بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
alhamdulillah ,, bersyukur kehadrat Ilahi kerna saya masih lagi boleh post entry baru .. hehe ,, pada isnin 31/01 yang lepas ,, keputusan SMA sekolah saya diumumkan ,, tapi ,, sebelum di umumkan , kami telah mendengar pelbagai khabar angin, yang enak didengar dan ada juga yang tak enak didengar .. tapi , pada ketika itu, kami hanya berserah pada-Nya sahaja ,,
sewaktu diumumkan, kami begitu teruja dengan keputusan SMA kami kerna kami sekali lagi berjaya memecahkan rekod sekolah dengan pencapaian cemerlang kami dengan mendapat Mumtaz Sufi (10MM) seramai 40 orang dan Mumtaz keseluruhan seramai 64 orang ... dan keputusan yang terendah pula hanya 5 orang sahaja yang mendapat Jayyid keseluruhan ,, kami bersyukur kerna tiada seorang pun dikalangan kami yang gagal dalam subjek SMA .. ada jumlah peningkatan mumtaz dan penurunan mumtaz dalam setiap subjek ..
walaupun saya tidak berjaya memperoleh Mumtaz keseluruhan, tapi saya bangga dengan pencapaian saya atas usaha yang telah saya lakukan ,, seperti kata ayah saya ,, "kita mesti bangga dengan hasil usaha kita !" .. kawan-kawanku ,, aku sebagai seorang kawan begitu berbangga dengan kejayaan ini ! .. tapi mesti diingat .. perjuangan kita masih belum selesai kerna pada tahun ini kita akan menghadapi 2 peperiksaan besar .. iaitu Pra-STAM dan SPM ,,, kita mesti boleh ! kerna kejayaan milik kita !
bagi mereka-mereka yang telah berpindah sekolah, jangan risau ,, kalian masih lagi rakan-rakan kami ,, kemana sahaja kalian pergi ,, ingatlah ,, kami disini senantiasa mendoakan kejayaan kalian dalam bidang yang kalian ceburi ,, aminn ......
* SMA 2010 ~
*kejayaan milik kita ,,, amin ...