Thursday, March 15, 2012

divisyen Al-Fateh

Assalamualaikum,

Jika ditanya, siapakah Al-Fateh ? Majoriti mengenali insan tersebut, kerana beliau penakluk kota Konstantinopel(Istanbul). Sultan Mohamad Al-Fateh ibnu Sultan Murad.. menjadi sultan seawal umur 19 tahun. Mempunyai pemikiran yang matang dan menerima didikan dunia dan akhirat daripada guru-guru yang terpilih.

Sultan Muhamad Al-Fateh

Jika diselak lembaran sejarah Islam, kita dapat lihat.. begitu ramai generasi Y pada masa itu..mempunyai pemikiran yang optimum, mempunyai semangat yang tinggi dalam melakukan sesuatu, begitu tekun dalam menuntut sesuatu ilmu, dan berbagai lagi.

Jika diteliti pula pada zaman sekarang, bagaimana keadaan generasi Y pada zaman sekarang ? Adakah mempunyai ciri keperibadian seperti generasi Y pada zaman kegemilangan Islam dahulu ?

Pada jam 9 malam tadi, saya sempat menonton Forum Agama Hal Ehwal Islam di tv1.. perbincangan yang diketengahkan pada malam ini ialah mengenai remaja zaman ini ataupun lebih mudah dikatakan sebagai Generasi Y..

Memang kita tidak dapat nak sama macam muda-mudi zaman dahulu, tapi..dapat sama sikit pun dah ok kan ? Pada saya, cuba kita teliti tentang keperibadian Sultan Al-Fateh.. seorang remaja..yang telah di sebut ataupun yang telah di janjikan oleh Rasulullah..bahawa akan ade seorang pemimpin yang baik, mempunyai tentera yang baik dan rakyat yang baik yang akan menawan kota Konstantinopel..bila kita lihat.. sultah al-fateh ini mempunyai keperibadian yang sama macam kita.. iaitu:

1) seorang remaja
2) seorang pelajar
3) hamba Allah

namun, beliau ada 'sesuatu' yang kita sukar untuk memperolehnya..bayangkan.. semenjak beliau baligh.. beliau tidak pernah meninggal solat fardu, solat rawatib dan solat tahajud.. penulis sendiri adakalanya cuai dalam melakukan kewajipan ini.. 

-lakaran peta kota Konstantinopel-

namun..ingat.. kita sebagai generasi Y yang bakal menerajui negara dan Islam pada masa hadapan juga dapat menjadi seperti beliau, tetapi bersyarat.. 
  • kita mesti meletakkan iman di atas,,bukannya nafsu di atas.. biarkan iman memandu hati dan diri,,bukan nafsu ! 
  • kita mesti berkerjasama dalam melakukan sesuatu perkara..jika remaja pada hari ini hanya mementingkan diri sendiri...biarkan sahabat-sahabat yang lain hanyut dalam arus dunia..nescaya, kita akan sukar untuk menjadi seperti generasi Y pada zaman kegemilangan Islam dahulu.
  • jika kita terlibat dalam sesuatu jihad, pastikan kekuatan dalaman dan luaran mantop ! jangan hanya luaran sahaja yang kuat..tapi dalaman rapuh bagai kayu yang sudah reput.. Kita lihat..bagaimana para mujahidin zaman dahulu..sebelum berjihad, mereka akan mengisi masa lapang mereka dengan membac al-Quran, berzikir, melakukan amalan-amalan sunat..kerna itu laa Allah memberikan kemenangan kepada Islam. 
memang tidak dapat disangkal bahawa.. Generasi Y pada hari ini mempunyai daya pemikiran yang unik dan mantap.. Pelbagai idea baru telah dilahirkan menerusi Generasi Y.. namun.. akan nampak lebih cantik dan bernas nya lagi pemikiran Generasi Y ini..jika berlandaskan Al-Quran dan sunnah..

metodologi hati:

"Untuk melihat masa depan sesebuah negara, lihat lah muda-mudi pada zaman ini. Jika mulianya peribadi muda-mudi pada zaman ini, maka cerahlah masa depan sesebuah negara..begitu juga jika sebaliknya"
-Sheikh Yusof Al-Qardawi-

special guest :)