Monday, August 29, 2011

Utamakan adat daripada hukum agama ??

Assalamualaikum, Selamat Berpuasa,

Apa khabar semua ? Pada hari ini saya ingin membawa para pembaca ke alam realiti yang sedang kita hadapi sekarang ini. Sedarkah kita? Bahawa dalam kehidupan seharian kita pada hari ini, kita lebih mengutamakan adat berbanding hukum agama. Kita sendiri kabur untuk membezakan antara adat dan hukum agama. Bermacam perkara yang kita lakukan merupakan adat, dan bukannya tuntutan agama. Sebagai contoh, bersalaman.





Secara umumnya, kita ketahui bahawa bersalaman dapat mengeratkan hubungan sillaturahim sesama mukmin. Secara zahirnya, amalan bersalaman menjadi tradisi masyarakat kita dalam apa-apa jua majlis seperti rumah terbuka. Dalam masa yang sama, adat kita yang sering kita amalkan ialah kita bersalaman sesama kita tanpa mengira umur, pangkat dan darjat, dan jantina

Apa yang saya ingin hightlightkan di sini ialah, bersalaman dengan berlainan jantina atau ajnabi. Kita tanpa disedari dengan hati yang terbuka kita bersalaman dengan ajnabi kita, termasuklah saya sendiri. Sewaktu saya belum mengetahui hukumnya, saya dengan hati yang terbuka bersalaman dengan makcik-makcik saya, sedara-mara saya, sepupu-sepapat saya dan ramai lagi. Atas alasan, nak mengeratkan hubungan sillaturahim. Setelah saya mengetahui hukum bersalaman dengan ajnabi itu haram, maka saya dengan terdaya saya cuba untuk tidak bersalaman dengan ajnabi. Pernah saya ditegur oleh orang tua saya,

"Zim, kenapa kau tak salam Imah(sepupu saya) tuh ? Tu kan sepupu kau."
"Kan haram bersalaman dengan ajnabi ?" saya menjawab.
"Tapi, tu kan sepupu kau. Nanti apa pulak cakap diaorang semua", balas ibu.
"Ibu, yang hak tetap hak, yang batil tetap batil. Tiada kompromi dalam soal halal haram nih bu" tegas saya.
"Suka hati kau lah Zim, ibu tak nak paksa kau" ibu beralah.
"Maafkan Hazim, bukan niat Hazim untuk melawan cakap ibu, tapi Hazim kena tegas dalam hal hukum agama nih, Hazim pelajar SMA, kena amalkan dan wajib buat" kata saya dalam nada bersalah.
"Tak pelah Zim, ibu faham maksud Hazim" balas ibu dengan senyuman.

Dialog di atas pernah berlaku dalam kehidupan saya, saya ingin mengatakan bahawa hukum bersalaman dengan ajnabi adalah HARAM. Tak kiralah atas alasan apa sekalipun. Inilah antara masalah kita, terperangkap dengan adat kita sendiri. Kita hanya boleh bersalaman dengan golongan tersebut sahaja:

  1. Bukan ajnabi(haram dikahwini).
  2. Adik-beradik se-ibu 
  3. Adik-beradik se-ayah sahaja.
  4. Adik-beradik sendiri.
  5. Suami dan isteri sendiri(kepada yang telah bernikah).
  6. Sama jantina.
  7. Atuk dan nenek.
  8. Ajnabi yang sudah tiada nafsu(syahwat).
Inilah antara golongan yang boleh disalam. Berdasarkan beberapa buah hadis.

“Ditikam seseorang dari kalian dikepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih baik dari pada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” [HR. Thabrani].

“Lebih baik memegang bara api yang panas dari pada menyentuh wanita yang bukan mahram.”

Berdasarkan hadis-hadis di atas, jelaslah bahawa hukum bersalaman atau bersentuhan dengan ajnabi adalah HARAM.

DIINGATKAN JUGA:

  • adik-beradik se-ibu dan se-bapa ini bermaksud, adik @ akak @ abang kepada ibu bapa kita sahaja ! Adik @ akak @ abang ipar tidak tergolong dalam golongan adik-beradik se-ibu dan se-bapa kita. Oleh itu, hukumnya HARAM juga kerana mereka ialah saudara yang mendatang.
  • Ajnabi yang sudah tiada nafsu(syahwat) bermaksud, golongan yang telah melebihi peringkat umur 60 tahun(bagi wanita), dan tiada peringkat umur kerana mempunyai nafsu(syahwat) sehingga akhir hayatnya(bagi lelaki). Kerana itu, terdapat lelaki yang mampu bernikah pada usia yang sudah lanjut.
 
Menjelang hari perayaan ini, marilah kita bersama-sama mengubah sejarah hidup kita dengan mengikut panduan Islam yang sebenar. Kita elakkan daripada bersalaman dengan ajnabi dengan berhikmah dan berhemah. Kalau kita yang tidak mulakan, siapa lagi ??


Yang hak tetap hak, yang batil tetap batil. 
TIADA KOMPROMI DALAM SOAL HALAL HARAM !

by: Hazim Ahmad

    special guest :)