Saturday, June 11, 2011

lapangkanlah dadamu

-ahlan wa sahlan semua-

Apa khabar awak(pembaca) yang di hormati, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini. Pada hari ini saya ingin membawa awak kepada alam pemikiran secara terbuka. Pernah awak ditegur oleh seseorang ? Tidak kisahlah dengan sesiapa pun, mesti pernah bukan ? Ditegur oleh ibu bapa, adik-beradik, keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sebagainya. Persoalannya, adakah awak dapat menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka ? Seperti saya, adakalanya saya 'terpaksa' menerima teguran yang diberikan, kenapa perlu 'terpaksa' ? Kerana hati tidak terbuka dan tidak rela ditegur. 

Saya teringat akan pesanan yang pernah diberikan oleh ustaz saya ketika di SRAB JB dahulu, beliau berkata, "Terimalah teguran daripada sesiapa sahaja, kerana teguran itu adalah daripada Allah kepada kita, melalui hambaNya". Saya berasa bangga kalau saya ditegur oleh sesiapa sahaja, kerana saya tahu itu adalah teguran daripada Allah, dan itu menunjukkan Allah sayangkan saya. Bukan saya sahaja, tetapi semua hambaNya, kerana Dia الرحيم-MAHA PENYANYANG. Walaupun ada segilintir insan menganggap saya susah untuk terima teguran, tetapi, hakikatnya saya menerima setiap teguran yang telah di berikan.

[ klik pada gambar untuk gambar yang lebih jelas ]

Gambar diatas menunjukkan seorang insan menegur saya tentang entri blog saya, teguran yang beliau berikan amatlah saya hargai. Ada benar apa yang diperkatakan oleh akhi Syihabuddin Ahmad itu. Bahkan, saya juga takut menjadi fitnah kepada agama saya sendiri.

Kita tidak boleh sendirian, kita perlukan panduan. Oleh itu, Rasulullah bersabda:
"تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله وسنة نبيه"
"Aku telah tinggalkan kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."
renung-renungkanlah hadis nabi itu.

Ironinya, kita perlulah turunkan ego kita, terimalah teguran daripada sesiapa sahaja tanpa mengira umur, pangkat, keturunan dan sebagainya. Tetapi, perlulah ingat, untuk menegur seseorang itu, perlu menggunakan cara yang berhemah seperti cara nabi Muhammad S.A.W.. Teguran yang kita terima, jikalau kita pandang pada perspektif yang positif, kita akan nampak dimanakah silapnya kita, dan tempat dimanakah kita perlu perbaiki agar dapat menjadi diri yang lebih baik. 

Sebagai contoh yang mudah:
seorang sahabat menegur kita tentang lubang yang terdapat pada dinding papan pondok yang kita, apabila kita padang perspektif positif, kita akan kata, "owhh, betullah, ada lubang pada dinding papan pondok aku ini. Aku mesti tutup lubang ini dengan segera." secara tidak langsung, kita akan berterima kasih pada sahabat kita yang telah menegur kita tentang lubang yang dinding pondok yang kita bina tadi.

Oleh itu, lapangkanlah dadamu.. terimalah teguran dengan hati yang terbuka. Pandanglah teguran yang kita terima pada perspektif positif, dan jangan tinggikan ego ita hinggakan kita susah untuk menerima teguran.


*entri ini ditujukan khas untuk diri saya sendiri, dan am untuk para pembaca ^^

special guest :)