Sunday, December 30, 2012

ala-ala orang sombong gitu..

Assalamualaikum.

-abaikan model ni (,")

"Sombong nye awak ni Hazim, kan awak nak terima ilmu Allah nih, jangan laa sombong sangat"
"????????"
"Gaya awak duduk tu, sangat sombong.. Imam Syafi'e pun masa dalam majlis ilmu, dia akan jadikan diri dia sebagai insan yang paling rendah ilmunya dan duduknya sangat tawaduk"
"Maaf ustazah mashitah.." *betulkan gaya duduk

*berikut adalah teguran yang saya terima masa di sekolah menengah, nak tau macam mana keadaan saya duduk masa tu ? Haaa, macam dalam gambar di atas, kaki kanan berada di atas kaki kiri begitu juga sebaliknya...

tak kira lah kat mana-mana, kita pasti pernah duduk macam nih masa dalam kelas ketika pembelajaran kan ? sebaiknya ubah.. duduk seperti biasa sahaja, tak perlu nak duduk macam ni, sebab gaya duduk macam ni seolah-olah kita sombong nak terima ilmu daripada Allah melalui pendidik kita.

Nota Hati: terimalah teguran dari mana-mana pihak dengan hati yang terbuka, kerana mereka yang menegur kita itu lebih tahu apa yang kita sendiri tak tahu.. dan teguran itu datangnya daripada Allah :)

special guest :)