Monday, August 01, 2011

Bazaar jadi baziir ?

Assalamualaikum, selamat berpuasa dan berbuka.


Apa khabar kalian ? Sihat ? Alhamdulillah kerana kita sudah berjaya berpuasa selama 1/2 hari untuk 1 Ramadhan 1432h ini. Alhamdulillah. Saya percaya, mesti diantara kita yang akan berkunjung ke bazaar-bazaar yang berdekatan untuk membeli juadah berbuka atau sebagai makanan tambahan semasa berbuka nanti. Bazaar merupakan himpunan gerai-gerai yang berniaga pada sesuatu tempat secara majmuk. Pada ketika inilah para peniaga gerai akan memajukan perniagaan mereka dengan membuka gerai mereka di bazaar.

Kebiasaannya, kita lihat, bazaar akan dibuka pada waktu petang. Menjelang selepas waktu asar, para peniaga sudah membuat persediaan untuk berniaga. Tetapi, saya pernah lihat selama ini, selepas waktu zohor, para peniaga sudah mula membuka gerai mereka atas alasan tidak mahu berebut tempat. Persoalannya, apakah yang mereka utamakan dalam bulan Ramadhan ini ? keuntungan berniaga atau ketakwaan kepada Allah ? Tepuklah dada tanya iman, tanya hati, tanya hati sendiri ...

Jika kita berfikir secara rasional, bagaimana bazaar boleh menjadi tempat pembaziran ? Kita sedia maklum, pada bulan Ramadhan syaitan dan iblis digantung ke neraka, akan tetapi nafsu tidak. Hal ini kerana, nafsu berada dalam diri kita, menjadi tanggungjawab kita untuk menjaganya sama juga seperti jin-jin yang dibela oleh para bomoh, mereka tidak digantung kerana mereka berada dalam jagaan manusia dan segalanya akan ditanggung oleh manusia itu sendiri.. Berbeza pula dengan syaitan dan iblis, mereka hidup bebas dengan menghasut umat-umat Islam supaya keluar daripada agama Allah dan masuk ke agamanya. Nafsu sentiasa memberontak dalam diri kita. Dia akan sentiasa memaksa kita untuk menuruti segala kemahuannya. Inilah yang dikatakan sebagai 'berajakan dengan nafsu'. Keimanan kita akan teruji apabila...




haaa.. lihatlah gambar diatas. Bertapa banyaknya pilihan juadah berbuka puasa yang disediakan dalam sebuah gerai ? Cuba bayangkan.. kalau sebuah gerai mampu menyediakan juadah berbuka sebanyak ini, apatah lagi gerai-gerai yang lain ? Al-maklumlah, bukannya terdapat sebuah gerai dalam sesebuah kelompok bazaar. Tambahan lagi, kita sudah 1/2 hari berpuasa, perut pun terasa lapar.

Ketika inilah terjadinya peperangan antara iman dan nafsu. Iman berkata, "berjimatlah wahai hamba Allah, jangan membazir kerana membazir itu amalan syaitan dan orang yang membazir ialah sahabat syaitan", nafsu pula berkata, "issshhhh, sedapnya juadah-juadah ini, beli semualah, dapat rasa semuanya sedap ke tidak, kalau tidak sedap esok tak payah pergi gerai ini lagi" ... haaaa, pada ketika ini, apakah keputusan yang kita akan pilih ? Sendiri fikirkan...

Bazaar boleh menjadir bazir jika kita tidak bijak dalam menguruskan nafsu kita. Kita perlu bijak dalam mengurus nafsu, dan bijak membezakan antara kemahuan dan keperluan. Disamping itu, kebiasaanya, bajet perbelanjaan pada bulan Ramadhan adalah 2x ganda berbanding bajet perbelanjaan pada bulan lain. Kenapa? Mudah sahaja, kita akan banyak melaburkan duit kita di bazar Ramadhan dengan membeli barangan makanan yang melebihi daripada keperluan sebenar berbanding pada bulan lain. Puasa melatih kita untuk menguruskan diri kita selain daripada melatih diri untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Ingatlah,
Jadikanlah bulan Ramadhan sebagai medan atau aset utama untuk mendekatkan diri kita kepada Allah dan bukannya medan atau aset utama untuk melakukan pembaziran !

- Hazim Ahmad -

special guest :)