Showing posts with label rentetan peristiwa. Show all posts
Showing posts with label rentetan peristiwa. Show all posts

Saturday, August 24, 2013

Alhamdulillah, I pass !

Assalamualaikum,

Semalam 23/08/2013, ada ujian JPJ setelah tamat sesi latihan memandu selama 9hari bersamaan 1jam sehari. Sejujurnya saya langsung tak pernah memandu kereta-kereta yang ada kat depan rumah tu, walaupun semuanya gear auto -.-

Ingatkan susah sangat ujian nya, rupanya.. indah khabar dari rupa, takde lah susah seperti yang disangkakan ^.^v

#post ini bukan nak mengajar memandu, tapi cuma nak kongsi pengalaman masa ujian sahaja, tentang memandu tu boleh belajar daripada tenaga pengajar ^^
Mulanya dikumpulkan dikaunter pendaftaran, serahkan lesen L kita di kaunter dan akan diberi giliran. Saya dapat no 10 dan merupakan lelaki terakhir -.- daripada no 1 ~ 10 semua lelaki, 11 ke atas dah lain jantina. Kemudian, saya dan yang lain-lain dibawa ke tempat ujian dengan menaiki viva yang disediakan, kami dikumpulkan di pondok berdekatan bukit kerana ujian akan bermula disitu seterus parking dan terakhir untuk ujian dalam litar iaitu 3 penjuru.

Bukit.
Bukit nilah yang paling ditakuti ramai, bukan ape, takut kebelakang keretanya.. Pada aku, tak susah pun kalau kita buat semuanya dalam keadaan tenang. mudah je, masa nak naik bukit, jangan tekan minyak sangat, kasi naik sampai 2 atau 2.5 je. bukan ape, kalau laju sangat takut tak sempat nak brek masa atas tayar depan atas lain kuning tu. Keadaan tayar yang terbaik ialah seperti yang tertera digambar di atas, kenapa? kerana andai kata kereta terundur ke belakang, selagi tayar depan tak terkeluar dari petak kuning, kita belum dikira batal, dan masih ada masa untuk tarik balik handbrek. Alhamdulillah, saya lepas ujian ini dengan jayanya. ^.^v

Parking.
Selepas menuruni bukit, akan disusuli pula dengan ujian parking, masa ni memang rileks jelaa sebab tak susah pun, cuma kena pandai agak lah masa nak undurkan kereta tuh. Ujian nih pun kacang jea ^.^v

3 Penjuru.
Masa sesi latihan bersama cikgu saya, puas saya kena marah sebab lambat sangat pusing stereng dan pandu laju -.- tapi alhamdulillah masa ujian semalam, pandu memang perlahan dan tangan memang ligat la nak pusing stereng tu =.= kalu lambat memang cium tiang laa jawabnya. Berlaku sedikit kesukaran ketika itu dimana saya terlebih serong ke kanan, jadi masa nak undur tu tak boleh pusing stereng arah kiri sampai habis, sebab takut sisi kereta langgar tiang kanan, jadinya pandu sambil kawal stereng agak-agak dah nak kene tu terus tegakkan stereng bila dah lepas terus pusing stereng balik arah kiri sampai habis kemudian brek ! hahaha. tengok belakang, sikit lagi tayar belakang nak jejak garisan putih -.- kemudian pusing habis arah kanan tukar gear 1 gerak macam biasa. Alhamdulillah ujian litar lepas dengan jaya nya ^.^v

Jalan Raya.
Ujian terakhir ini pun lepas sebenarnya ^.^ mulanya dia ada tentukan ikut jalan mana, kalu kat tempat saya ada 2 jalan A dan B, giliran saya diberi jalan A, tapi bila dah masuk kereta, uncle JPJ tu cakap "kita buat jalan dekat dan mudah" Ohh my, senyum sampai ke telinga saya masa tuh. hahaha! Pandu jela ikut arah dia, sampai dia kata "buka signal kanan", dalam hati "aik ?? bia betik, dekat beno ni -.-" kemudian uncle tu cakap "oke, awak da masuk lorong ni, sekarang pandai-pandai awak lah nak kuar balik macam mana, nak U-turn ke..nak 3 penjuru ke.. yang penting dapat keluar semula". wahhhh! hahaha. kalu nak U-turn memang tak sempat dah, jadi buat laa 3 Penjuru. dan lepas ~ huhu. tengok markah dapat 17/20 =.= kesalahan 1. lambat bukak signal, 2. lambat tuka gear, 3. lambat tekan brek. mak aihh, semuanya lambat, takpela, yang penting LULUS alhamdulillah ^^

