situasi 1: (hari terbuka:0 4/11/2011)
Hazim, ayah nak keputusan SPM Hazim nanti, Hazim bagi ayah 2x ganda jumlah A, boleh ??situasi 2: (SMAKJ+MAK+SMAPR: Ila Najjah English)
Hazim, aku tau kau nih budak pandai, dah bertahun aku ngan budak-budak nih berjuang dengan kau, pada kitaorang kau bukannya lemah ! Kalahkan kitaorang tau ! Walaupun kita dah tak satu sekolah macam masa kat SRAB JB dulu, tapi kita tetap kawan dan tetap bersama untuk capai kejayaan !situasi 3: (kelas add mathe: dewan makan)
"Hazim, takkanlah kau nak main-main lagi ? Budak nih bersungguh-sungguh ajar kau... Dia nak kau berjaya gak dalam add mathe." "Sampai bila aku mengharapkan pertolongan daripada dia ? SPM nanti tak siapa yang akan tolong aku melainkan Allah dan diri aku sendiri."situasi 4: (cabaran si pencabar)
Saya mencabar seseorang untuk bersaing dengan saya dalam SPM, memang itu cara saya belajar. Saya perlukan pesaing yang menaikkan semangat saya, kerna saya tak suka kalah ! Tapi, malangnya, saya telah kalah dalam trial SPM !situasi 5: (waltu prep petang: hadapan bilik guru)
"Hazim, sini kejap ! Hazim, kenapa Add mthe paper 1 kau teruk sangat ?? Pada saya, awak tak layak dapat keputusan yang seteruk nih ! Nape ? Otak awak masuk air ea masa jawab soalan add mathe ?? Cara awak belajar dalam kelas meyakinkan saya yang awak ada potensi untuk dapat A.. Buktikan Hazim !Ini adalah antara situasi yang saya hadapi selepas keputusan trial diumumkan..
Kebelakangan ini, kawan-kawan banyak berikan sokongan moral kepada saya, mereka mengajarkan saya tentang perkara-perkara yang saya lemah. Kesungguhan mereka membuatkan saya terharu.. "Kawan, semoga Allah makbulkan hajat kamu.."
Memang benar kata ustaz di sekolah saya, "kalau nak berjaya, mesti bersatu hati." . memang betul, kalau masing-masing dengan sifat annaniyah(keakuan) masing-masing, kejayaan tak kan datang malah malu untuk datang kepada kita. Jika kita mengajar, kita akan bertambah faham, jika kita berlajar, kita akan menambah pengetahuan.
Doakan kejayaan saya, kepada sesiapa yang ada sakit hati dengan kata-kata saya. Saya mohon diampunkan. Kepada sesiapa yang berkongsi ilmu dengan saya. Mohon dihalalkan ilmu tersebut. Kepada sesiapa yang berkongsi makanan dan minuman dengan saya. Mohon dihalalkan. dan bermacam-macam lagi, Semoga saya berjaya mengejar misi 10A !!