Sunday, November 06, 2011

Couple versi Islam, wujudkah ??

Assalamualaikum..

Dunia zaman sekarang semakin moden, masyarakatnya pun bertambah matang dan bijak dalam melakukan sesuatu perkara. Jika ditanya, adakah kamu ber-couple ? Couple itu kan haram. Mereka dengan beraninya akan mengatakan bahawa, "kami ber-couple cara Islam, tak pegang tangan, tak cumbu-cumbuan dan sebagainya," Persoalannya, WUJUDKAH COUPLE VERSI ISLAM ??

Wujudkah istilah tersebut ? Dalam al-Quran ada menyatakan, "Dan janganlah kamu dekati zina." Dalil ini selalu kita dengar dalam majlis-majlis ilmu, ataupun majlis tadarus al-Quran. Maksud yang ingin disampaikan oleh seorang muslim yang sedang mabuk dalam percintaan tersebut ialah,

"kita tidak keluar berdua-duaan, selalu ingatkan untuk tunaikan kewajipan agama seperti solat, kita tak pegang tangan, kita cumbu-cumbuan mahupun bersekedudukan. Kita masih lagi menjaga maruah dan batas hukum syarak. Kita tak lakukan kemungkaran pun."
memang benar kenyataan muslim ini, mereka tidak melakukan zina anggota badan(tangan, mata, telinga), namun, mereka secara tidak sedar masih lagi melakukan zina, iaitu zina HATI. Zina hati berlaku apabila terkenangkan atau memikirkan sesuatu tentang kekasihnya lebih memikirkan tentang kejadian alam dan kekuasaan Allah. Berdasarkan dalil yang dikemukakan pada perenggan ke-2," Wa La Taqrabu Zina " tadi jelas menunjukkan larangan pasti iaitu fe'el mudarik(Taqrabu) didahului dengan La' Nahiah(La). Setiap larangan Allah adalah perintah dan hukumnya adalah wajib untuk meninggalkannya. Oleh itu, para ulama' mengistinbat hukum mendekati zina adalah haram.

Jika diteliti, terdapat banyak hikmah daripada dalil tersebut, antara...
  1. Seseorang yang mendekatkan diri kepada zina walaupun hanya dengan sekecil-kecil perbuatan sekalipun, akan melakukan perkara yang dilarang oleh syarak.
  2. Antara faktor lahirnya anak luar nikah ialah apabila si Adam dan si Hawa mendekatkan diri kepada zina dan tidak memikirkan kesannya.
  3. Syaitan akan berusaha mendorong manusia melakukan kemungkaran dan maksiat kerana syaitan telah berjanji kepada Allah bahawa dia akan menyesatkan manusia.
  4. dan banyak lagi........
cuba kita lihat animasi lukisan di atas. Cuba kita fikirkan apa yang si dara dan si teruna fikirkan semasa mereka sedang berdua-duaan. Adakah mustahil untuk kita fikirkan seperti apa yang difikirkan oleh si dara dan si teruna itu fikirkan sekarang ?? Tidak mustahil kan ? Oleh, jauhilah zina !

istilah Couple versi Islam itu tidak wujud dan hanyalah ideologi bagi sesetengah pihak tidak berilmu dan ingin mengkaburi minda dan mata muslim hari ini !
 "Wajib ke atas kamu berperang walaupun kamu tidak menyukainya. Dan ada pula kamu tidak menyukai sesuatu perkara padahal perkara tersebut baik untuk kamu. Dan ada pula kamu menyukai sesuatu perkara padahal perkara tersebut buruk untuk kamu. Allah maha mengetahui akan apa yang kamu tidak ketahui" 
surah al-Baqarah: 216

wallahualam:
Hazim Ahmad

special guest :)