pejam celik , tak perasan pula sudah 30 hari kita berpuasa .. Sekejap rasenya hari berlalu ,, entah kita akan bertemu pada Ramadhan yang akan datang atau tidak ,, siapa tahu ?? Kita sama-sama lah berdoa agar di panjangkan umur supaya dapat kita bertemu dengan Ramadhan yang akan datang ....
~ s a l a m R a m a d h a n ~
pertama kali dalam sejarah kehidupan asrama aku .. aku bangun sahur dan makan di dewan makan sekolah selama 24 hari (10/08/2010 - 03/09/2010) tanpa terlepas walau sehari pun .. alhamdulillah .. moga-moga di Ramadhan akan datang .. dapatlah aku mengulanginya lagi .. amin
Semasa di bulan Ramadhan ini jugalah , aku dan rakan-rakan seperjuangan berjihad di medan pertempuran PERCUBAAN SIJIL MENENGAH AGAMA 2010 .. Alhamdulillah .. tiada sebarang spekulasi yang tidak di ingini berlaku semasa proses peperiksaan belangsung selama seminggu (23/08/2010 - 30/08/2010) bahkan aku dapat menjawab kesemua soalan , walaupun ada soalan-soalan yang senang dan ada juga soalan-soalan yang susah , namun aku menjawabnya juga ...
Semasa di bulan Ramadhan ini jugalah , para pelajar di kehendaki mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran .. Aktiviti ini di jalankan dalam usrah dan dilakukan secara bertadarus yang disemak oleh para naqib dan naqibah dalam setiap usrah tersebut ..
Semasa di bulan Ramadhan ini jugalah , berlangsung sambutan ambang kemerdekaan di Dewan Harun Ar-rashid pada malam 30/08/2010 .. pelbagai aktiviti telah dilakukan sementara menunggu detik-detik yang amat bermakna dalam hidup setiap lapisan masyarakat antaranya .. persembahan koir oleh pelajar-pelajar tingkatan 2 , tazkirah kemerdekaan oleh penceramah undangan , dan sebagainya ...
Semasa di bulan Ramadhan ini jugalah , berlangsungya program 'Majlis Khatam Al-quran , solat hajat' bersama ibubapa para pelajar .. biar pun tentatif programnya bermula pada jam 03.00 a.m , tetapi para ibubapa tetapi menghadiri bagi menjayakan lagi program tersebut ..
dan banyak lagi peristiwa-peritiwa yang berlaku di bulan barakah ini yang banyak memberikan aku pengalaman hidup yang amat berguna pada aku ..
Sungguh aku tak dapat lupakan kenangan manis ini ketika di bulan Ramadhan , semoga menjadi ingatan yang berkekalan .. dan semoga aku dapat bersua lagi dengan Ramadhan yang akan datang .. amin ..
~ s a l a m L e b a r a n ~
~salam aidilfitri ~
" Ketika Ramadhan telah lepas , tiada zikir yang lebih pantas selain takbir kepada pemilik'Arsy .. tiada yang lebih bermakna selain pintu maaf yang terbuka "
,,satukan hati,,
,,satukan tangan,,
..itulah indahnya silatturahhim..
.. minalaidiwalfaizin ..
.. maaf zahir dan batin ..