Haa... mesti pembaca tertanya-tanya..benarkah pada tahun 2012 ini..dunia akan kiamat ?
pada mulanya saya juga agak keliru..benarkah kiamat pada 2012 ? Tetapi, setelah saya menonton Halaqah di tv9.. baru lah saya faham.. bahawa kiamat yang diramalkan oleh orang barat yang akan berlaku pada 21/12/2012 itu tidak benar ! Fatamorgana semata-mata !
Para pengkaji Barat menyatakan kenyataan tersebut berdasarkan kalendar Maya yang merupakan satu kaum yang pernah wujud sebelum zaman nabi Isa.. Kaum tersebut mahir dalam bidang astronomi, ilmu bintang... hal ini telah dibuktikan dengan wujudnya sistem kalendear mereka mengikut pengiraan mereka sendiri. Tarikh yang tercatat pada kalendar tersebut bermula pada zaman mereka dan berakhir pada 21/12/2012..
Pengkaji Barat tidak mengetahui mengapa tarikh kalendar Maya berakhir pada 21/12/2012...Oleh itu, dengan mudahnya..mereka menyatakan bahawa..kiamat berlaku pada 21/12/2012..
- Kalendar Maya -
Sebagai orang Islam, kita sepatutnya jangan mudah terpedaya dengan sesuatu perkara yang kita belum pasti tentang kebenarannya..Orang kafir sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan dan memecah-belahkan perpaduan umat Islam..Panel forum Halaqah telah membidas segala andaian yang dibawa oleh orang kafir ini..antaranya:
- Kalendar Maya berakhir pada 21/12/2012 kerana itu adalah had daya pemikiran mereka..Setiap manusia mempunyai batas dan had dalam hidup mereka.Kaum Maya telah menghasilkan kalendar tersebut..dan berhenti pada 21/12/2012.. jadi, kita sebagai manusia yang bijak pandai ini yang perlu menyambung tarikh tersebut..bukannya terus membuat kesimpulan bahawa kiamat pada 2012
- Siapalah kita untuk menentukan tarikh kiamat itu ? Hari kiamat merupakan antara rahsia Allah yang kekasihnya(rasulullah) sendiri tidak mengetahui tentang perkara tersebut. Allah merahsiakan tarikh tersebut bertujuan untuk menguji keimanan hamba-Nya akan kebenaran hari kiamat.
- Hari kiamat tetap akan berlaku, kerna rasulullah sendiri pernah bersumpah demi hari kiamat. Ini bermakna, hari tesebut tetap akan berlaku. Namun, rasulullah pernah memberitahu para sahabat bahawa hari kiamat akan berlaku pada hari Jumaat. Tetapi tidak dinyatakan bilakah tarikhnya..
metodologi hati:
sebagai umat Islam..kita janganlah mudah terpedaya dengan propaganda-propaganda yang diadakan oleh orang Kafir..memang hari akhirat itu wujud dan kita bersama-sama perlu membuat persiapan sebelum hari tersebut menjelma.. wallahu'alam