Monday, February 13, 2012

Valentine ?

Assalamualaikum..

Harap maaf kerana saya sudah semakin jarang membuat entri-entri yang berinformasi kepada anda yang inginkan perkongsian saya..dek kerana kesibukan yang melanda diri ini ^^

Berkenanaan dengan tajuk entri...hari ini 13/02/2012... esok sudah 14/02/2012.. Valentine's Day... hari di mana rakyat beragama kristian menyambut hari kekasih... Sejarah Valentine's Day ini bermula pada zaman St. Valentine...beliau telah putus cinta dengan seorang gadis jelita...Kerana terlalu kecewa apabila cintanya ditolak..St. Valentine yang merupakan seorang paderi gereja..telah membunuh diri pada 14/02/2012.. dalam sebuah gereja...bagi mengingati peristiwa yang menyedihkan(kononnya) itu...rakyat kristian telah menjadikan tarikh 14/02 sebagai hari Valentine ataupun hari kekasih untuk mengingatinya....

Haa ! suka saya mengingatkan bahawa...kita diharamkan untuk menyambutnya...hadis daripada Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Daud:
"Barang sesiapa yang meniru sesuatu kaum itu..maka dia tergolong dari mereka"
Hadis ini jelas menunjukkan bahawa...kita sebagai MUSLIM diharamkan untuk meniru perbuatan sesuatu kaum itu yang bercanggahan daripada hukum syara' ... kerana dikhuatiri kita akan menjadikan perbuatan mereka sebagai budaya harian kita..

Sudah banyak media yang melaporkan bahawa muda-mudi kita telah menggadaikan 'mahkota' masing-masing pada 14/02 .. jadi..tidak hairanlah bahawa kes-kes kelahiran bayi luar nikah..bayi dalam tong sampah...bayi tepi tangga masjid dan banyak lagi... Percayalah bahawa...Hari Kekasih ini....lebih banyak KEBURUKAN berbanding KEBAIKAN ..

Klik gambar ini untuk supaya anda jelas dengan keterangan saya :)

Sekian:
Hazim Ahmad

special guest :)