assalamualaikum pembaca ;)
haaaa,, saya tahu.. ramai yang suka akan silap mata.. betul bukan ?? apa kata hari ini kita belajar buat silap mata tentang 'teka tarikh lahir orang' ? Jangan risau, silap mata ini bukanlah suatu perkara yang akan membazirkan masa anda, tapi,, dapat menambahkan ilmu pengetahuan anda serta memantapkan lagi ilmu matematik anda kerana silap mata ini berbentuk ilmiah(knowledge version)
mari kita mulakan ... kita jumpa lah kepada orang yang kita nak wat silap mata ini .. bila dah jumpa ... kita suruh dia tuliskan tarikh lahir dia dan kirakan mengikut operasi matematik dibawah ini,, untuk mengelakkan dia tidak percaya dengan silap mata ini ..
proses-prosesnya:
1) bulan kelahiran didarabkan dengan lima
2) tambahkan tujuh
3) darabkan pula dengan empat
4) tambahkan tiga belas
5) darabkan pula dengan lima
6) tambahkan sebanyak bilangan hari iaitu haribulan kelahirancontoh:
katakan tarikh lahir dia ialah pada 26hb Julai(bulan 7)
proses-prosesnya:
1) 7 x 5 = 35
2) 35 + 7 = 42
3) 42 x 4 = 168
4) 168 + 13 = 181
5) 181 x 5 = 905
6) 905 + 26(haribulan kelahiran dia) = 931
Apabila dia sudah siap mengira mengikut langkah diatas tadi,, kita minta dia maklumkan kat kita jumlah terakhir dia dapat ... bila dia dah maklumkan kat kita jumlah terakhir yang dia dapat tadi, kita terus tolakkan jumlah terakhir tadi dengan (nombor rahsia).... *segala jumlah terakhir yang akan kita dapat daripada orang yang kita buatkan silap mata tuu,, kita tolakkan dengan 205,, jangan tanya kenapa,, ikut sahaja ~* dan kita akan dapat hasilnya, kita maklumkan kat dia.. tarikh lahir yang kita dapat, dan kita dapatkan pengesahan daripada dia, kalau dia kata "betul" bermakna anda berjaya, kalau dia kata "salah",, bermakna anda kena cuba lagi ...
contoh:
931(jumlah terakhir dia) - 205 = 726
7 26
bulan hari
jadi, dia dilahirkan pada 26hb Julai
======================
p/s*anda boleh mengunakan silap mata ini kepada sesiapa sahaja yang masih hidup didunia ini...ibubapa, keluarga, adik-beradik, cikgu-cikgu, kawan-kawan dan sebagainya...