**apa yang saya lihat, tenaga pengajar lebih risau berbanding pelajar itu sendiri, mungkin lulus/kandas seseorang pelajar dibawah latihannya itu mempengaruhi kredibiliti dan prestasi tenaga pengajar itu sendiri. Mungkin kalu jatuh, mungkin permit kene tarik kot. MUNGKIN laa.. ini andaian saya saje. Don't take so serious ;)**

Nota Hati: Saya seorang yang 'zero' tak tahu apa-apa tentang memandu, dan kini telah lepas segala ujian itu dengan jayanya, sepanjang ujian, saya tenangkan fikiran saya dan biar kosong tak fikir apa-apa yang negatif kerana saya teringat akan pesanan ustaz saya "ketenangan adalah kemenangan pertama" ^.^v

Sunday, January 27, 2013

pelajar universiti pencetus provokasi ??

Assalamualaikum.

Tajuk dah macam nak berpolitik kan ? Jangan risau, saya tak berpihak pada mana-mana parti pun, Bendera Hijau atau Bendera Biru ? saya di tengah-tengah. Saya belum nampak lagi, mana yang saya patut pilih sebagai pemimpin untuk negara saya ini pada masa hadapan yang 1000x lebih mencabar daripada sekarang.

*tapi zim, pilih pemimpin tu wajib ?!

Yes, memang wajib, berdasarkan daripada potongan ayat Surah An-Nisa ayat 58~61. Tapi, kalau dah sesama Islam pun saling menjatuhkan, saling mengkafirkan, mana satu yang patut dipilih nih ?? Dua-dua lebih kurang jea -_-"

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. [An-Nisaa': 58]
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur'an) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [An-Nisaa': 59]
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Qur'an yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. [An-Nisaa': 60]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Qur'an yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu." [An-Nisaa': 61]
Ayat 58 adalah perintah dari Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya supaya memilih dan menyerahkan amanah sebagai pemimpin kepada orang yang betul-betul layak dan pemimpin tersebut wajib menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh sifat keadilan kepada semua manusia yang di bawah kepimpinannya.

Ayat 59 pula adalah perintah Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang beriman supaya mentaati-Nya, mentaati Rasul-Nya dan taat kepada pemimpin yang telah dipilih. Walaubagaimanapun, Allah SWT memerintahkan agar semua pihak agar kembali merujuk kepada perintah Allah SWT sebagaimana yang terkandung dalam Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sekiranya terdapat sebarang pertikaian dan perbalahan sesama sendiri.

Ayat 60 pula adalah penjelasan dari Allah SWT bahawa orang-orang termasuk dari kalangan pemimpin yang dilantik, yang mengaku beriman kepada Al-Qur'an tetapi tidak mahu menjalankan amanah dan hukum (undang-undang) dengan merujuk kepada Al-Qur'an tetapi sebaliknya lebih gemar menggunakan hukum (undang-undang) taghut adalah tergolong dalam golongan orang-orang munafik dan mereka akan semakin jauh disesatkan oleh Syaitan laknatullah

Ayat 61 pula adalah penjelasan Allah SWT, bahawa golongan munafik ini apabila diseru dan dan di minta supaya berhakim dengan hukum (undang-undang) Allah SWT dan Sunnah Rasulullah s.a.w., mereka ini bukan sahaja enggan dan menolak bahkan sebaliknya berusaha pula dengan bersungguh-sungguh supaya orang lain ikut menentang perlaksanaan hukum Allah SWT serta Sunnah Rasulullah s.a.w.
Berbalik semula kepada tajuk utama, kepada mereka yang masih ingat tentang isu fenomena 'listen' yang mana di bawa oleh seorang insan yang mempunyai ilmu tahap O' level, tak perlu lah saya nyatakan namanya, beliau menyatakan 1 frasa ayat yang sangat mendalam pada saya yang mendengar, walaupun hanya melalui youtube,

"setuju tak kalau saya kata yang beliau ini cuba untuk mencetuskan provokasi ?"
"setuju......."

