Belakangan ini ramai kawan-kawan dan kenalan-kenalan sebaya tanya apa kerja sambilan yang saya lakukan sampai boleh bayar yuran pengajian tunai RM1985 dan boleh survive tanpa PTPTN sepanjang sem 1 yang lepas, sebab saya selalu katakan pada mereka bahawa ini adalah duit hasil kerja masa cuti. Kerja ape tu sampai boleh dapat imbuhan yang banyak macam tu ?
Sebenarnya saya kerja sambilan di Pejabat Qadi Pontian, saya tak sama dengan kawan-kawan yang lain yang kerja sebagai casher, pam minyak, kerja kebun dan lain-lain, takpelah, masing-masing ada minat tersendiri :) Saya ambil kerja sambilan di sana sebab nak belajar selok-belok kerja pejabat, dan juga menimba ilmu pengetahuan tentang 'Nikah Cerai Rujuk'(NCR) juga nak perbaiki lagi soft skill saya.
Masa cuti, akak saya yang merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam di sana mencadangkan untuk kerja sambilan di sana sebagai pengisi data NCR, kerjanya mudah, mengesahkan sama ada segala maklumat yang ada pada sijil-sijil nikah zaman atuk nenek moyang kita dulu-dulu sama dan sepadan dengan yang ada dalam pangkalan data e-NCR. Jika tidak sama, maka saya kene betulkan maklumat dalam pengkalan data mengikut maklumat dalam sijil nikah. e-NCR ni merupakan idea baru kerajaan negeri Johor dengan mendapat perkenan Sultan Johor, sistem ini masih baru lagi dan belom diperkenalkan lagi pada negeri-negeri lain, sistem ini akan diperkenalkan dan disebarkan ke seluruh setelah pejabat agama setiap daerah di Johor telah selesai mengesahkan semua maklumat perkahwinan dalam e-NCR tersebut. Tujuan utama sistem ini diwujudkan untuk memudahkan proses penyimpanan maklumat rasmi perkahwinan dan memudahkan proses rujukan andai berlaku sebarang kesulitan. Info terkini, di Johor tiada lagi borang pernikahan dijual di mana-mana pejabat agama daerah, kesemua urusan adalah berdasarkan online di website rasmi, kemudian di print-out borang online yang telah diisi dengan lengkap dan di bawa ke pejabat agama untuk disahkan.

ni pulak sijil nikah pada tahun 1994,maklumat dan tulisan lebih jelas, dan design pun lebih menarik dan cantik :D
haaa,, ni lah dia pengkalan data yang saya maksudkan. Simple kan ? tapi agak banyak, boleh klik pada gambar tu, dan anda akan lihat berapa banyak data nikah yang ade, berapa yang belum disahkan, berapa yang dah disahkan. hahaa, kalu laaa saya mampu sahkan semua dalam masa cuti semester, memang kaya lah!! :D

Tuje kerje saya sepanjang cuti. lagipun saya ada menyimpan hajat nak beli sebuah kereta, sebab tu kene bersungguh-sungguh kerja, rajin cari duit. selain daripada kerja e-NCR ni, saya ade juga ambil tempahan khat, saje wat tambahan income :D wallahualam