facebook .. seluruh dunia tahu apa itu facebook.. bahkan kanak-kanak juga mengetahui tentang kemajuannya.. Terlebih saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan tahniah kepada Mark Zuckerberg kerana telah berjaya mencipta satu laman sesasawang sosial yang kini telah menjadi laman sesawang sosial pertama dunia .. tetapi ..facebook ini juga mempunya pro dan kontra nya yang tersendiri ,, maksudnya ,, facebook ini mempunyai kebaikan dan keburukkan ..
saya tertarik dengan perbahasan berbentuk Pemikiran Sarjana Muda oleh salah seorang pelajar tingkatan 4 yang bernama Hafizudin a.k.a Chika, beliau memberikan perbahasan yang lebih kepada pendapat umum mengenai "Facebook, pintu dakwah ataupun pintu maksiat" semasaaktivit surau antara maghrib dan isyak ...saya berkata dalam hati, "pandai juga mamat nih tarik perhatian semua termasuk aku dengan menggunakan isu-isu terkini", haaa ... dalam perbahasan itu, ramai juga lah pelajar-pelajar yang berikan pendapat masing-masing,, ada yang kata facebook lebih kepada maksiat, ada juga yang kata facebook lebih kepada dakwah .. haaa ,, tak mengapalah .. masing-masing bebas berikan pendapat masing-masing ..
bercerita tentang keburukan facebook, saya teringat akan perbahasan yang dibawakan oleh saudara tingkatan 4(rafiuddin), ahli panel kedua team forum SMAKJ, semasa ihtifal ilmi ke 12 yang lalu ..antara yang saya ingat .. "ada dalam kalangan remaja yang menjadikan facebook sebagai sarapan pagi mereka,, celik mata je, terus online facebook" , "ada dalam kalangan remaja yang bangga gambar mereka dengan auratnya terdedah dimasukkan ke dalam facebook" , "ada dalam kalangan remaja yang bangga gambar mereka berpelukkan dengan insan yang ajnabi dan bukan mahram mereka".. bila difikirkan .. keburukannya seperti lebih banyak berbanding kebaikkannya ..
tetapi, mari kita cuba fikirkan kebaikannya pula.. facebook dicipta untuk merapatkan insan dengan inan yang lain tanpa mengira jarak dan sempadan,,, ada juga pihak yang menggunakan facebook sebagai pusat dakwah seperti http://www.iluvislam.com/ .. Solusi,, dan sebagainya..pihak-pihak ini menyebarkan seberapa banyak maklumat islamik yang berguna kepada seluruh umat ,, ada juga diantara blogger yang menggunakan facebook sebagai medium perantaraan untuk menyebarkan dakwah yang ada pada blog mereka ,, dan sebagainya ...
ironinya, kita dapat lihat bahawa facebook mempunyai banyak kebaikkan dan keburukkannya yang tersendiri ,, semuanya bergantung kepada kita,, hal ini kerana sabda Rasulullah s.a.w:
"انما الأعمال بالنية"
kitalah yang menjadikan facebook itu sebagai cabang maksiat ataupun cabang dakwah...sama-samalah kita fikirkan ... والله اعلم بالصواب ~