Provokasi ? Kenapa pula pelajar tu yang dituduh sedemikian ? sedangkan pelajar tersebut membongkar fakta yang orang lain masih kabur, menunjukkan kebenaran tapi dikatakan sebagai pencetus provokasi.

Sekarang, sinonim masyarakat melabelkan, provokasi mesti berkait rapat dengan pelajar universiti. tapi kenapa pula ?? Apa salah kami ?? Kami sebagai rakyat wajib betulkan apa yang selama ini salah, niat kami hanya menuntut kebenaran yang disembunyikan dan kami cuma membetulkan semula apa yang telah dipesongkan.

Tahun lepas, isu hudud. Sampaikan bekas pemimpin sendiri salah paham pasal hudud, kata hudud hukum rekaan ulaama, takde pun dalam quran. *takpelah, mungkin pemimpin tu hebat berpidato tapi lemah bidang agama~ Hilal Asyraf bangkit sebagai pelajar, berani membidas kenyataan tersebut, kerana ingin menegakkan kebenaran, menyatakan apa perkara yang sebenar. Buktikan bahawa hudud itu hukum Allah dan bukannya rekaan ulama. Bekas pemimpin tu juga menyatakan bahawa jika hudud dijalankan, maka ramai laa yang makan sup tangan. *nampak sangat lah orang melayu ni suka mencuri, logik tak ? -_-"

Kepada masyarakat di luar sana, kepada yang fanatik terhadap parti sokongan masing-masing, yang mendabik dada menyatakan kenyataan daripada pemimpin parti tersebut, tiba-tiba ada pula pelajar universiti membidas dengan cara yang berhemah dan diselitkan dengan hujah yang datangnya dari Al-Quran, dalil tafsili, fakta sejarah, dan lain-lain, jangan dengan mudah kamu semua melabelkan insan tersebut sebagai pencetus provokasi.

Kalau berterusan macam ni, memang ramai laa pelajar universiti bergelar 'pencetus provokasi' sedangkan golongan ini nak tegakkan kebenaran. Kami belajar dan kami ada ilmu, tak salah kalau kami kongsikan kepada kamu semua kan ? Adapun ilmu kami ni cuma sikit, tapi yang sikit boleh jadi banyak jika ianya sangat bermanfaat, kami berhujah dengan menggunakan ilmu yang kami ada.

PROVOKASI ? 
~ Bukan itu yang kami mahukan ~

*okelah, aku tak nak ulas panjang, kang tak pasal-pasal dapat label 'blog provokasi' pulak kan... Lagi sekali saya nak ulang, bahawa SAYA NATURAL DAN TAK BERPIHAK PADA MANA-MANA BENDERA PUN

Nota Hati: Buka lah minda, buka lah hati, terimalah kenyataan bahawa kami bukan pencetus provokasi, dan tak berniat nak timbul provokasi,, yang HAK tetap HAK, yang BATIL tetap BATIL. Burung kat Malaysia tak bunyi macam tu ~ *oke, takde kaitan XD

Friday, November 02, 2012

barakah ? kat mane tuu ..

Assalamualaikum..


Sepanjang carrier sebagai seorang pelajar sekolah menengah selama 5 tahun di sekolah yang sama, saya dan pelajar-pelajar yang lain selalu ditarbiyah bahawa JANTUNG bagi sekolah kami ialah SURAU.

Sejak di tingkatan 1 lagi, abang-abang(senior) wajibkan kami untuk solat berjemaah di surau, tak kira lah, bangun awal ke lambat. kadang2 ade gak solat kat dorm. hehe.. Walaupun ade terselit perasaan malas nak jalan jauh, tapi nak tak nak pergi jelaa... Sampailah ketika saya di tingkatan 3, baru lah saya tahu kenapa perlu solat jemaah kat surau.

rentetan 1.

Pada waktu antara maghrib dan isyak, ade sesi kuliah maghrib bersama ketua warden, beliau menyatakan, "jantung sekolah nih ialah surau" mulanya saya terfikir, dalam banyak-banyak bangunan kat sekolah nih, nape mesti surau ?? lepas tu beliau menyambung, "kerana surau ialah rumah Allah, tempat yang mempunyai banyak barakah,, jika kamu semua gagal jaga 'jantung' ni dengan baik, maka tiada lagi istilah 'bumi barakah' "

rentetan 2.

