assalamualaikum kalian ;)
- badan lain, kepala lain =.="'-
haaaa,, kenapa ? Tajuk entri pada hari menghairankan anda ?? Janganlah pelik, kerana inilah norma kehidupan seharian kita, kita tidak pernah terlepas daripada meniru. Betul bukan ? Kenapa ? Anda tidak menafikan kata-kata saya ini ?? Baiklah, mari saya buktikan kepada anda. Sewaktu kita kecil, siapakah orang pertama yang kita tiru perbuatannya ?? Mestilah ibu bapa kita bukan ? haaa.. jadi betullah kata-kata saya tadi.
Bukti kedua. Kalau anda keluar jalan-jalan dengan rakan-rakan anda, fesyen apakah yang anda gayakan sewaktu itu ? Fesyen barat ataupun fesyan timur ?? 90% fesyen barat, selebihnya fesyen timur. Sejujurnya, saya jarang lihat ada insan yang pergi ke pusat bandar dengan berjubah dan berserban, berjubah dengan berpurdah. ada itu memanglah ada, tapi dalam jumlah begitu sedikit ! boleh dikira dengan jari. Kepada yang pernah buat, tahniah saya ucapan, sejujurnya, saya belum pernah lagi memakai pakaian itu sewaktu dipusat bandar. hmmm, bilakah saya dapat membuatnya ? Kita nih orang timur, tamadun kita sangat berbeza dengan tamadun orang barat. Tamadun mereka begitu bebas tanpa mengira hukum-hakam, kita pula hidup beragama. Pergaulan bebas, cumbuan dikhalayak ramai,itu bukan tamadun kita. Kalau kita buat, maknanya kita tidak bertamadun ..
kalau kita meniru untuk kehidupan yang lebih baik itu tidak mengapa, kerana kita mesti memajukan diri kita. Firman Allah S.W.T: "Aku tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri". Anjakan paradigma ataupun proses tranformasi itu penting dalam kehidupan kita, kita berubah kepada sesuatu yang lebih baik. Kita tiru perbuatan alim ulama', kita tiru perbuatan orang yang baik akhlahnya, itulah sebaiknya. Kita semua pandai meniru.
Kenapa perlu kita tiru budaya dan peradaban orang Barat yang telah banyak merosakkan pemikiran kita, yang telah meracuni pemikiran kita ? Saya akui, saya juga pernah meniru budaya Barat, tetapi, setelah mendapat teguran daripada ustaz saya, saya terus tinggalkan budaya itu, kalian tidak perlulah tahu apakah budaya Barat yang telah saya tiru sampai merosakkan hati saya pada ketika itu. Saya teringat kata-kata ustaz saya, "Akal adalah pengikat diri kita, yang menghalang diri kita daripada terkeluar daripada landasan. Apabila kita terkeluar daripada landasan, bermakna kita tiada akal, sama seperti monyet ataupun dalam bahasa mantik 'AS-FALA SAFILIN' iaitu tingkat manusia yang lebih teruk daripada binatang".
bila kita lihat kata-kata pujangga diatas, "LIVE RIGHT NOW JUST BE YOURSELF IT DOESN'T MATTER IF ITS GOOD ENOUGH FOR SOMEONE ELSE", ada benarnya, jadilah diri sendiri, kalu itu yang terbaik untuk orang lain.. sama-samalah kita renungkan.