakah aku dihargai dengan memberikan pulangan yang setimpal dengan ilmu dan jasa aku ? Pulangannya langsung tak adil, yang miskin akan terus miskin, yang kaya akan terus kaya! sedangkan jika aku pergi ke negara lain, aku dilayan setimpal dengan ilmu dan jasa aku.
  4. Negara aku lebih suka menghukum berbanding memberi peluang kepada generasi aku untuk melontarkan idea-idea baru dan bernas, tidak seperti negara lain, mereka memberi peluang kepada generasi aku untuk melontarkan idea kami, dan jika terdapat kekurangan pada idea kami, mereka akan mencantikkan idea kami menggunakan pengalaman mereka.
 Nota Hati: Yusof Qardawi pernah menyatakan "Untuk melihat masa depan sesebuah negara itu, lihatlah muda-mudinya pada zaman sekarang." Persoalannya, macam mana jika muda-mudinya sangat hebat dan berintelek, tapi golongan veteran zaman sekarang menghalang dan menyekat suara dan pandangan mereka ? Adakah negara akan maju? Masa depan negara akan cerah ?

Thursday, April 25, 2013

Dibenci? Rilek sudaa ~~

Assalamualaikum,

Haa.. tengok gambar kat atas nih pun dah boleh sampai maksudnya kan? Benci benci dan terus membenci, ini lah lumrah hidup manusia. Pernah dibenci tanpa sebab-sebab yang nyata? kalau pernah, kita senasib ^^,

Ada seorang hamba Allah, dia sering memerhatikan A yang dibenci oleh sekelompok pelajar, beliau tidak memihak pada kelompok itu juga tidak menyebelahi pada orang yang dibenci itu, tapi apa yang menarik perhatiannya ialah walaupun hamba Allah ini dibenci oleh kelompok pelajar ini, tapi A ini tenang sentiasa dan langsung tak amik peduli akan apa yang dihamburkan oleh kelompok pelajar itu.

Pada suatu hari, hamba Allah ini tergerak nak tanya A, apa rahsia A kelihatan tenang dan senyum sentiasa walaupun setiap hari pasti akan ada kata-kata kesat yang dihamburkan kepadanya.

Hamba Allah: Weyh A, kenapa kau tenang je hah walaupun diaorang duk sebuk kutuk kau, aku tak nampak pun apa masalah kau sampai diaorang kata macam tu, aku tak nak pihak pada diaorang dan juga kau, sebab aku tak tahu kisah sebenar...

A: Ohhh, ada laa kisah lama, tapi pada aku, tu bukan penyebab untuk diaorang benci aku, sebab aku bukan buat sesuatu yang melanggar hukum syarak. Kenapa aku masih tenang? Sebab pada aku, biar lah diaorang duk kutuk aku, asalkan aku teruskan kehidupan, jika aku melayankan karenah diaorang, sampai bila pun aku tak maju, biar lah diaorang dengan dunia diaorang, duduk dalam kelompok itu..

Hamba Allah: Tapi geram pulak aku tengok diaorang nih, bila senang langsung tak nampak kau, kutuk-kutuk kau lagi, tapi bila susah, merangkak-rangkak cari kau, merayu minta tolong kau, puji kau bukan main lagi bila nak minta tolong kau,,

A: Alah, Rilek sudaa, biar jea diaorang tu, sebab pada aku, bila ada orang minta tolong, kita perlu tolong sebab pada aku, aku mesti tolong selagi aku mampu, sebab aku sayangkan kawan-kawan aku, walaupun diaorang benci aku.

Hamba Allah: Kau tak rase macam melepaskan anjing yang tersepit ke ?

A: Isshh, jangan kata diaorang tu anjing, kejam sangat tu.. Biar jelaa diaorang nak kata apa, kita jangan laa layan diaorang tu, makin dilayan nanti makin menjadi,, makin seronok pulak diaorang sebab kita bagi respon atas apa yang diaorang hamburkan, cuba kalau kita diam? Diam tu kan lagi bagus... Setan pun takde modal nak mengapi-apikan kita..
Hamba Allah: Eh A, kau tak jawab lagi soalan aku, Ape tips kau hah sampai kau leh jadi tenang gile bila orang sibuk duk maki-maki kau ?

