Saturday, July 09, 2011

umur kepasrahan

- SELAMAT PAGI DUNIA -



umur kita sebagai umat nabi Muhammad s.a.w ialah antara 63 tahun, jika ada di antara kita yang mempunyai hayat umur yang panjang, maka ini bermakna Allah memberikan kita rezeki untuk meneruskan penghambaan diri kepada-Nya dengan membuat pelbagai kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

umur umat Muhammad s.a.w dapat dibahagikan kepada 3 tempoh 20 tahun, setiap bahagian ini mempunyai ini cabaran dan tuntutan masing-masing:
  • 20 tahun pertama(1 hari hingga 20 tahun), kita dituntut untuk menjadi anak yang taat dan baik. Kita hendaklah mematuhi segala arahan ibu bapa kita. hal ini kerana, keredaan Allah terletak kepada keredaan ibu bapa.
  • 20 tahun seterusnya(saat mencapai 40 tahun), kita dituntut mengaplikasikan ilmu yang bermanfaat dengan mendidik keluarga dengan ilmu yang ada, menggunakan ilmu yang ada untuk mengharungi kehidupan seharian kita.
  • 20 tahun terakhir(mencapai umur 60 tahun), kita diharapkan agar meninggalkan pelbagai hasil hidup kita berupa amal jariah. Pahala kita akan mengalir tanpa henti setelah kita mati nanti.
Antara UJIAN TERBESAR MENGHADAPI UMUR 60
Berdamai dan menerima keadaan penyusutan fizikal kita nanti.Orang Islam adalah mereka yang sentiasa berdamai dengan sesiapa pun termasuk dengan dirinya sendiri. Anggota fizikal yang ada pada tubuh badan kita akan mula menyusut apabila mencecah umur 60 tahun. Berat badan kita juga akan menurun dan otot-otot kita juga akan mengecut dan mengecil.

"Menjadi tua itu pasti. Tetapi menalani hidup yang sihat itu pilihan."
kualiti fizikal hidup kita apabila usia senja adalah hasil yang kita semai disepanjang perjalanan hidup kita.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyongsong kehidupan hari tua kita dengan kesihata, keadaan fizikal dan mental secara optimum. 
Pesanan Rasulullah: "sebaik-baik manusia adalah yang berumur panjang dan paling bermanfaat untuk orang lain."

sumber rujukan:
halaman: 207-208

special guest :)