بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
haaa ,, sila berlaku jujur dengan diri anda sendiri,, siapa yang tak pernah tahu tentang apa yang dimaksudkan pada gambar diatas ?? ada tak ?? setahu saya ,, hanya insan yang belum mukalaf sahaja yang layak cakap "saya tak tahu apa yang dimaksudkan pada gambar diatas" perkataan "I LOVE YOU" / "I LOVE U" / "ILY" / "ILYSM" dan yang sekaum dengannya begitu sinonim dalam diri seseorang yang hidup didunia ini .. semua orang pernah melafazkannya , termasuklah saya ,, lafazkan pada siapa ?? ibu bapa kita ?? guru-guru ?? kekasih kita ?? ... kita sering lafazkannya kepada ibu bapa, guru-guru mahupun kekasih .. tapi,, selalukah kita melafazkan kalimah ini pada PENCIPTA kita ?? tepuk dada sendiri, tanyalah iman sendiri ..
baiklah, entri saya pada kali ini bukanlah untuk menceritakan tentang CINTA ,, tapi ,, ingin membawa para pembaca berfikir sejenak tentang "kewajaran bercinta dalam konteks pelajar sekolah" memang tidak dinafikan , rasa ingin menyanyangi dan disayangi itu ada dalam diri setiap insan yang mempunyai hati dan perasaan kerana itu adalah fitrah yang Allah berikan kepada setiap hamba-Nya..tetapi, sayang yang bagaimanakah yang perlu ditanam dalam diri seseorang itu ?? adakah sayang yang membawa kepada penzinaan ?? kepada ketelanjuran ?? kepada gejala sosial ??
________________
kata orang.. cinta itu buta ,, memang betul pun !! yang buruk di kata cantik,, yang gemuk dikata kurus,, yang tak elok dikata elok dan yang sewaktu dengannya ,, memang saya akui yang saya pun pernah bercinta ,, tapi saya dah serik ,, ramai yang menasihatkan saya supaya berubah ,, sebab bagi saya .. tak ada faedah pun bercinta semasa berlajar ... dan alhandulillah .. saya telah berjaya berubah ,, saya kunci hati saya buat seketika bagi memberi laluan kepada niat saya untuk belajar supaya saya boleh berjaya dengan cemerlang dan membanggakan ibu bapa, keluarga, guru-guru dan rakan-rakan saya ... kalau saya boleh buat ,, kenapa tidak anda ???
~~
pernah tak kita lihat ,, remaja yang bercinta ini kekal sampai ke jinjang pelamin ?? kalau ada pun ,, peratusnya begitu sedikit ,, cuba kita bayangkan ,, kita bercinta dengan seseorang ,, semua cerita, masalah, pengalaman.. kita berkongsi dengan kekasih kita ,, nanti bila kita sudah berkahwin dengan kekasih kita ,, dah takde pape cerita menarik yang ingin dikongsikan,, KOSONG.. macam dah takde apa yang boleh menghangatkan suasana rumah tangga,,. sebab apa ?? sebab semua cerita telah kita kongsikan semasa sedang hangat bercinta ...
_________________
kita selalu lihat,, pasangan yang sedang bercinta ,, sibuk dengan pasangan masing-masing, tak hiraukan orang sekiling yang melihat telatah mereka yang entah pape yang mereka buat dihadapan khalayak ramai.. macam bak kata P.Ramlee dalam movienya.. "dunia ini ana yang punya" .. pegang sana, pegang sini ,, macam halal je kan diaorang buat semua tuh ... dah macam suami isteri yang sah ,, bila habis waktu persekolahan ,, masing-masing cari port yang bagus untuk berdua-duaan,, kat pusat bandar, basten, luar sekolah ,, al-maklumlah ,, siapalah yang berani tegur mereka berasmaradana ,,, bila balik lambat ,, ibu bapa tanya kenapa balik lambat ? jawapan yang mudah "tadi ada kelas tambahan" ,, 'kelas tambahan' dengan kekasih di pusat bandar ,, apelah ,, dah lah berdua-duaan,, menipu lak tuh ... kalau dah tak boleh tahan sangat ,, kenapa tak bawa ibu bapa jumpa terus dengan keluarga kekasih ,, boleh terus ikat ..