A: Hehehee,, lupe pula, tips? takde tips pun, cuma aku selalu fikir positif tapi takdelah terlalu positif dan akan muhasabah diri aku dulu,, kenapa diaorang benci aku? ape sebab nya.. dan lain-lain.... Aku anggap bila ada yang membenci aku, pasti juga ada yang menyayangi aku sebab aku yakin Allah itu maha adil dan maha penyayang. Benci tu tanda kita ade nafsu, nafsu bila dihasut oleh setan, maka akan timbul rasa dengki dan iri hati, apa boleh buat, bila da setan masuk campur, kita diam jea, lama-lama setan takde modal punya~ Aku biar je diaorang kutuk aku, sebab pada aku kalau aku layan, aku takkan maju kedepan, malahan akan bersama diaorang yang mundur dibelakang, Aku ade juga tanya diaorang, kenapa diaorang benci aku, diaorang cakap, 'aku tak tau kenapa, aku cuma ikut ape yang orang lain kata' ade juga yang kata 'aku nyirap dengan kau' tapi bila aku tanya kenapa dia nyirap kat aku, dia diam, maknanya takde sebab.. pada aku, mereka benci aku tanpa sebab yang nyata dan pada aku, mereka tak matang. Jika mereka benci aku bersebab, dan jelas sebab itu bertentangan dengan syarak, maka aku cuba untuk ubah diri aku menjadi lebih baik dan dengan niat aku dapat keredhaan Allah bukan dengan niat nak nampak baik pada masyarakat. Tu antara tips aku lah..

Hamba Allah:  Waa, ringkas dan mudah je tips kau ni kan.. aku ingatkan kau ada pakai mentera pape ke...

A: aku ada baca gak beberapa doa, untuk tenangkan hati aku, aku amalkan bacaan surah al-insyirah(Al-Sharh), dan selawat tafrijiyyah, aku istiqamah dalam membaca dua amalan ini, jika kau nak ikut, ikut laa.. yang penting istiqamah... dan yang terakhir, aku nak ingatkan kau, jika kita dibenci, jangan laa kita benci orang yang membenci kita, kerana jika api dibalas dengan api, api itu akan menjadi makin marak,, sebaliknya, jika api dibalas dengan air/debu kering/bomba, maka api itu akan terpadam dengan izin-Nya...



Hadis Sahih Muslim : 4641
Hadis Anas bin Malik r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki dan sindir-menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya.
Nota Hati: Setan, jika dilayan makin lama makin menjadi, jika kita tak layan maka takkan menjadi laa dia~~ betol tak ? ;)

Tuesday, March 05, 2013

pro dan kontra perkahwinan muda



Assalamualaikum, mengenai topik saya, 'pro dan kontra perkahwinan muda' jadi, saya akan memberitahu anda semua tentang apa yang saya dapat semasa penyelidikan saya.

Abdullah bin Mas'ud telah berkata: "Ketika kami masih muda, kami telah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami tidak mempunyai apa-apa harta, Rasulullah berkata kepada kami:" Wahai orang muda! Jika anda mampu untuk berkahwin, maka  berkahwinlah, kerana perkahwinan itu akan melindungi pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin maka hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu adalah perisai baginya. "(Riwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim)
 Memang tak dapat di nafikan bahawa perkahwinan muda adalah salah satu sunnah nabi kita. Apabila ia adalah sunnah, maka ia jelas terdiri jenis banyak kebaikan. Saya ingin menekankan pada hukum berkahwin 'sunat' yang bermaksud 'bagi mereka yang mampu dalam pelbagai aspek '. Apa yang saya mahu katakan di sini adalah 'mampu', ada yang mampu untuk berkahwin pada usia muda, dan ada yang tidak mampu. Setiap orang mempunyai keupayaan yang berbeza, dan seperti yang kita boleh lihat, kebolehan yang berbeza yang dimiliki oleh wanita dan lelaki, menghasilkan pro dan kontra untuk perkahwinan muda.

