Wednesday, February 02, 2011

amanah dari yang maha Esa

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
alhamdulillah ,, bersyukur ke hadrat Ilahi kerna saya telah selamat sampai ke rumah pada jam 5.15 petang semalam ,, walaupun pada asalnya saya begitu resah kerna mendapat berita pada petang Isnin 31/01 bahawa basten Kluang banjir .. tetapi ,, syukur alhamdulillah kerna air mulai surut pada malam itu juga ,, dan matahari mula menunjukkan diri pada pagi selasa 01/02 pada 10.15 pagi ..

berkenaan post pada kali ini ,, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dan cerita tentang kehidupan saya di asrama sebagai seorang senior ,, kepada yang berminat ,, anda di alu-alukan untuk membacanya ,, bila dah jadi form 5 ,, macam-macam tugas dan amanah mula di pegang ,, tak kira lah sebagai pengawas , koperasi , pustakawan mahupun pelajar biasa . masing-masing punya amanah sendiri , saya hanyalah pelajar biasa .. tetapi di beri amanah oleh Allah melalui guru-guru dan rakan-rakan untuk menjadi ...   
  • setiausaha Kadet Bomba dan Penyelamat
  • juruaudit Persatuan Teknik dan Vokasional
  • pengerusi Kelab Badminton
  • naqib Usrah Zulfakar
  • biro disiplin 5 Arabi
kalau di pandang dari sudut ko-kurikulum , InsyaAllah dapat markah ko-ku yang banyak , tapi ,, dari sudut agama ,, begitu berat amanah yang perlu di galas dan akan di persoalkan di akhirat kelak ,, kadangkala , saya terfikir juga , apa hikmah di sebalik semua ini ,, adakah ini ujian dariNya untuk menguji kepemimpinan saya ? saya pun tak faham ,, tapi saya yakin ada hikmah di sebalik semua ini ..

tetapi , saya rasa begitu seronok dengan aktiviti usrah yang diadakan di sekolah saya ,, ahli-ahlinya terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 5 hinggalah pelajar tingkatan 1 ,, tidak ada yang terkecuali ... dan ahli-ahlinya ada 9 hinggalah 14 orang ahli dalam 1 kumpulan ,, hmm ,, ahli-ahli dalam usrah saya terdiri daripada 11 orang (sebenarnya ada 12 orang , tapi seorang pelajar form 4 telah berpindah sekolah) .. 2 orang perlajar form 5 , 2 orang pelajar form 4 , 2 orang pelajar form 3, 2 orang pelajar form 2 dan 3 orang pelajar form 1 ..

tambahan lagi , setiap aktiviti yang di jalankan, akan dinilai dan diberi markah oleh ustaz ,, tetapi , aktiviti yang di lakukan oleh setiap usrah , bergantung pada naqibnya ,, kerana .. naqib adalah ketua kumpulan .. setiap aktiviti yang dilakukan bergantung pada naqibnya .. dan anak-anak buahnya hanya perlu mengikuti aktiviti itu .. aktiviti itu tidak terhad hanya pada aktiviti kerohanian sahaja ,, malahan ,, pelbagai aktiviti boleh dilakukan asalkan tidak bercanggahan dengan hukum Islam dan peraturan sekolah . hmmm ,, macam-macam aktiviti yang telah dilakukan ,, hmm ,, kalau nak tahu lebih lanjut ,, haaaa ,, boleh laaa tanya mereka-mereka yang menjadi naqib .. hehe ... sekian .. wasalam ~~~





gambar hiasan

special guest :)