بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PROLOG
pada hari jumaat yang lepas, hari yang paling bermakna bagi pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh ,,iaitu hari cuti sekolah bagi pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh ... saya menaiki bas S&S Kluang - Larkin pada jam 3.30 petang.. wahh ,, alangkah terkejutnya bila mana hanya saya seorang sahaja pelajar putera dari sekolah saya yang ada dalam bas S&S tuh ,, yang lain pelajar-pelajar dari sekolah vokasional Kluang .. bertambah terkejutnya saya bila mana saya boleh tak sedar yang adik sedara saya berada dalam bas yang sama dengan saya .. haaa .. saya dapat tahu pun masa dah nak sampai Larkin ,, semasa dalam bas, ada pula seorang dak perempuan ni ,, tertumpahkan air ,, air mengalir ats lantai ,, nasib baik tak kena beg saya ,, habis melekit lantai tempat duduk saya ! issshhh ,, sabar jelaaa ..
_______________
setiba di Larkin, saya pun cari port untuk letak beg ,,bila dah jumpa .. macam biasa lah .. sebagai seorang muslim,, solat itu wajib kerana solat adalah tiang agama ,, tambahan lagi, saya ni lelaki ,, takde alasan untuk mengelak,, saya pun pergilah ke Masjid An-Nur kat aras 3 Terminal Larkin untuk menunaikan solat asar,, setelah usai menunaikan solat asar ,, semasa nak pakai kasut tuh ,, Allah pertemukan saya dengan kawan-kawan lama saya ,, ada laa dalam 5-6 orang gituh.. masing-masing daripada MRSM pontian dan MRSM muazam shah ,, haaa ,, orang pandai lah katakan ... huuu ,,, masa tuh macam nak nangis pun ada gak ,, nangis kegembiraan ,, sebab dah lama rasa rindu dalam hati ini ingin berjumpa kawan-kawan lama ,,, hehehehee ,,
ngobrol punya ngobrol ,, tetiba je sorang kawan saya nih tanya kat saya,, "ZIm, pe cer ?? still single lagi ke ??" mulanya tuh ,, saya terkejut juga laaa ,, tapi dengan sejujurnya saya punya menjawab pertanyaan kawan saya tadi, "aq ?? single lagi laaa..." .. mereka seakan tidak percaya dengan apa yang telah saya perkatakan sebentar tadi ,, kemudian, timbul lagi persoalan, "aik ?? kau biar betul ?? muka macam kau ni ,, xkan xde sorang pun yang tersangkut kot ??" ,, haha hampir tergelak dengan pertanyaan itu ,, saya pun cakap laa ,, "aku malas lah nak pikir pasal soal hati dan perasaan ni.. yang sesakkan kepala jea ,, SPM pun x amik lagi" ,,kemudian,, saya mendapat panggilan dari akak saya ,, itu bermakna beliau telah tiba untuk menjemput saya pulang..
(berbalik semula pada gambar diatas),,, pada saya ,, tak ada masalah pun kalau saya bergelar single,, lantaklah orang nak cakap pe ,, nak cakap tak ikut trend semasa,, wajibkah saya ni bercouple dan bercinta ?? berdosakah saya kalau saya tak bercoule dan bercinta?? sebaik sahaja tiba dirumah ,, saya pun bersihkan diri dan menunaikan solat maghrib ,, kamudian sya online facebook saya .. dan saya perasan status salah seorang daripada kawan facebook saya,, (lihat gambar di bawah)
identiti dan gambar dirahsiakan atas sebagai privasi dan menjaga kehormatan beliau~
persoalannya, perlukah kita cemburu pada benda yang tak penting ?? saya pun menasihati kawan saya ,, dan alhamdulillah kawan saya boleh terima nasihat saya dengan hati yang terbuka .. pada saya , single tak menjadi masalah kepada saya kerana saya lebih mementingkan perkara yang berkaitan diri saya seperti ,, keluarga saya, kawan-kawan saya, SPM dan kemana halatuju saya selepas spm,, perkara seperti inilah yang patut difikirkan.. kerana perkara-perkara itu jauh lebih penting daripada status diri kita ,,, single or taken ?? itu bukan soalan utama ,, adakah status kita yang diperlukan untuk mencari pekerjaan yang baik ?? tidak sama sekali ,, yang diperlukan ialah keputusan SPM yang cemerlang ,, itulah yang dipandang !
_______________
EPILOG
tuntasnya, pembaca janganlah berasa hairan jika status saya masih lagi 'single' ,, kerana itu adalah perkara yang ke 100 dalam hidup saya ,, manakala penampilan pula perkara ke 3 dalam hidup saya ,, saya tertarik dengan tag word cerita SEE YOU DI IPT,,
"Kejar cita-cita dulu, baru kejar cinta"