Saya akan mula pandangan saya dengan pandangan kontra ':

Kematangan: Bagi mereka, ia adalah terlalu muda untuk berfikir tentang tanggungjawab yang akan mereka akan hadapi apabila mereka berkahwin dan umur mereka tidak layak untuk berkahwin kerana terlalu muda. Mereka takut apabila berlaku sesuatu di luar jangkaan mereka, mereka tidak dapat mencari cara yang betul untuk menyelesaikan masalah tersebut. Apabila berlaku beberapa konflik, mereka tidak dapat mencari penyelesaian yang betul untuk mengatasi konflik, dan jika mereka gagal, masalah yang serius akan berlaku dan tidak mustahil masalah penceraian akan berlaku. Menurut statistik yang direkodkan oleh Pejabat Qadi Pontian menunjukkan bahawa sejumlah 111 kes yang melibatkan perceraian dari umur 16 hingga 25 tahun sahaja pada tahun 2010-2012.

Kerjaya dan pendidikan: Pada mereka, pendidikan adalah keutamaan bagi remaja. Tanpa pendidikan mereka tidak akan mampu untuk mendapatkan kerjaya yang baik dan mendapat pulangan yang tinggi, dan jika mereka berkahwin awal, mereka takut bahawa mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada pengajian mereka kerana sudah ada beban tanggungjawab untuk menanggung isteri mereka, dan menjaga suami mereka. Tambahan pula, tidak semua orang mampu untuk mengejar dan mengawal dua perkara besar (perkahwinan dan pendidikan) pada masa yang sama.

Kewangan: Mereka berfikir bahawa jika sudah berkahwin, maka mereka mempunyai tanggungjawab untuk memberikan nafkah kepada isteri sedangkan mereka tidak mempunyai apa-apa kerjaya ketika di alam pendidikan. Jadi, bila tiada kerjaya, maka mereka merasakan mereka tidak mempunyai apa-apa kapasiti kewangan untuk menjalankan tanggungjawab mereka, walaupun ibu bapa mereka masih boleh membantu mereka untuk beberapa tempoh masa, tetapi bagi mereka ia adalah lebih baik mereka meletakkan usaha mereka sendiri untuk menyokong pasangan mereka .

Tanggungjawab: Ini adalah tentang sejauh mana kita mampu untuk memenuhi tanggungjawab suami dan isteri. Adakah kita berani untuk mengorbankan zaman belia kita hanya untuk memberi komitmen kepada keluarga? Adakah kita mampu atau tidak, bersedia atau tidak untuk menjadi contoh tauladan kepada isteri kita, untuk memberi keperluan isteri? Adakah isteri benar-benar dapat memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang isteri? Berkahwin bukan sahaja yang berkaitan dengan suami dan isteri, tetapi sebenarnya berkaitan dengan kedua-dua keluarga juga.
pada pandangan pro:

Sosial: Kebanyakan remaja berfikir dengan perkahwinan awal dapat mengatasi banyak masalah sosial, seperti pergaulan bebas lelaki dan wanita. Jabatan Qadi Pontian merekodkan sejumlah 803 pasangan remaja sekitar umur 16-25 tahun berkahwin pada tahun2010-2012. Untuk maklumat baru bagi orang-orang yang tidak tahu, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia telah melaporkan bahawa 300,000 anak luar nikah dilahirkan kira-kira 10 tahun di Malaysia. Ini juga merupakan salah satu alternatif yang dicadangkan oleh ulama kontemporari, Syekh Yusuf Al-Qaradawi untuk membendung masalah sosial daripada melambung. Nabi berkata: "Siapa di antara remaja yang berkahwin pada usia muda, ia akan membuatkan syaitan menangis Dan dia (syaitan) mengeluh," celakalah aku, agama mereka telah menyelamatkan mereka dari godaan aku "Hadis riwayat Ibn 'Addi. .

Faktor Biologi: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyatakan bahawa statistik menunjukkan peningkatan umur wanita individu akan menyebabkan lebih tinggi peluang untuk mendapatkan trisomi 21. Apakah Trisomi 21? Trisomi 21 dalam perkataan yang lebih mudah boleh digambarkan sebagai Gangguan genetik yang merupakan antara punca utama kanak-kanak yang dilahirkan dengan ketidakupayaan, yang dikenali sebagai sindrom down. Jadi, salah satu penyelesaian untuk mencegah kelahiran kanak-kanak kurang upaya adalah dengan berkahwin awal. Ini adalah kerana ketika muda, sperma dan ovum adalah lebih aktif, otot rahim masih kukuh untuk menyokong berat embrio. Seorang wanita pada usia 40 tahun tidak sesuai untuk mengandung kerana otot di ovari semakin lemah. Begitu juga dengan lelaki, apabila usia mereka semakin meningkat, kualiti sperma atau DNA mereka akan berkurangan dan ia tidak sama seperti apabila mereka pada usia muda.