Usai sesi usrah, selaku naqib, saya akan membuat 1 kesimpulan tetang ape yang di sampaikan dalam sesi usrah. Kebetulan waktu tajuk usrah ialah "mencari keberkatan Allah" , jadi saya cuma menyampaikan ape yang terlintas di fikiran, secara spontan. sebab tak jangka ade usrah pada malam itu. Semasa membuat kesimpulan, tetiba sahabat yang ade dalam usrah tu ingin berkongsi ilmu dengan menyatakan,

"aku pernah hadiri sesi taklim kat kampung atok aku, kat dalam majlis tu, aku dapat ilmu baru iaitu, bila kita pergi ke 1 tempat, perkara pertama yang perlu kita buat ialah cari 'rumah Allah'.. jika sudah jumpa, kita tengok lak dalamnya, adakah di 'meriahkan' atau hanya sekadar nama sahaja ? Jika di 'meriahkan' dengan pelbagai aktiviti rohani, maka tempat itu ada barakahnya.."

*sebenarnya ade banyak lagi kenangan yang bermakna yang ingin dikongsi, tapi cukuplah sekadar 2 :)


apa yang saya ingin sampaikan pada kali ini ialah, jadikan 'rumah allah' itu sebagai jantung di kawasan tempat yang kita tinggal, jika kita berjaya 'hidupkan jantung' tu, maka kita akan dapat rasai nikmat barakah daripada Allah sebagai 'upah/gaji' kita kerana telah memakmurkan rumah Allah.

Jantung hanyalah analogi kepada rumah Allah untuk menunjukkan bertapa pentingnya rumah Allah nih untuk kita menjaga dan memakmurkannya :)

Nota Hati: Dalam badan kita ade organ dalaman yang utama, iaitu JANTUNG, macam mana jika JANTUNG kita mati ? Kita pun akan mati sekali kan ?


Tuesday, November 08, 2011

situasi yang mengajar aku !

Assalamualaikum.

situasi 1: (hari terbuka:0 4/11/2011)
Hazim, ayah nak keputusan SPM Hazim nanti, Hazim bagi ayah 2x ganda jumlah A, boleh ??
situasi 2: (SMAKJ+MAK+SMAPR: Ila Najjah English)
Hazim, aku tau kau nih budak pandai, dah bertahun aku ngan budak-budak nih berjuang dengan kau, pada kitaorang kau bukannya lemah ! Kalahkan kitaorang tau ! Walaupun kita dah tak satu sekolah macam masa kat SRAB JB dulu, tapi kita tetap kawan dan tetap bersama untuk capai kejayaan !
situasi 3: (kelas add mathe: dewan makan)
"Hazim, takkanlah kau nak main-main lagi ? Budak nih bersungguh-sungguh ajar kau... Dia nak kau berjaya gak dalam add mathe." "Sampai bila aku mengharapkan pertolongan daripada dia ? SPM nanti tak siapa yang akan tolong aku melainkan Allah dan diri aku sendiri."
situasi 4: (cabaran si pencabar)
Saya mencabar seseorang untuk bersaing dengan saya dalam SPM, memang itu cara saya belajar. Saya perlukan pesaing yang menaikkan semangat saya, kerna saya tak suka kalah ! Tapi, malangnya, saya telah kalah dalam trial SPM !
situasi 5: (waltu prep petang: hadapan bilik guru)
"Hazim, sini kejap ! Hazim, kenapa Add mthe paper 1 kau teruk sangat ?? Pada saya, awak tak layak dapat keputusan yang seteruk nih ! Nape ? Otak awak masuk air ea masa jawab soalan add mathe ?? Cara awak belajar dalam kelas meyakinkan saya yang awak ada potensi untuk dapat A.. Buktikan Hazim !
Ini adalah antara situasi yang saya hadapi selepas keputusan trial diumumkan.. 1A4A-1B+1B1E2G. 2G inilah yang mengubah segalanya ! Dua subjek yang saya lemah... Tapi sekarang saya dah perbaikinya... Keputusan trial ini pada saya belum dapat membanggakan sesiapa pun ! Masih lemah ! Saya seakan mahu mengalirkan air mata masa tengok keputusan ini.. "Ini je ke yang mampu aku buat ?!" persoalan yang sering bermain dalam benak saya.