_________________
kita selalu lihat,, bila pasangan kekasih berada dalam satu kelas ketika proses pembelajaran dan pengajaran(P&P) berlangsung ,, tumpuan yang diberikan terhadap apa yang diajar oleh guru lebih sedikit berbanding tumpuan kepada sang kekasih ,, kononnya ,, "ishhh,, sayang aku ini sarapan tak pagi tadi?" "pagi tadi dia bangun kol berapa eak ?" "mandi ke tak ?" "baju dia bergosok tak" "selesa ke tak dia duduk kat situ?" perrrggghhh ,, bukan main risau lagi ... alangkah bagusnya kalau kita risaukan tentang diri kita,, "pagi tadi kenapa aku subuh lambat ?" "kenapa aku boleh terlepas waktu tahajud ?" "kenapa aku tak minta doa daripada ibu bapa aku tadi ?" tepuk dada tanya iman ...tambahan lagi, bila sekelas dengan kekasih ,, semua perihal dan perilaku dijaga dengan baik mengikut tatatertib ,, konon-kononnya nak tunjuk yang diri ini penuh dengan adab dan sopan santun .. huh ! hampehh ~~
_________________
kononnya , janji sehidup semati ,, haha ! peninpu jea semua tuh ! bila kekasih dah mengandungkan anak luar nikah .. yang si 'bapanya' nie entah ke mana dah hilang ?? mana pergi janji yang kononnya sehidup semati yang dibangga-banggakan tuh ?? hanya tinggal jani jea laaa ,,, ..
bila dah clash ? ada yang sampai sanggup gantung diri sendiri ,, ada yang sanggup terjun bangunan ,, terjung sungai/laut ,, dan macam-macam lagi ,,, ini ke apa yang kita inginkan ?? pengakhiran yang tak bermanfaat,, neraka pasti untuk kita sebab bunuh diri sendiri !
__________________
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
alangkah indahnya percintaan selepas perkahwinan ,, berbagai cerita boleh dikongsi bersama bagi mewarni rumah tangga,, akhlak dan adab di jaga sebaiknya ,, segala sentuhan menjadi halal bahkan mendapat pahala ,, tak nak ke kita ??
ustazah saya pernah berkata "kalau kita sayangkan seseorang itu ,, berdoalah pada ALLAH "Ya Allah, andainya dia ialah jodohku, maka kau simpankanlah dia untukku" pabila kita dah berdoa, kita terus lupakan orang itu untuk fokus dalam pembelajaran,, Insya Allah andai dia jodoh kita,, kita akan bertemu dengannya ,,"
cikgu Bahasa Melayu saya juga pernah berkata "bukan sekarang masanya untuk kita permainkan perasaan sesama kita ! belajar dulu,, senangkan dan selamatkan diri sendiri dulu,, barulah senangkan dan selamatkan orang lain"
belajarlah dulu,, barulah kita mencari cinta dunia .. kejar cita-cita dulu, baru kejar cinta.. bukannya "kejar cinta-cinta dulu,, baru kejar cita....
"love to study before you love somebody"
sebagai penutup....
saya pernah terbaca dalam satu ruangan dalam majalah SOLUSI, disitu dinyatakan bahawa "Allah akan berasa cemburu pada kita, apabila kita mencintai dan menyayangi hamba-Nya lebih daripada kita mencinta dan menyanyangiNya" bayangkan,, bertapa indahnya kalau kita bercinta dengan Allah ,, dunia akhirat terjamin,, jangan kita risau kalau kita tidak mempunyai cinta dan kekasih didunia ini, kerana Allah sentiasa bersama kita ... saya teringat akan zikir yang selalu dialunkan di surau sekolah saya semasa menunggu waktu azan maghrib,,,
"Cintakan bunga.. akan layu..."
"Cintakan manusia.. akan mati..."
"Cintakan Allah.. kekal abadi..."
"itulah CINTA... cinta yang hakiki..."