Di samping itu, ketika seorang perempuan lahir, Allah telah membekalkan pada mereka kira-kira 2 juta sel-sel yang mana merupakan peringkat sebelum pembentukan kepada ovum, tetapi hanya kira-kira 450 sel yang akan membentuk ovum. 2  ovum akan keluar apabila seorang wanita yang mempunyai kitaran haid, ini akan menyebabkan bilangan ovum yang asalnya 450 akan terus berkurangan dan menyebabkan tempoh menopaus menjadi cepat, sekitar 40-50 tahun. Dengan perkahwinan awal, tempoh untuk menopaus akan lama, kerana setiap kali mengandung wanita, haid akan berhenti selama 9 bulan 10 hari, dan boleh menjimatkan sehingga 18 ovum dari terbazir melalui kitaran yang haid biasa, dan biasanya ibu akan melahirkan  4 orang anak, ini bermakna perkahwinan awal mampu untuk menyelamatkan 72 ovum. Apabila ovum masih banyak dalam ovari, maka tempoh untuk menopaus lama dan wanita itu masih dapat melahirkan anak banyak kali. Ingat, Nabi kita suka keluarga yang ramai anak. Ini adalah sebab-sebab mengapa mereka bersetuju dengan perkahwinan awal.

Faktor Psikologi: Mengapa tidak pasangan muda berkahwin menjadikan pasangan mereka sebagai sumber inspirasi dalam pengajian mereka dan sebagai pemangkin semangat jika pasangan mereka gagal dalam pengajian. Menurut fakta-fakta psikologi, jika kita mempunyai sumber inspirasi yang sentiasa dengan kita pada masa-masa yang senang dan susah, kita akan menjadi lebih bersemangat dan integriti  dalam melakukan sesuatu kerana kita percaya bahawa terdapat orang yang sentiasa berada di belakang kita. Itulah sebabnya kita sering membaca di akhbar atau majalah atau blog, pasangan suami isteri muda mendapatkan cemerlang dalam peperiksaan.

Sikap: Seperti apa yang kita boleh lihat, tidak semua manusia boleh menguruskan keperluan asas mereka dengan cemerlang, itulah sebabnya mereka memerlukan seseorang yang boleh menjaga kehidupan mereka dan saya percaya, melalui perkahwinan, wanita dapat mengubah sikap suaminya sendiri dengan lebih baik. Lelaki adalah cemerkap, selekeh, pemarah dan lain-lain ketika mereka masih bujang. Sementara itu, wanita secara semulajadi suka untuk menjadi kemas. Jadi apabila lelaki dan wanita berkahwin, mereka akan bekerjasama untuk memperbaik gaya hidup mereka, sebagai contoh, jika mereka mahu pergi untuk majlis tertentu , isteri akan mencadangkan pakaian yang sesuai untuk suami, jadi, suami akan kelihatan lebih bergaya dan tanpan seperti lelaki lain. Itulah sebabnya kita sentiasa mendengar 'isteri adalah perunding dan penasihat fesyen terbaik untuk suami'. Seperti apa yang dikatakan oleh Barack Obama, "Orang yang selalu bersama saya adalah isteri saya dan keluarga saya, mereka sentiasa berdiri di sebelah saya dan bukan di belakang saya, dan hakikatnya, lelaki tidak punyai apa-apa tanpa isteri dan keluarga".

Segala apa berlaku di dunia ini adalah seperti sekeping syiling yang mempunyai 2 bahagian 'kepala' dan 'ekor', apabila kita putarkan nya, kita tidak boleh agak apa yang kita akan dapat, sama ada 'kepala' atau ' ekor '. Sama seperti dalam kehidupan kita, segala-galanya yang berlaku mempunyai pro dan kontra tersendiri. Jadi, Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada untuk menjadi pro atau kontra, pilihan di tangan kita.