Kebelakangan ini, kawan-kawan banyak berikan sokongan moral kepada saya, mereka mengajarkan saya tentang perkara-perkara yang saya lemah. Kesungguhan mereka membuatkan saya terharu.. "Kawan, semoga Allah makbulkan hajat kamu.."




Memang benar kata ustaz di sekolah saya, "kalau nak berjaya, mesti bersatu hati." . memang betul, kalau masing-masing dengan sifat annaniyah(keakuan) masing-masing, kejayaan tak kan datang malah malu untuk datang kepada kita. Jika kita mengajar, kita akan bertambah faham, jika kita berlajar, kita akan menambah pengetahuan.
Doakan kejayaan saya, kepada sesiapa yang ada sakit hati dengan kata-kata saya. Saya mohon diampunkan. Kepada sesiapa yang berkongsi ilmu dengan saya. Mohon dihalalkan ilmu tersebut. Kepada sesiapa yang berkongsi makanan dan minuman dengan saya. Mohon dihalalkan. dan bermacam-macam lagi, Semoga saya berjaya mengejar misi 10A !!

Wednesday, June 01, 2011

adi putra ??


haaa .. kenapa tajuk entri saya pada malam ini .. bertajuk "adi putra" ?? haa ,, jangan terkejut kalau saya beritahu bahawa Adi Putra b. Abd Ghani ini telah menjejakkan kakinya di SMAKJ pada 14/05/2011 yang lalu bersama hari Sabtu(hari outing) haha ,, nasib baik dia ada sampai waktu tengahari saje ,, kalau sampai ke petang ? tak tahu laa nak cakap apa ..

- ini lah Adi Putra b. Abd Ghani -

apa yang menyebabkan saya kagum dengan budak ini ialah beliau punya kemahiran mengira dan mencongak dalam masa yang singkat ,, pada mulanya saya seakan tak percaya ,, tapi bila dah depan mata kepala saya sendiri barulah saya percaya, seawal umur 3 tahun, beliau sudah mempunyai visi dan misi hidup, seawal umur 12 tahun, beliau telah menjelajah seluruh dunia, banyak formula asli daripadanya telah diterima pakai oleh seluruh dunia dan ada sesetengah pihak sanggup membeli formulanya dengan jutaan ringgit ,,

formula-formula yang beliau hasilkan adalah melalui ilham ataupun melalui mimpi beliau dan yang akan merekodkan setiap formula beliau ialah bapa beliau sendiri,, apa yang saya tahu, budak ini menyukai dua perkara iaitu, kompang dan seni khat ,, oleh itu, cikgu telah meminta saya mengahasilkan 1 khat khas untuk beliau ,, haaa .. gambarnya akan saya tunjukkan di akhir entri ini ..





walaupun beliau baru berumur 12 tahun, namun ,, pemikiran beliau matang ,, alaaa.. biasalah.. selalu bergaul dengan orang dewasa, secara tak langsung, pemikiran juga akan menjadi lebih matang ,, uniknya, beliau boleh berikan pendapat dan penyelesaian yang memberangsangkan kepada golongan dewasa .. memang hebat ..

beliau banyak memberikan kami contoh-contoh jalan penyelesaian matematik dengan menggunakan formula ciptaannya,, dan kebainyakan formulanya berkesan , alaaa tak heran arr .. kata profesor matematik.. tak heran arrr ... kalau kalian nak tahu, beliau menjadi guru kepada anak YDPA kita, dan gaji beliau ialah RM6 000 untuk setiap 2 jam ,, pergghhhh ! kalah gaji orang pentadbiran kerajaan .. haha ! dan yang terbaru, sultan Brunai ingin menjadikan beliau sebagai anak angkatnya .. fuiiiyyyoooo,, masyuk bebbbb !

- Adi bersama pengetua -

pada pengakhiran majlis ,, beliau menunjukkan 1 lagi kebolehannya,, beliau hanya mengambil masa 30 saat sahaja untuk menghafal 100 nombor yang berlainan, dalam masa 30 saat itu, saya hanya mampu menhafal 20 nombor sahaja =.="" .. hmm ,, kemudian, beliau menyebutnya, tanpa memandang belakang, dan siap sebutkan dalam keadaan inverse ue,
sebagai penutup, pihak sekolah menyampaikan cenderahati berbentuk plak dan khat kepada beliau,, haaa.. khat yang saya hasilkan untuk beliau ue ,, ramai yang cakap khat tuh cantik ,, saya pun rasa puas bila tengok hasilnya,, walaupun dihasilkan dalam keadaan segera,, tapi hasilnya begitu memuaskan ..

