Sunday, December 25, 2011

tip: jual nombor sendiri ? -.-"

Assalamualaikum.

A: Salam...weyh..C nak nombor kau lah B..nak aku bagi ke tak nak ??
B: Hah ?? tak payah lah ...
A: emm. ok boss !
.........................
A: weyh C, B tak bagi aku kasi nombor dia kat kau..dia tak nak.. maaf laa ea ?
C: em...tak pelah..
A: cube kau minta sendiri kat B, kau kan kawan FB dengan dia kan ?? Cuba minta.. mana tau dia bagi ...
C: ok kawan. Thanks...
.........................
B: weyh A, kau bagi nombor aku kat C heh ?? Kan aku dah cakap, jangan bagi atau jual nombor aku kat sesiapa pun...susah lah cakap kat kau nih !
A: aik?? pehal lak aku yang kena ?? Suka hati kau lah nak tuduh aku... Aku tak bagipun nombor kau ...
.........................
A melayari Facebook, seraya membuka wall profile si B....
.........................
A: patut lah C dapat nombor B..kat sini rupanya... Bangang punya B, salah sendiri, lagi nak marah aku ~

Situasi di atas mungkin pernah dialami oleh pembaca.. sama ada di pihak A, pihak B waima pihak C...
Persoalannya, macam mana si C boleh dapat nombor si B walaupun si A dan si B tidak berikan kepada si C ? Apakah kesilapan yang telah si B lakukan ??
 Cara si C mendapatkan nombor si B dengan mudah adalah dengan cara berikut:
buka wall profile si B -> klik bahagian info -> scroll down info si B sampai jumpa contact information -> cari bahagian phone -> ambil nombor telefon yang ada di situ ...
sudah terang lagi bersuluh...salah si B kerana meletakkan nombor telefonnya di situ.. Kalau nak letak..letak lah yang palsu... kalau nak letak yang betul atas dasar nak kuatkan privasi Facebook sendiri, sembunyikan nombor telefon tuh... Apa yang sepatutnya dilakukan oleh si B untuk menyelamatkan nombornya ialah ..

klik 'edit'(bulatan merah nombor 1)

klik bulatan merah bernombor 2 atau 3. Kemudian pilih "ONLY ME". dah selesai, terus tekan bulatan merah bernombor 4.
*nombor 2 untuk privasi email anda.
*nombor 3 untuk privasi nombor telefon anda.
*anda boleh memilih sama ada hendak menyembunyikan email atau nombor telefon anda...ataupun memalsukannya..pilihan di tangan anda.
Janganlah jual nombor anda atau privasi sendiri kerana dikhuatiri akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.. Mencegah lebih baik daripada mengubati..
 Secara tidak sengaja, saya telah mengajar pembaca dua cara... cara untuk menjadi Pengambil Nombor Dengan Izin(PNDI) dan juga cara untuk menjadi Penjaga Privasi Sendiri(PPS)...   c(:

doakan kejayaan saya dalam SPM 2011 dengan mendapat 10A.. Amin..
Hazim Ahmad.

special guest :)