Di petang yang mendung dan damai ini, saya ingin membawakan para pembaca kepada hakikat sebenar seorang anak bongsu ..
- gambar hiasan -
Peristiwa 1:
Ketika kawan ibu saya datang beraya ke rumah nenek di Simpang Renggam, kawan ibu bertanya kepada ibu,
Kawan ibu: Ani, ni anak Ani yang sulong ea ?
Ibu: eh ? mana ada.. ni anak yang bongsu, anak kite 2 orang jea.. yang sulong tu perempuan, dah kahwin ngan ada anak sorang
Kawan ibu: anak bongsu ? Tak ada rupa anak bongsu pun, muka matang macam nih anak bongsu ? Hensem gak anak Ani nih ...
Ibu: eh ? mana ada.. ni anak yang bongsu, anak kite 2 orang jea.. yang sulong tu perempuan, dah kahwin ngan ada anak sorang
Kawan ibu: anak bongsu ? Tak ada rupa anak bongsu pun, muka matang macam nih anak bongsu ? Hensem gak anak Ani nih ...
*malu saya dengan pujian-pujiannya ...
Ibu: betul,, dia memang anak bongsu, cuma kite tak pernah nak manjakan dia.. Biar dia berdikari, belajar pun kat Kluang.. Tak nak belajar dekat dengan keluarga. bagus juga, tak menyusahkan kite, nak ulang-alik amik dia..
Peristiwa 2:
Semasa sesi pembelajaran dan pelajaran berlangsung..
Cikgu: Hazim, masa awal tahun ni.. ibu awak dah bayar habis yuran ea ?
Saya: ha ah cikgu.. kenapa ?
Cikgu: Hazim, masa awal tahun ni.. ibu awak dah bayar habis yuran ea ?
Saya: ha ah cikgu.. kenapa ?
Cikgu: Tanye jea.. Hazim.. Awak anak sulong ke ?
Saya: Eh? tak lah cikgu.. saya anak bongsu ... kenapa cikgu ?
Suara sesat: Anak mak ....
Cikgu: tanye jea :D ?
Saya: Eh? tak lah cikgu.. saya anak bongsu ... kenapa cikgu ?
Cikgu: tanye jea :D ?
* * * * * * * * * *
Seringkali kita dengar,
anak bongsu = anak manja
anak bongsu = anak emak
anak bongsu = anak dok bawah ketiak mak bapak
Ini semua ideologi semata-mata... tak semua anak bongsu itu adalah anak manja. Seperti saya, saya tidak pernah rasa yang diri saya ini dimanjakan. Ibu bapa saya mahu saya belajar berdikari.. Saya dapat barangan mahal seperti handphone, playstation portable dan sebagainya adalah hasil kejayaan saya dalam pelajaran. Bagi saya, ini adalah pendorong bagi saya untuk berjaya dalam peperiksaan. Saya pernah cuba minta sesuatu daripada ayah, tapi ayah cakap,, keputusan peperiksaan kau yang akan menentukan kau dapat barang nih ke tak...
Seperti apa yang telah saya nyatakan tadi, tak semua anak bongsu itu anak manja. Jika pembaca perasan kepada dialog yang terdapat pada peristiwa 2 di atas. Terdapat 1 suara sesat. Haa, sebenarnya, suara sesat ini adalah milik kepada seorang KAWAN YANG PALING SAYA SAYANG*ada baldi tak ? nak muntah nih =='.. bukan niat saya untuk mengata sesiapa, tetapi... saya ingin bawa pembaca ke alam realiti..
Pepatah inggeris ada menyatakan, "think before you talk" ... pemilik suara sesat tadi, kehidupannya adalah lebih menja daripada saya.. bayangkan emaknya datang setiap hujung minggu, balik rumah setiap hujung minggu, baju emak basuhkan, baju emak gosokkan dan sebagainya... Sebuk nak cakap orang lain anak manja.. sedangkan diri sendiri lebih manja.. JANGAN SEBUK NAK MENGATA ORANG ...
Berbalik kepada tajuk, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya saya.. janganlah beranggapan semua anak bongsu itu..anak manja ...
talkative from: Hazim Ahmad