- saya bergambar dengan Adi -

Tuesday, May 31, 2011

16 Mei


siapa tak tahu tarikh 16 mei ini khususan untuk siapa, sila angkat ketiak ! ;) ,,, haaa ,, rasenya setiap golongan manusia tahu bahawa tarikh 16 mei adalah khusus untuk guru-guru sedunia ,, kalian janganlah anggap yang saya ini ketinggalan zaman lak ,, lambat cerita tentang hari guru, sebab majoriti blog kawan-kawan saya sudah bercerita tentang majlis hari guru di sekolah masing-masing,, al-maklumlah .. saya nih pelajar asrama penuh ,, jadi .. lambat cikitlah nak cerita tentang hari guru nih ... tapi tak pe .. yang penting ,, saya cerita .. terlebih dahulu ,, saya ingin mengucapkan ,, SELAMAT HARI GURU kepada semua insan yang pernah mengajar dan mendidik saya sepanjag saya hidup di dunia ini ..
hari guru pada sekolah saya di kendalikan 100% oleh pelajar-pelajar senior di sekolah kami ,, iaitu pelajar-pelajar tingkatan 5 ... dengan bertemakan "wedding ceremony" saya dan rakan-rakan tingkatan 5 lelaki dan perempuan berhempas-pulas menyediakan persiapan untuk majlis hari guru ,, ini tahun akhir saya dan rakan-rakan ,, jadi, kami inigin membuat 1 majlis yang gilang-gemilang yang bakal menjadi kenangan dalam hidup kami ...

persiapan dewan telah dilakukan sehari sebelum hari guru ,, dari pagi hinggalah ke malam .. berbagai persiapan telah kami lakukan ,, ad yang kena marah dan di marahi .. tapi tak mengapa ,, kerna itu akan menjadi kenangan dalam hidup saya ...

-pelamin di pentas dewan untuk pengetua dan gpk -

pada hari guru .. guru-guru di arakkan dari perkarangan surau ke dalam dewan dengan di iringi paluan kompang, 

- di arak masuk kedalam dewan -

sebelum para guru masuk ke dalam dewan , ada persembahan silat pengantin oleh pelajar daripada persatuan seni mempertahankan diri sekolah ..

- syakir , daus , alif -

kemudiam , seperti biasa ,, acara bacaan tilawah al-quran dan bacaan tafsir daripada ust zul dan ust muhd zul, bacaan perutusan  daripada menteri-menteri yang disampaikan oleh pengetua dan gpk ..pengerusi majlis pada hari guru yang lepas ialah saudara adzimuddin dan saudara hanif ,,, selepas bacaan perutusan ,,guru-guru dijemput naik keatas pentas untuk bersama-sama menyanyikan lagu "GURU MALAYSIA", selepas nyanyian, pengetua di jemput untuk memotong kek ketika acara memotong kek ,, ..

- ayahanda ust eksan(pengetua) nak potong kek -

selesai acara potong kek ,, guru-guru dijemput makan juadah yang disediakan ,, table manner yang telah saya atur ialah .. pelajar-pelajar lelaki tingkatan 5 menyediakan makanan untuk para guru dan ketua-ketua kelas tingkatan 4 dan 5 menyediakan juadah kek yang telah dipotong oleh ayahanda pengetua tadi ... selepas makan , guru-guru bersukan bersama pelajar-pelajar ...

semasa ini ,, saya dan rakan-rakan mengambil peluang untuk bergambar ,, hehe ,, al-mklum ,, dah pakai hensem-hensem, tak kan tak nak bergambar kot ??




selepas sukan ,, guru-guru berkumpul di dewan semula ,, bagi slot kedua .. haaa ,, slot kedua lebih santai .. di mana guru-guru di minta pendapat ,, tapi hanya perlu bercakap pada tempat duduk mereka sahaja ,, kerana microphone chordless ,, heee ,, ramai juga pendapat dan komen guru yang diminta .. kemudian di selitkan lagi lawak-lawak spotan oleh saudara hanif dan saudara adzimuddin ,,





kemudian ,, acara diserikan lagi dengan persembahan lakonan versi pantoman oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 dan tayangan video daripada pelajar-pelajar tingkatan 5 .. dan acara tambahan ,, penyampai cenderamata daripada generasi 20 SMAKJ iaitu khat ucapan selamat hari guru ...