Nota Hati: bukan kita nak tolak sunnah, nanti ade pulak yang melabelkan kita nih kafir sebab tolak sunnah Nabi, tapi ingat juga.. Kahwin nih sunat pada yang dah mampu dalam pelbagai aspek, harus(hukum asal) jika sudah ade keinginan untuk berkahwin. Jangan keliru.

Thursday, December 20, 2012

suke tunding jari ? kerat jari tu baru tau !

Assalamualaikum.


"Alaaa ! Laki semua sama ! suka mainkan perasaan perempuan ! pantang nampak perempuan cantik, mesti nak goda ! nafsu langsung tak leh nak kawal ke ?!"

aduhh, kejam nye pengadilan kamu wahai Hawa, kenapa tunding jari terus-menerus kepada lelaki ??

'Lelaki semua sama !" yaa, saya setuju, kami memang semuanya sama, fizikal kami sama, kami ada 9 akal 1 nafsu, kami menjadi pemimpin, kami menjadi suami, kami menjadi imam, aurat kami dari pusat sehingga ke lutut dan banyak lagi, kami memang sama,, dan yang paling utama, KAMI IALAH MAKHLUK ALLAH, itu persamaan yang takkan sesiapa pun dapat nafikan.

'Nafsu langsung tak leh nak kawal ke ?!" yaa. saya akui, masalah utama bagi lelaki ialah nafsu, kami hanya ada 1 nafsu, tak seperti kamu yang ada 9 nafsu, sebab tu lelaki bila nampak perempuan seksi, yang pakai kopiah pun boleh terangkat kopiah nya.. yang berjalan pun boleh ter-'cium' tiang lampu jalan.. #jangan laa seksa kami dengan keseksian mu itu T_T

Persoalannya, kenapa mesti laki yang dipersalahkan ?? kenapa mesti nak tunding pada 1 pihak je ?? sedar tak ? bila kita tunding jari kat orang lain, 4 jari akan tunding kat kita semula..

tak caya ? cuba kita tunding ibu jari kita kat dinding,, 4 jari lain akan tunding kat kita balik.. kan ? kalau tunding pakai jari telunjuk, 3 jari akan tunding kat kita balik... kan ?? 1 kita tunjuk kat orang, 3 atau 4 jari akan tunjuk kat diri kita semula, hikmahnya, kita kena fikir diri kita dahulu.. tengok balik diri kita...


cuba kita tengok balik diri kita:

lelaki:

cinta lelaki memang terletak pada mata, oleh itu, jika rasa tak mampu nak kawal nafsu bila ternampak perempuan, tundukkan la pandangan ketika bertembung dengan hawa.. jika bimbang iman goyah apabila adanya ajnabi, maka jauh kan laa, jaga lah ikhtilat sesama kita.

perempuan:

jika tak mahu lelaki pandang kamu dengan pandangan nafsu dan bukannya pandangan hormat,maka, berusahalah untuk menutup aurat dengan sempurna.. kerana setiap yang ada pada kamu itu adalah fitnah, Imam Syafie pernah berkata "Setiap anggota badan perempuan itu adalah fitnah" Jika tak mahu di kecewakan, kenapa kamu melayan lelaki ? kerana lelaki pantang dilayan, kenapa murahkan nilai hati kamu ? senang-senang serahkan 'mahkota' pada yang belum halal untuk kamu ?

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. Surah An-Nur: 31
berhentilah daripada salahkan orang lain, sedangkan punca masalah tersebut datang daripada diri kita sendiri, jangan laa mudah nak tunding jari kat orang lain.. sebaiknya, kita muhasabah diri kita ini dahulu, mungkin sesuatu itu terjadi berpunca daripada diri kita sendiri, sebab tu antara adab sebelum tidur ialah muhasabah diri tentang kehidupan seharian yang kita dah lakukan, yang mana baik kita teruskan dan pertingkatkan, mana yang buruk kita jauhkan dan tinggalkan.

Nota Hati: Bukanlah tujuan post ini untuk menjatuhkan maruah sesiapa, tiada sebarang niat pun, cuma niat dihati untuk membuka minda semua makhluk yang baca post ini, agar kurangkan dan seterusnya lenyapkan budaya dan amalan tunding jari kat orang lain. wallahu'alam :)

special guest :)