Monday, April 09, 2012

selangkah menggapai bintang PART I

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, pagi-pagi lagi selepas subuh dah mandi, suhu air yang sejuk tetap saya harungi semata-mata untuk pergi ke suatu tempat yang barakah.. di manakah tempat tersebut ?
 
Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), jalan Gertak Merah, 80000 Johor Bahru Johor
Tempat apakah itu ? Apa tujuannya ke sana ? untuk ke sesi Temuduga Program Diploma Tahfiz Darul Quran 2012/2015 ... tapi ingat, kita WAJIB lampirkan 5 dokumen ini:
  1. Surat Panggilan Temuduga
  2. Borang Permohonan yang lengkap diisi BESERTA GAMBAR
  3. Mushaf al-quran (bawa sendiri dari rumah)
  4. kad pengenalan dan satu salinan yang telah DISAHKAN
  5. keputusan SPM asal dan satu salinan yang telah DISAHKAN
  6. Alat tulis (pen,pemadam,pensil)

    # jangan lupa cetak surat panggilan temuduga dengan borang permohonan Darul Quran daripada website Darul Quran tau,

     ini buktinya :D

    Hmmm.. temuduga bermula dengan sesi taklimat ringkas yang disampaikan sendiri oleh pegawai Darul Quran, dengan keadaan dewan kuliah nya yang sejuk..haha...memang menggigil laa badan saya.. kulit jangan tanya laa, memang kalau ditoreh dengan pisau, rasanya darah tak keluar kot..Taklimat tersebut menerangkan tentang proses-proses atau agenda-agenda temuduga tersebut. Terdapat dua peringkat sesi temuduga. 

    1) Ujian bertulis (Bahasa Arab Tinggi, tajwid al-quran, psikologi)
    2) Ujian hafazan (menghafaz 1 muka surat al-quran dalam masa 1 jam)

    Dimaklumkan bahawa calon-calon yang memohon untuk menyertai Program Diploma Tahfiz Darul Quran 2012/2015 pada tahun ini, hampir 1500 orang untuk seluruh Malaysia, namun.. hanya 250 orang calon yang terpilih sahaja yang akan dipilih untuk menyertai program tersebut. Jadi saingan pada tahun ini teramat sengit :D

    Walaupun saya gagal untuk mengingati 2-3 ayat terakhir daripada hafazan muka surat 507.. namun, saya berasa bangga kerana saya berjaya mencabar diri saya untuk menghafal kalam-Allah yang teragong itu dalam masa 1 jam.. Alhamdulillah..

    Ujian bertulis akan dijalankan terlebih dahulu, dan masa yang diperuntukkan untuk menjawabnya ialah 30 minit. Ujian bertulis merangkumi 10 soalan Bahasa Arab Tinggi, 10 soalan Tajwid, 20 soalan psikologi... jadi, nasihat saya kepada mereka yang memohon untuk menyertai program ini.. Buat ulangkaji semula untuk subjek Bahasa Arab Tinggi, untuk memudahkan urusan anda semasa menjawab soalan tersebut.. 

    Selepas Ujian bertulis, di susuli pula ujian hafazan, ujian ini dilakukan melalui sistem bergilir, setiap seorang akan dipanggil bergilir mengikut turutan nama, seterusnya, pelajar tersebut akan disoal secara spontan mengenai biodata dan latar belakang diri, setelah selesai.. pelajar akan diberi halaman muka surat al-quran yang perlu di hafaz, dan pelajar mempunyai mas 1 jam untuk menghafalnya.

    Ketepatan masa amat diutamakan, dan mempunyai markah pada bahagian disiplin, dari segi pemakaian pula, hendaklah berpakaian kemas dan menutup aurat:
    Lelaki: baju melayu/kemeja, kemeja/kopiah, seluar slack/cotton
    Perempuan: baju kurung/jubah, bertudung 
    sebaiknya, jika anda ingin menarik diri, maklumkan pada pegawai yang bertugas. untuk memudahkan sebarang urusan. 
    Pada saya, hendak menghafal 1 muka surat dalam masa 1 jam itu tidak mustahil, tapi kita mestilah berfikiran positif dan yakin yang kita mampu melakukan dengan jayanya..Kurangkan perbualan atau lakukan perkara yang membuang masa, banyakkan berzikir atau duduk diam diri untuk menenangkan diri kita. Saya teringat kata-kata seorang murabbi di sekolah saya:

    INGATLAH...
    "Ketenangan adalah kemenangan yang utama"

     wallahu'alam:
    Hazim Ahmad

    special guest :)