- bentuk bulan dan bintang -

-mikos sebagai model -

saya tertarik dengan kata-kata seorang guru saya ,, beliau berkat, "selama 12 tahun saya mengajar di sekolah ini, tahun inilah hari guru paling best dalam hidup saya" bertapa gembiranya saya mendengarnya ,, haha .. tapi tak pe ,, yang penting ... 

KAMI SAYANG CIKGU !

*p/s: hari guru bukan hanya pada 16 mei semata,, tetapi setiap hari adalah hari guru ...

Monday, May 02, 2011

exam fever !

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

haaa .. untuk makluman para pembaca sekalian .. pada 03/05/2011 - 27/05/2011 ini .. saya dan rakan-rakan(satu sekolah) akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun 2011 ,, huh ! subgguh mendebarkan, lagi-lagi bagi calon spm 2011! hal ini kerana, tajuk yang akan keluar adalah kesuluruhan tajuk tingkatan 4 dan 1/3 tajuk tingkatan 5 ,, waaa,, memang calon SPM 2011 kena ulangkaji tajuk-tajuk tingkatan 4, terutamanya bagi subjek KIMIA, FIZIK, BIOLOGI, MATEMATIK TAMBAHAN, dan PRISINP AKAUN ... tidak ketinggalan juga bagi subjek-subjek teras ...sperti BAHASA MELAYU< BAHASA INGGERIS, SEJARAH dan sebagainya ...

sebelum peperiksaan bermula ,, mestilah lengkapkan diri kita dengan persediaan awal seperti ulangkaji pelajaran, perbanyakkan solat hajat dan sebagainya ,, saya teringat kata-kata seorang guru saya iaitu... "kalau mahukan kejayaan milik kita,, mesti ada S.A.T.U (sedia, awal, tumpu, ulangkaji)" haaa .. bila direnung kembali.. ada benarnya kata-kata guru ini .. 'persediaan awal, tumpuan dalam kelas dan ulangkaji' adalah method utama untuk mencapai kejayaan ,,dan bagi saya, saya perlu perbaiki keputusan Ujian Penilaian Kurikulum 1 yang lepas,, saya mesti dapatkan 5A ke atas dan tiada G.. insyaALLAH ...

bila dah berusaha bersungguh-sungguh .. perlulah diiringi dengan bertawakal kepada ALLAH SWT,, kerana kita hanya merancang, Allah yang menentukan ...

*kepada pembaca yang di hormati,, doakanlah kejayaan saya dan rakan-rakan dalam perjuangan kami menempuhi liku-liku menuntu ilmu dunia dan akhirat ini ,, kerana "menuntut ilmu adalah fardu keatas setiap mu'min" dan "barangsiapa yang menuntut ilmu kerana ALLah, sama seperti sedang berjihad di jalan ALLAH

wallahu a'lam ~

Saturday, April 30, 2011

kem kita , kita punya

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




pada 22/4 - 24/4 yang lepas .. Unit Beruniform Kor Kadet Polis sekolah saya telah mengadakan perkhemahan di ...

tapak perkhemahan d'muara YPJ Mersing



haa ,, perkhemahan ini memang best beb ! saya tak nafikan ,, lagi-lagi bersebelahan dengan pantai ,, fuhhh !! memang gerek arrr ,, seramai lebih kurang 120 orang peserta lelaki dan perempuan menyertai perkhemahan ini ...

