Sunday, December 18, 2011

1 mampu menutupi 10 ??

Assalamualaikum,

apa khabar semua?? Agak lama saya tidak update sampaikan ada yang tertunggu-tunggu perkongsian terbaru daripada saya.. maafkan saya kepada yang masih menunggu (:

Sambil saya baring di bilik baru.. saya teringat akan antara nasihat-nasihat terakhir daripada ustazah Atikah kepada saya di saat tinggal beberapa hari lagi untuk saya meninggalkan SMAKJ.

Hazim, sekali pelajar agama membuat kesilapan..masyarakat akan terus memandang rendah terhadap awak. Ibaratnya, satu kejahatan yang telah awak lakukan mampu menutup sepuluh kebaikan yang pernah awak lakukan dalam hidup awak
 Ini lah antara nasihat terakhir yang telah diberikan kepada saya untuk meneruskan perjuangan meredah arus modenisasi yang kian mencabar. Nasihat ini telah memuhasabahkan diri saya, kerana saya pernah melakukan kesilapan dan ternyata, benar kata-kata ustazah.. kesilapan itu membuatkan 'mereka' buta akan kebaikan yang pernah saya lakukan.

Setiap orang sentiasa melakukan kesilapan, termasuk saya.. Bahkan saya juga pernah melakuakan dosa yang masih lagi menghantui diri saya sampai sekarang. Kita tak boleh lari daripada kesilapan, tapi..kita boleh kurangkan kesilapan. Setuju ?

bohonglah kalau anda tidak malu jika disalah atau diungkit kembali kesilapan yang pernah anda lakukan ketika anda hendak melakukan kebaikan ? Lebih-lebih bila anda sedang membetulkan atau menegur perbuatan seseorang yang ke arah keburukan dan kemungkaran. Tapi, itulah hakikat yang perlu dihadapi.. Terutamanya kepada pelajar agama. Anda berisiko untuk berhadapan dengan situasi ini seperti saya. Saya juga pernah menghadapinya.. Hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Pelajar agama mesti kuat seperti bayi di atas?? Maksud saya, kuat dari pelbagai sudut. Sedarlah..pelajar agama tinggi nilainya.. di dunia dan di akhirat.. kuat rohani dan jasmani. Ingatlah.. 1 kesilapan atau kekhilafan dapat menutup 10 kebaikan yang pernah dilakukan. Kurangkan dan elakkan diri kita daripada melakukan kesilapan.. Kesilapan sengaja waima tidak sengaja..

hamba yang sedang beranjakan paradigma *insya'Allah

wallahualam.
hazim ahmad

special guest :)