peserta lelaki ~
peserta perempuan ~ 

tentatif program dia pon menyeronokkan ,, macam biasalah dimulakan dengan 'ice breaking' .. kemudian sedikit Aktiviti Dalam Kumpulan (ADK) ,, pada malamnya ,, kitaorang ada aktiviti 'night walk' , aktiviti ini memang menyeronokkan ,, setiap kumpulan campur lelaki dan perempuan ,, dimana,, 2 orang lelaki perlu menjaga bahagian depan,, dan 6 orang lelaki di bahagian belakang ,, kitaorang dikehendaki berjalan memasuki kawasan hutan berpaya ,, dan berbekalkan lampu suluh serta tali sebagai panduan agar tidak sesat ,, tiada sebarang fasi pun yang menjaga kitaorang semasa dalam hutan ,, mereka tunggu kitaorang semasa sampai di checkpoint pertama iaitu sebelum masuk kawasan berpaya.. haaaa ,, semasa di checkpoint pertama ,, kitaorang dikehendaki mengira ahli kumpulan ,, sama ada cukup atau pun tidak ,, pabila sudah cukup .. kami dilepaskan memasuki kawasan berpaya pula ,, haaa ,, jalan punya jalan ,, tiba-tiba kami tersesat ,, nasib baik tak sesat jaoh ,, cuma terlepas daripada kawasan selekoh ,, kami pun ikot panduai yang ada .. alhamdulillah ,, kami tiba ke kawasan penginapan kami,, sebelum masok tidur ,, kami dibenarkan mandi di pantai bagi membersihkan diri ,, wahh ,, sejuk beb air pantai tuh ,,,

 sebelum aktiviti 'night walk'

pada hari kedua pula .. aktiviti bertambah menarik apabila di mulakan dengan 'senamrobik' ,, kemudian 'berakit' ,, haaa ,, semasa berakit ini ,, saya memang berseronok habis ,, main-main air dengan kawan belakang ,, hehe ,, haaa ,, saya dan dia seronok lah ,, main air ,, gurau-gurau senda ,, haha ,, nasib baik tak jatuh daripada rakit tuh ,, berakit antara akitivit yang menarik pada saya ,, kemudian ,, setelah puas berakit ,, kami beralih pula kepada aktiviti 'tempur halangan' . alaaaa .. yang ade monkey bar, tarzan swinger, dan macam-macam lagi ,, saya berjsya melepasi semua halangan tuh ,, huhuhuhuh... kemudian ,, pada petangnya pula ,, aktiviti diteruskan pula dengan 'flying fox' dan 'abselding'(maap kalau salah ejaan) ... haaa .. inilah pengalaman yang baru dalam hidup saya ,, 

'flying fox'
 'abselding'(maap kalau salah ejaan)
 
memang berbaloi laaa saya pergi kem ini .. dapat merasai pengalaman baru tuh ...sejujurnya inilah kali pertama dapat merasai kedua-dua aktiviti diatas.. *pembaca yang dihormati, tolonglah jangan gelakkan saya  ;) .. selepas aktiviti ini ,, kami pun solat ,, kemudian ,, cikgu memberikan tugasan untuk setiap kumpulan laksanakan pada aktiviti 'malam kebudayaan' ,, haaa .. selepas pembahagian tugasan selesai ,, cikgu memberikan kelepasan kepada kami untuk bermandi-manda di pantai ,,, 





pada malamnya pulaa .. aktivit 'malam kebudayaan' pula menyusul ,, kumpulan saya diberi tugasan untuk mengayakan lagu lama ,,, saya pun tak tahu apa tajuknya ,, yang penting kami enjoy ,, hehe ,, ermmm ,, selepas malam kebudayaan ,, cikgu buat kejutan bagi pelajar-pelajar yang tarikh lahirnya dalam bulan 4 yang berdekatan dengan tarikh perkhemahan ini .. hehe ,, padan muke pada yang kena ... selepas itu ,, persembahan spontan daripada form5 lelaki dan perempuan ... kemudian .. pembahagian hamper dan makan ,, kemudian ,, kami beramai-ramai ber-bumi kenyalang di tempat masing-masing ...

hari terakhir pulaa ,,ada 'sukaneka' ,, 'pocho-pocho' dan 'membina istana pasir' ... hehehe .. memang enjoy sakan laaa .. lepas dah siap istana pasir tuh ,, beramai-ramai macam anak penyu masuk laut ,, pergi mandi ,, huahuahuhaaa ,, hari terakhir ,, mestilah have fun !!


bersama istana pasir ~




kemudian macam biasalah ,, ucapan perasmian penutup ,, kemudian berangkat pulang ...




menyanyi dalam track polis ,,  kami sedar suara kami tak semerdu suara anda ~

"INI KEM KITA , KITA YANG AKAN MENYERONOKKANNYA !!"

special guest :)